18

114 8 0
                                    

Added to cart!

Added to cart!

Sedar tak sedar dah 14 helai baju baby boy aku letak dalam Cart, alah berapa je pun kann, mainan lagi, baju dah 14 helai, mainan dah 4 buah, berapalah jumlah semua agaknya

"Abang, katil mana eh patut kita beli?"

Carlo dah penat tu dengar aku membebel dari tadi "carilah yang besar, selesa, tilam empuk"

Aku jumpa satu, tapi harga mahal! "Ada ni, tapi mahal lah"

"Beli je, gummy" biar betul Carlo ni

"Eh tapi.."

"Aip, i say beli" aku pun add la to cart, senang rasa hati bila dah jumpa barang barang

"Hm makanan baby perlu ke tak eh" aku pun usha la makanan baby, biskut baby, kalau tak dihentikan rasanya sampai esok tak berhenti aku scroll shopee tu, berhantu, beracun!

"Semua total berapa, gummy?"

"Oh, 14 helai baju baby totalnya RM81, 4 buah mainan dalam kira kira RM38, katil baby tu RM599.00 jadi, kalau dicampurkan semua, dalam RM718"

Carlo terkejut "lah, sikit nya! Pergi cari lagi, lebihkan sampai Rm1000"

Eh, aku fikir Carlo terkejut sebab harga beratus, rupanya sebab murah ek dikatakan nya

"Er, dah cukup ni"

"No no" carlo ambil telefon ku dan mula beli mainan baby lebih dari yang aku minta, dah cukup lebih RM1000 barulah Carlo senyum

"Baru cukup"

Pemurah betul lah suami aku ni, dikira beruntung aku dapat dia kan

"Terima kasih ye, abang"

"You're most welcome, so since lagi 3 bulan Driell maybe akan beranak keluar ke dunia nyata, abang nak belikan dia big bear lah, apa kata kita buat satu bilik untuk dia?"

Aku senyum, suka dengan idea Carlo tu "boleh! Mesti seronok kan, ada banyak lagi kan bilik kosong dekat sini"

"Yea!" Carlo mula mencari satu bilik, aku pun mengekor belakang Carlo

Satu bilik dipilih Carlo, suasana sejuk, tingkap diatas bukan di dinding "environment bilik ni sesuai kan?" Soal Carlo

"Yep, dekat pulak tu dengan bilik kita kan"

☘︎

Ayam dipusingkan, butter disapu, itulah resipi Ayam yang diturunkan ayah kepadaku, masakan ayah sedap, Aku lah mewarisinya, Carlo diruang tamu, menunggu aku siap masak

Carlo datang padaku "Iraa, abang I nak lawat kita lah"

Hah, oh ye, aku ingat, Carlo ni 2 beradik, abang dan adik, dia bongsu

Lain lah aku, 3 adik beradik, aku anak last, lagi 2 abang aku semua dah kahwin, lupakan aku pulak tu, nasib aku masih labelkan sebagai abang

"Abang awak tu nama apa?"

"Caleric Wilson"

Nama pun dah dekat dekat, Carlo Willie dengam Caleric Wilson, aku ingat dulu abang dia suka main jodoh jodoh kan aku dengan Carlo ni, eh tiba tiba betul lah, terjodoh

"Bila dia nak lawat? Hari ni ke? Bolehlah Iraa masak lebih"

"Ye, hari ni, dia bagitahu Last minit pulak"

Aku pun masaklah lebih ayam masak Merah

Makanan siap, aku hidangkan di meja makan, masa yang tepat, pintu pun diketuk, eric dah sampai

Carlo buka pintu dengan gembiranya "assalamualaikum bang!"

