MA : 05

87 13 0
                                    

Bali, Indonesia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bali, Indonesia

TENANG. Itulah perkataan yang terbit dibibir Irdeena apabila dia dapat menenangkan dirinya. Fikirannya yang bercelaru itu cuba dihilangkan buat sementara waktu. Penat fikir tentang dua lelaki yang berlegar dimindanya iaitu Mikael Ayash dan Fareeq Huzair.

Tanpa membuang masa, Irdeena segera menyiapkan dirinya untuk membawa diri ke pantai. Kota Bali itu terkenal dengan pelbagai pantai dan pulau yang cantik. Salah satu pantai yang telah diimpikan oleh Irdeena ialah Pantai Seminyak, Bali. Pantai itu lebih dalam dikenali sebagai Sunset on Seminyak kerana para pelancong dapat menyaksikan matahari terbenam.

Sedang ralit dia menikmati pemandangan indah di tepi pantai, tubuhnya dilanggar oleh seorang lelaki. Tidak semena-mena, kaca mata yang berwarna hitam miliknya juga terjatuh dari pegangannya.

"Aduh." Irdeena berdecit kesakitan, malang sungguh nasibnya harini apabila terlanggar dengan seorang lelaki. Sudahlah, terkena batu-batu kecil di pesisir pantai itu! Tambahlah sakit!

Baru sahaja dia mahu bangkit dari jatuhnya, matanya bertentangan dengan retina yang sangat dia kenal. Itu Mikael Ayash. Irdeena terkesima apabila anak matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Dengan pantas, Irdeena bangkit dari duduknya lalu ingin berlalu. Kenapa? Adakah dia belum bersedia lagi untuk bertemu dengan lelaki itu? Setelah lima tahun tidak bersua muka, perasaan janggal mula hadir dalam diri Irdeena Aisya.

"Aisya?"

"Ayash..?"

"Nice to meet you again, Aisya? After five years right?"

"Hi, nice to meet you again?" Siapa sangka, setelah lima tahun tidak bersua muka akhirnya mereka dipertemukan semula.

"Kau buat apa kat sini, Aisya? Lamanya tak jumpa kau, kau sihat?" Entah mengapa, rasa kekok mulai hadir apabila lelaki itu menyambung bicara yang terhenti.

"Tenangkan fikiran." Hanya bait bicara itu sahaja yang mampu dilontarkan oleh Irdeena. Sungguh dia berasa sangat janggal dengan suasana itu. Anak matanya dialihkan semula kepada suasana petang di pantai itu.

Mikael tidak henti-henti menatap dirinya. Irdeena berdehem kuat agar lelaki itu sedar daripada lamunan.

"Em, aku nak minta maaf sebab terlanggar kau." Mikael mencuba nasib lagi untuk berbicara lama dengan gadis pujaannya. Sudah lama dia ingin bertemu dengan gadis itu, akhirnya dapat juga.

"Tak apalah. Awak pula, buat apa kat sini?" Senyuman cuba dilakar dibibir. Irdeena mendiamkan dirinya setelah bertanya kepada lelaki itu.

"Ada flight. Tiga hari saja, Aisya." Irdeena anggukkan kepalanya. Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi kepada lelaki itu, mungkin kerana lama sudah tidak berjumpa.

Mikael Ayash | OgWhere stories live. Discover now