22

87 10 0
                                    

"Ayam kicap? Macam sedap je, boleh lah!" Kata Carlo dengan semangatnya

"Apa je bahan bahan dia, sayang?"

"Hmm 1/2 ekor ayam
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 cm halia
5 tangkai cili padi (dipotong 2)
1 ulas bawang besar tapi kena dihiris nipis
kicap manis secukup rasa
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa, abang rasa cukup ke duit nak beli semua tu?"

Carlo angguk "mestilah cukup, i kan baru naik pangkat, plus dapat gaji bonus lagi hehe"

Berpusing satu pasar untuk mencari bahan bahan tu tau, nasiblah semua ada! Di kaunter pembayaran, Carlo keluarkan Card Creditnya

Dah habis bayar semua tu mestilah balik kan, aku dukung Driell, Carlo yang angkat semua barang dapur tu

"Bila sayang nak masak ayam kicap tu?"

Aku berfikir sebentar. "Malam ni?"

Ha excited Carlo "hehe yeayy ayam kicap! Nanti buat tutorial biar abang pun boleh masak sekali"

"Eleh abang masak tak sedap"

Dah bayar semua tu dah simpan barang mestilah on the way balik rumah kan? Driell pun elok diam je, sampai sahaja di rumah, kereta di parking dan masuklah kedalam.

Driell diletakkan di katil tidur nya, aku pun kemas lah barang barang dapur tadi di kabinet. Carlo pandang aje aku, nampak lah yang dia memang teringin nak belajar jugak

"Kenapa, abang?" Soal ku

"Nak tolong Iraa"

Aku tersenyum, jarang lelaki nak tolong bini nya dekat dapur tau, walaupun masakkan Carlo tu tak sedap tapi asal kan dia selalu tolong aku masak, kan?

Bahan bahan yang ingin digunakan dalam resipi ayam kicap itu pun semua dah disedia kan di atas kabinet dapur. Carlo pun dah berdiri sebelah aku.

"Okay, abang"

Ayam diambil oleh aku sekali dengan pisau besar. "Mula mula ayam ni kita kena potong kepada bahagian sederhana kecil" ayam pun dipotong mengikuti Cara ku.

Kunyit diambil. "Okay lepas dah siap potong ayam ayam tu, gaulkan dengan kunyit dan garam. Pastikan kena semua ye"

"Dah siap semua tu, goreng, tapi separuh masak je tau. Dah siap angkat lepas tu letak tepi dulu" ayam dimasukkan di dalam kuali panas lalu bila sudah separuh masak, aku naikkan dan letak di tepi.

3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 2cm halia diambil. "Ketiga tiga ni, tumbuk secara kasar" Carlo pun ambil satu ulas bawang dan tumbuk ikut apa arahan ku.

Minyak masak diambil "panaskan 4 cawan minyak (tak sure). Oh ya, tumis bahan yang tadi abang tumbuk kasar tu hingga kekuningan dan naik bau."

"Lepastu? Masukkan ayam, sos tiram beserta sekali dengan kicap, 1 cawan air jangan lupa tau. Kacau semua lalu tutup untuk dibiar kan menjadi empuk."

"Akhir sekali, letak lah cili padi dan bawang besar, biar 5 minit and siap! Senang kan?" Carlo senyum "senang!"

Dah buat semua tu mestilah tunggu siap je sekarang, kan? Bau pun dah naik

Carlo dan sedia pinggan awal awal dah, nasi pun dah di masak, tak sabar betul Carlo ni, lapar lah tu!

"Amboi, abang, cepatnya sediakan pinggan"

"Abang dan tak sabar nak makan masakan sayang tu lah, mesti sedap kan hehe"

"Tau pun. Nak Iraa masak hari hari? Daripada abang beli makanan kan? Lagi jimat kalau masak sendiri, bersih pun bersih, sedap pun sedap ha!" Carlo gelak

"Ala sedap tu kebetulan jee"

"Amboi, abang tu lagi lah masak tak sedap"

Tiba tiba Driell merengek! Carlo pun pergi lah uruskan sebab aku tengah masak kan? Dah naik bau, dah nak siap dah ni, lagi 1 minit boleh lah nak matikan api.