"Waalaikumsalam"

Aku tersenyum melihat hubungan abang-adik mereka ni

"Ah, jemput makan?" Aku pelawa Carlo dan Eric, mereka pun duduk dikerusi meja makan dan menyedok nasi ke pinggan mereka sendiri, kuah pun diambil

"Sedap!" Carlo memuji, eleh nak lembutkan hati je tu

"Ye ke"

"Heh tak sesedap masakan abang" nak tergelak aku, teringat kes cookie masatu, tawar, pahit, itu pun fail apalagi makan berat berat? Eric gelak

"Yela bang, abang je la masak sedap, iraa masak tak sedap, lepasni masak sendiri! Malas pergi beli! Iraa merajuk,"

Carlo tarik tanganku "alah sorrylaa, Iraa masak sedap sangatlah, kalah chef 10 bintang sekali pun"

Memang sah menipu lah

"Eleh, chef 5 bintang pun tak mengaku lah dia 5 bintang, abang mengada" aku gelak

Carlo makan "alah biarlah nak berangan pun, tak salah"

"Carlo ni dari kecik kuat berangan, berangan jadi astronaut pun pernah, nak takluki bulan bagai, ingat boboiboy ke" abangnya menyampuk

Aku gelak, ni rupanya perangai Carlo yang sebenarnya "haha comel lah abang ni!"

Carlo cubit pipi ku "ha gelakkan suami sendiri ha" aku gelak "tak salah, abang comel!"

Carlo pandang pada abangnya "eh bang, kau sampai bila dekat sini?"

"Malam aku balik, aku nak bagi sesuatu je ni" kad dihulur pada Carlo dan aku, aku ambil dan baca.

Kad invitation perkahwinan!

"Eh bang, jumpa dah jodoh?"

Eric gelak "ter jumpa dekat tempat kerja baru aku"

Bab bab nak kahwin, nak jodohkan ni aku maju "uish! Sesuai sesuai! Macam dalam drama kan! Kahwin! Kahwin!"

"Amboi, excited" carlo menyampuk

"Oh ye, orang mana perempuan tu?" Soalan ditanyakan pada Eric

"Cerita semuanya!" Aku menyebok, alah curious kan

"Asal dari Sarawak, tapi disebabkan aku dengan dia kerja under company kat korea, kitaorang pun pindah lah kesini, tak sangka terjumpa balik, aku memang dari dulu suka dia, tapi aku diam, eh tiba tiba perasaan dia pun sama macam aku"

Comelnya! Aku suka cerita cerita cinta macam ni, macam romeo juliet tu

"Amboi, angau ke tu" carlo perasan aku yang blushing

"Ala abang, best apa dengar cerita macam ni, macam dalam movie"

"Ah aku nak balik dah ni, bulan 12 macam tu kot aku kahwin dengan dia" eric menyambung

"Selamat pengantin baru lah ye" carlo menyalam Eric, pintu utama ditutup

"Eh abang, sedap tak Ayam masak merah yang Iraa buat?"

"Aik, tadi kan dah cakap, sedap"

Aku senyum

Aku kutip semua pinggan pinggan kotor untuk dicuci, carlo berdiri disamping ku dan "sini, i tolong"

Eleh fikir sweet ke kat dapur berdua, tolong sesama sendiri? Bersemut!

Air mengalir di pinggan dan disapu dengan span berisi sabun, aku bosan , aku renjis lah air pada Carlo

"Oh! Amboi, tunggu!" Carlo renjis balik

"Eh abang tak baiklah!" Aku renjis balik, dan macam apa dua dua basah direnjis. Tapi aku tak boleh tipu, kenangan yang indah lah dikatakan. Moment suami isteri, mane tak sweetnya. Kadang kala, aku terasa bersyukur kerana aku dihadiahkan dengan seorang jejaka yang mampu menjagaku, tak kedekut, sayang aku, walaupun dengan pekerjaaan nya yang dilarang, walaupun dia kurang memahami agama, tak salah, manusia tak ada yang sempurna, semua pendosa. Aku bersyukur dengan kehadiran Carlo didalam hidupku.

Anugerah terindah yang pernah aku dapat

"Hey! Abang ni! Tengok! Basah dah Iraa!"

Carlo menjeling "eleh, bukan dia je basah, abang ni? Basah jugak, sape mula dulu hah?"

Aku taknak kalah "oh!!" Aku pegang baby bump aku "driell, tengok daddy, daddy buat mummy!"

Carlo gelak "alololo sorry gummy" aku dipeluk Carlo

"Hmph"

☘︎

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | OG | SU | EditingWhere stories live. Discover now