23

69 7 0
                                    

Setahun sudah berlalu, Driell pun umur dah 1 tahun setengah. Ada pulak Carlo menggatal nak hantar Driell pergi tadika waktu umur dia 2 tahun. Eish buat perangai.

Carlo balik dari kerjanya sambil memegang sekeping kertas. "Abang, kertas apa tu?"

"Oh, kertas Driell untuk taska tahun depan lah" tengok tu!

"Astagfirullah, Abang! Driell kecik lagi!"

Gelak carlo. "Persediaan awal" mengarut lah laki aku ni, nak refund balik boleh tak?

"Abang, bagi lah Driell peluang untuk dia enjoy childhood dia dulu.. Jangan pressure dia" carlo mula lah tu buat perangai "ei ye lah"

"Jadi, kertas tu buang lah bang, bagi Driell masa dalam 4 tahun lagi, umur 5 nanti masuk kan lah ke sekolah" carlo anggukkan sahaja

"Yelah" kertas permohonan kemasukkan di taska itu telah dibuang ke dalam tong sampah

Driell didukung Carlo "nanti daddy masukkan Driell dalam sekolah private, okay?"

Awal lagi! "Ei abang ni! Awal awal dah fikir!
Carlo gelak

"kena lah awal awal baru tak ketinggalan"

"Ma.. Ma" aku terkejut! "Ehhh! Driell sebut lagi ma??" Aku happy

Carlo tampak cemburu "kalau macam ni kita hantar dia sekolah awal"

Keluarga bahagia, bukan? Ada nya Carlo, Driell dan aku sudah cukup membuatku bahagia, mungkin kalau tiada mereka, aku tidak dapat merasakan kebahagiaan seperti yang aku sedang rasa sekarang.

Aku bersyukur dengan hadirnya seorang suami yang mengambil berat tentang aku, tentang driell. Aku pun dikurniakan dengan anak yang comel, Driell!

Lebih dari cukup.. Aku bersyukur, aku tak tahu apa akan jadi pada aku jika salah seorang dari mereka berdua ni tinggalkan aku.

Aku peluk Driell dan Carlo

"Eh? Kenapa ni gummy sayang? Tiba tiba je?" Carlo sendiri pun pelik. Aku gelak "hehe tak ada apa, sayang kan abang dengan Driell lah, salah ke nak sayang keluarga sendiri? I mean abang kan the part of my life" ha gitu la speaking speaking kan, soulmate kan

"Hehe ye lah, kalau Iraa hilang pun abang tak tahu nak cakap apa.. Abang rasa memang abang akan cari Iraa walau sampai ke perut bumi" dia tergelak eleh acah kuat aje la Carlo ni.

Suasana menjelang malam.. Carlo menangis, sebab apa?

"Ya allah.. Kau ampunilah dosa ku.. Aku kembali.."

Aku terdengar suara tangisan didalam bilik, risau lah apa apa terjadi, aku pun senyap senyap mengintip didalam bilik dan nampak Carlo sedang menangis didalam solatnya.

Aku tersenyum, mungkin hidayah dari Allah. "Alhamdulillah"

Habis sahaja Carlo menunaikan solatnya, aku duduk disampingnya. "Abang, kenapa nangis nangis ni ye?" Aku tersenyum, nampak lah Carlo ni sedang cuba untuk berubah.

"Tak.. Abang cuma.. Terasa macam abang ni dah banyak dosa, banyak sangat" aku mengelap air mata Carlo. "Bagus lah, abang dah sedar, kembali lah ye abang? Iraa sentiasa ada menolong abang!"

Beberapa tahun sudah berlalu, Alessandriell pun sudah mencecah 4 tahun.

"Abang, abang dah fikir masak masak ke belum tentang kerja abang tu? Mungkin abang nak keluar dah?" Dia mengangguk! Aku tak percaya! Dah ada jawapan ke?

"Dah.. Abang fikir abang nak stay" ha! Telinga dicubit "abang! Bukan main masatu menangis nangis fikir salah, ni tak nak pulak eh! Betul betul lah eee"

"Ei sakitlah!" Carlo menolak tangan ku. "Okey tak apa lah, slow slow okay? Nanti one day kalau ye lah abang dah fikir masak masak, abang cakap lah dekat Iraa yang abang nak keluar dah, okay?"

