RE | 01

266 19 0
                                    

Seorang gadis anggun rupa parasnya, rambut diikat tocang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang gadis anggun rupa parasnya, rambut diikat tocang. Aurora Zahra nama terukir cantik di tag baju sukan sekolah, Twilight Foundation College.

Mata hazel tidak berkedip merenung seorang jejaka yang sedang bermain bola keranjang. Bibir merah bak delima tak lekang dari tersenyum.

Jejaka yang berjaya menawan hatinya.

Hati Aurora bersorak teruja melihat ketampanan jejak itu walaupun duduk dikawasan penyokong tetapi tidak menghalang dari melihat jejaka itu.

Aurora berpaling ke kanan bila terasa bahu kanan dicuit. Bibirnya tersenyum nipis bila lihat kawannya, Luna.

"Kau tak bosan ke Aurora tenung senior kita tu. Kau dengan geng Powerpuff girl tu tiada beza pun, kejar si Tengku Harith acah Mr.Hot guy."

Aurora ketawa, Power puffgirl gelaran untuk tiga orang budak diva yang tergila-gilakan jejaka yang dia suka, Tengku Harith.

Aurora mengeleng kepala.

"Aku tak pernah bosan Luna, tengok muka dia hati aku rasa tenang je."

Mata Luna naik keatas. "Tenang bagi kau, aku yang tengok kau angau ni tak tenang. Aurora kau ni perfect tahu tak ?"

"Perfect ? Mengarut lah kau ni," Berkerut dahi Aurora, menidakkan kenyataan yang keluar dari mulut Luna.

"Iyalah kau ni cantik, berduit, bijak pula tu. Ramai lelaki beratur nak kau tapi kenapa kau kejar lelaki yang memang tak pandang kau pun."

Aurora tersenyum nipis. Dia faham apa yang Luna maksudkan tetapi buat-buat tidak faham.

Makna disebalik kata Luna. Dia umpama taruhan dalam permainan mereka. Bila sudah dapat, lelaki itu akan dianggap Raja.

"Sebab lelaki-lelaki yang kejar aku tu hanya lihat luaran aku. Cantik, duit, bijak itu semua sementara. Andai kata tuhan tarik semua tu daripada aku, agak-agak dia orang kejar lagi tak, mestilah tak."Aurora ketawa halus.

Luna terdiam. Kali ini dia tidam mampu berbahas dengan Aurora.

"Abang Harith lain, dia tak pandang semua tu. Bila dia dengan aku, dia layan aku macam orang biasa je bukan sebab aku ni anak kepada Tan Sri Adam Zayn Maccalen, rupa aku atau harta daddy aku. Aku pun manusia yang ada kekurangannya cuma tak nampak."

Luna mengangguk faham, dia tidak menafikan. Sekolah mereka sendiri terlalu sanjung Aurora sehingga Aurora menjadi spotlight di sekolah mereka. Kadang kala Aurora sendiri merungut, dia penat kerana selalu dapat perhatian.

Luna memeluk bahu Aurora, kepalanya dilentokkan dibahu Aurora.

"Now, I understand your feeling. You want people treat you the same way they treat other but they aren't. I'm sorry for not understand you."

SU | HIS REDAMANCYWhere stories live. Discover now