Carlo datang dengan Driell didukungannya

"Ehh Driell dah bangun ke? Alala comelnya anak mummy nii" pipi Driell dicubit aku dengan lembut

Pipi Driell dicium juga. "Abang, pergi lah duduk dulu, dah siap ni" aku pun tutup lah api. Pinggan semua pun dah ada, ayam kicap nya di masukkan kedalam mangkuk dan dihidang kan di meja makan

Nasi dan kuah dicedok masuk kedalam pinggan. Ayam dipotong. Dah semua tu makan kan? Carlo pun makan lah "uish sedap lah sayang!" Banyak ha dia makan, dah habis tambah lagi pulak tu! 3 pinggan dah ni, sejuk perut aku.

"Gummy sayang, nanti buat lagi lah macam ni! Hari hari makan ni pun boleh!" Amboi hari hari ye "eh abang ni, mengarut lah, apa pulak makan satu benda je hari hari, jemu lah nanti. Apa kata nanti Iraa buat nasi ayam buttermilk?"

Terliur Carlo! "Buttermilk? Boleh!" Mengalahkan budak budak!

Aku dah habis makan, mesti lah cuci pinggan, yang Carlo tu tak habis habis nak hadap ayam kicap nya. "Amboi, abang. Rasanya tak sampai petang habis dah tu kot" tergelak aku.

"Biarlah, abang lapar" aku ambil driell "anak mummy, tengok daddy tu, entah entah esok bam bam, mesti comel!"

Aku bawa lah Driell masuk kedalam bilik nya untuk main dengan nya. Mainan robot dibeli kan. "Driell ha tengok ni, namanya Bumblebee"

Tengah main main dengan Driell, tiba tiba "ma.." Suara driell!

Cepatnya!! Aku terkejut! "Ehh driell? Driell sebut ma ke??"

"Abangg!!!" Carlo dipanggil

"Kenapa?" Dengan mulut penuh ayam nya dia datang padaku.

"Driell sebut ma!" Siapa tak excited kan?

Carlo bagai nak tercekik! "Hah?" Aku gelak "makan lah dulu, abang. Kang tak pasal pasal tercekik."

Dah telan semua ayam dalam mulut tu "driell sebut ma?" Soalnya "ye! Dia sebut ma!"

Menjeling ya Carlo! "Eleh patutnya dia sebut daddy, itu luck gummy je dia panggil gummy dulu"

"Jealous lah tu!" Suka aku menyakat Carlo, lidah dijelirkan "hehe dia kenal mummy dia duluu!" Carlo bangun dan pergi ke almari untuk ambil satu kertas dan pen. Dia tulis perkataan daddy dekat kertas tu, nak tahu lepastu dia buat apa? Ambil cellotape lepastu tampal dekat dahi Driell.

"Eh abang! Apa abang buat" terbahak gelak ku. "Satu satunya cara nak buat Driell sebut daddynya pulak." Jawab Carlo dengan serious. Nampaknya Carlo tak main main, memang tak nak give up!

"Abang fikir dia boleh baca ke?" Tampal tak ada guna kalau Driell tu tak reti baca, lain lah kalau dia reti ataupun Carlo ajar ke kan. "Driell dah besar sikit nanti ajar lah dia membaca, nanti senang lah dia nak cakap daddy hehe" nampak sangat aku bergurau gurauan

Menjeling ye Carlo pada aku! Haha cakap lagi pasal aku kan, tengok tengok aku dulu yang disebut mummy sebelum Carlo lagi!

"Eleh, kalau macam tu abang nak hantar dia pergi tadika waktu umur 2 tahun lah!"

Apa mabuk ke suami aku ni? "Abang, mana ada orang hantar anak umur macam tu! Paling paling pun taska umur 4 dan 5 lah! Mana sesat 2 tahun! Berdiri pun tak reti lagi Driell ni!" Penat melayan karenah suami yang macam budak ni!

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | OG | SU | EditingWhere stories live. Discover now