Dia angguk sahaja

"Mummy!" Driell menyampuk dalam perbualan aku dan Carlo

"Ye sayang?" Aku mengucup pipi Driell

"Bila driell nak sekolah ke?" Amboi dia memang dah tak sabar ke? Same la dengan ayahnya, anak bapak sama je perangai "eh driell tak nak fun fun dulu ke kecil kecil ni? Main lah mainan ke apa ke"

"Awak tu yang manja kan Driell sangat, sayang. Dia elok lah nak berdikari sedikit, biarlah dia, jangan lah manja kan dia sangat, anak jantan, dia kena ikut perangai daddy nya" "betul!!" Sorak Driell dengan gembira

"Ye lah.. Kita cuba cari sekolah untuk Driell ye?"

Tiba tiba "eh abang dah jumpa lah" hah bila masa? "Eh bila pulak?"

"Masa itu lah waktu Driell kecil lagi tu, abang dah pilih awal awal sekolah private tau, preschool private only for my son hehe" oh iya lah masa tu kan ada dia bagitahu dia sudah jumpa "okay mana? Tunjuk sayang"

Telefon dibuka, laman sosial media sekolah itu pun ditunjuk pada aku. Nampak mahal kerana tempat nya pun ber aircond. 2 tingkat. Makanan masa rehatnya pun bukan biasa biasa. Tapi bila tengok yuran bulanan pergh! Mahal! "Abang, tak membazir ke? Masukkan sahaja lah Driell tu dekat sekolah biasa, sama je, belajar jugak, nanti pelajarannya sama, tak lari pun."

Carlo berdegil "alah kalau sekolah biasa tu takut ada kes buli lah, abang tak nak lah Driell kena buli"

overthinking lebih lah Carlo ni, budak budak lagi pun.. "Lepastu? Abang fikir kalau budak budak sekolah private ni tak ada buli buli? Mestilah ada juga kan? Lagi lagi lelaki."

"Lagipun, mereka semua budak lagi, kalau gaduh pun mesti sebab mainan je, atau gula gula, mana ada yang serious sampai nak panggil polis."

Carlo Memeluk driell, sayang betul dia dengan anak nya sorang tu.

hanya dalam 2 minggu Carlo sudah membuat keputusan yang dia ingin bersara dari pekerjaannya, tetapi suatu hari sesuatu berlaku

Suatu hari aku telah diculik oleh musuh Carlo tetapi Carlo tidak menyedarinya, Carlo pergi liar di rumah agamnya sambil menjerit kepada butler dan pembantu rumahnya apabila dia menyedari isterinya tiada di rumah. Dia menjerit marah.

“AKU NAK KAU JUJUR, MANA. ISTERI. AKU?!?”

"Urm" salah seorang pembantu rumahnya takut untuk memberitahu perkara sebenar.

Dia mengeratkan cengkamannya pada rambut Maid nya, kemarahannya mendidih dan dia menjerit marah dengan suaranya yang dalam.

"Macam mana lah semua boleh biarkan isteri saya hilang. Bukan itu je, dah lah hilang tanpa aku sendiri yang sedar!? Memang tak ada siapa siapa yang boleh report kan? Apa kerja kau semua? Tunggul? Kau jangan sampai aku pecat semua. Tak guna!"

"Kenapa saya perlu tahu? Saya bukan suaminya atau apa-apa!" Dia menjerit lagi

Dia semakin marah, dan dia mengeratkan pegangannya. Suaranya kedengaran serius dengan nada marah.

"kau kan. Bagitahu aku bagaimana hal ini boleh berlaku! Kenapa pengawal dan butler tidak menjaga dia hari ini!? Bukannya kerja banyak pun! Tengok awasi sahaja! Bukannya suruh masak!”

"Eh mereka.." Dia gagap

Dia menarik rambutnya lebih kuat.. Kemarahannya mendidih. "BERITAHU AKU SEKARANG"

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | OG | SU | EditingWhere stories live. Discover now