ARMANTYARA 01

968 54 6
                                    

"Arman!" panggil Makcik Hazimah iaitu Makcik kandung Arman.Arman berpaling ke arah suara yang memanggil namanya dari pintu rumah . keningnya diangkat sedikit memandang ke arah Makcik Hazimah yang berdiri di pintu sambil memegang bekas makanan .

"Arman sinilah , ambil makanan ni tadi Maklong ada masak lebih" lembut saja suara Makcik Hazimah memanggil anak buahnya yang sibuk mencuci lori kepunyaan arwah Bapanya.

Arman tersenyum sebaris . kain di tangan di letakkan di tingkap lori dan kaki mula melangkah ke arah Makcik nya atau lebih dikenali sebagai Mak Long Zimah.

"Hari hari Maklong tengok kamu cuci lori tu , tak penat ke ? kamu tu balik dah lewat malam sepatutnya rehat lah dulu waktu siang macam ni" Makcik haziman memandang ke arah Arman yang duduk di tepi tangga kecil sebelum sampai ke pintu rumahnya . Maklum lah rumah kampung .

"Arman cuma taknak lori tu kotor je Maklong . Waktu Abah guna dulu Arman tengok tak pernah kotor"

"itu sebab Mak kamu selalu bebel kalau nampak lori kesayangan dia kotor terkena jalan lecak dekat luar tu" Makcik Hazimah tertawa kecil . Arwah Mak Arman memang cerewet orang nya .

Arman tersenyum sebaris sambil merenung ke arah lori kepunyaan Arwah bapanya dan itu saja satu satunya harta yang ditinggalkan oleh kedua orang tua nya . sampai ke hari ini Arman masih menggunakannya dan menyambung kerja Arwah bapanya sebagai pemandu lori ikan dari jeti ke pasar .

"Maklong" suara gadis kecil itu memanggil Makcik Hazimah lembut membuatkan Makcik Hazimah dan Arman menoleh serentak ke arah suara kecil milik Arni . adik bongsu Arman.

"eh dah bangun dah budak kecil ni ?" laju Makcik Hazimah menarik Arni dalam pelukkan nya . wajah Arni yang masih mamai itu di usap perlahan oleh Makcik Hazimah .

Arman memandang kecil saja ke arah adik perempuannya itu . Arni sudah hampir berusia 12 tahun tapi masih lagi manja seperti kanak kanak kecil .

"Abang Arman tak kerja ke hari ini ?" Arni memandang ke arah Abangnya yang masih merenung wajahnya .

"hm? kerja tapi lewat sikit . kenapa?" Arman menyoal adik perempuannya semula .

"Arni teringin nak makan coklat yang kawan Arni pernah bawa ke sekolah hari tu , tapi Arni tak ada duit"

"eh kenapa Arni tak minta dekat Maklong ? Boleh Maklong suruh Paklong belikan kalau ke bandar" sampuk Makcik Hazimah sambil mengikat rambut panjang Arni .

Arman terdiam mendengar kata adiknya tadi . dah berminggu Arni minta untuk belikan coklat itu tapi sehingga hari ini Arman masih belum menunaikan . bukan setakat mahu belikan coklat , mahu ke bandar pun belum tentu lagi .

Arni mencebik . "Abang Arman pesan kita tak boleh susahkan Maklong sebab kita dah menumpang rumah Maklong . Arni tak nak susahkan Maklong lagi"

tiba tiba saja ayat yang keluar dari mulut gadis kecil itu membuatkan Makcik Hazimah tersentuh . Perlahan anak mata Makcik Hazimah ke arah Arman yang beralih pandangan ke arah Lori semula .

"Kenapa lah fikir macam tu..Maklong kan Makcik kamu semua , tak pernah Maklong mengeluh jaga kamu bertiga . tak ada apa pun yang susahkan Maklong"

"tapi Maklong.."baru saja Arman mahu menentang kata kata Makcik Hazimah tiba tiba kelihatan tubuh Armin laju melangkah keluar dari rumah dengan berpakaian lusuh dan menghiraukan Makcik Hazimah yang duduk di tepi pintu .

"kau nak ke mana ni Min?" soal Arman agak tegas membuatkan Armin menoleh .

"jumpa kawan" balas Armin mudah . cepat cepat ia menyarungkan selipar dan melangkah ke arah basikal .

DIA,ARMAN ISKANDAR [EBOOK FREE]Where stories live. Discover now