Bab 4

65 9 0
                                    

@ _.carl.jy (Carlian Jay) has accepted your following request

@ _.carl.jy (Carlian Jay) started following you

Indah gigit kuku dan menjerit perlahan. Finally! Semalam, seharian dia tunggu notifikasi bahawa lelaki itu telah menerimanya masuk ke dalam akaun Instagram lelaki itu namun hampa, tiada.

Pagi ini barulah dia dapat menarik nafas lega kerana dia sudah diterima.

"Amboi, suka?" tegur Irzan yang sedang tekun menyelak-nyelak fail di atas meja. Namun sebelah tangannya sempat sahaja mencubit lengan kiri adiknya, mengusik.

Indah ketawa dan sengih lagi, malu apabila diusik begitu.

Ting!

"Morning, Kak Tasnim!" Indah sengih dan menolak perlahan buku kehadiran pekerja. Memandangkan mesin kad kehadiran pekerja mereka rosak dan masih dibaiki, maka semua pekerja perlu menulis nama dahulu buat sementara waktu.

"Morning, Indah." Tasnim senyum dan menulis namanya di helaian buku tebal kehadiran pekerja. Setelah itu, buku tersebut ditolak semula.

"Selamat pagi, Encik Irzan," sapa Tasnim sambil tersenyum nipis. Namun Irzan hanya mengangguk perlahan sebagai balasan.

"Cantiknya akak hari ni..."

Tasnim sengih dan garu kening, "Ada-ada aje Indah ni."

"Betul kan, along? Kak Tasnim cantik kan hari ni?" Lengan Irzan disiku namun Irzan hanya menggumam sebagai balasan. Kertas di hadapannya masih diselak-selak bagai hendak tembus.

"Ish, along!"

"Errr, Indah? Akak nak kunci locker boleh?" soal Tasnim mengubah topik.

Indah angguk dan menarik laci lalu mengeluarkan segugus kunci locker. Kunci yang ditanda dengan pelekat berwarna ungu diambil dan dihulur pada gadis itu yang lengkap berpakaian seragam housekeeper Dazz Hotel.

"Terima kasih." Tasnim terus berlalu pergi menuju ke locker pekerja.

"Ish, along ni!" Lengan Irzan terus ditampar kuat hingga Irzan mengaduh kesakitan.

"Apa dia?"

"Janganlah layan Kak Tasnim macam itu." Indah jeling.

"Layan macam mana?"

"Huh, malaslah layan along." Indah terus duduk dan menarik muka.

.....

Air mineral diteguk sedikit, dahaga. Sementara itu, matanya galak menari-nari pada skrin komputer. Menurut Jay tiga hari lalu, keluarga lelaki itu telah membuat tempahan bilik untuk hari ini. Indah yakin sebentar lagi keluarga Jay akan sampai. Tiba-tiba pula dia rasa gementar.

Telefon pintar dibuka sejenak. Indah fikir dia mahu menghantar pesanan WhatsApp pada Jay tetapi dia segan pula kerana dalam tempoh tiga hari ini, dia langsung tidak pernah berkomunikasi dengan lelaki itu sama ada dalam telefon ataupun dalam dunia nyata. Jay tiada di pantai semenjak ini. Sibuk mungkin.

Ting!

Tubuh Indah terus tegak. Matanya terus terpaku pada pintu hotel yang baru sahaja berbunyi locengnya setelah dibuka dari luar, menampakkan seorang wanita berusia lingkungan 40-an bersama dua orang gadis yang tampak lebih muda daripada.

Itu... keluarga Jay?

Indah terus berdiri dan menunduk hormat. Senyumannya diukir manis namun hatinya terus cair saat wanita itu turut membalas senyumannya walau dalam keadaan wanita itu sedang mengangkat dua buah beg bagasi besar. Penat namun senyumannya tampak ikhlas dan bukan dibuat-buat.

"Selamat datang, puan." Indah tunduk hormat sekali lagi.

Wanita itu senyum dan angguk, meletakkan sejenak bagasi yang dipegang dan melepas nafas penat.

"Saya ada booking bilik dekat Traveloka," ujar wanita itu memulakan bicara.

Indah angguk dan duduk menekan-nekan tetikus, matanya mencari nombor bilik yang sudah ditempah.

"Puan ada tempah family room, satu katil queen dengan dua katil single. Tiga hari dua malam, betul kan?" soal Indah.

"Ya betul."

"Okey, puan boleh bayar deposit RM70 dulu."

Wanita itu angguk dan mengeluarkan dompet lalu sekeping wang RM50 dan RM20 dihulur.

"Terima kasih." Indah menerima huluran wang tersebut lalu tunduk mengambil kunci dari dalam laci.

"Bilik nombor 142 tau. Terus belok kiri lepas naik lif."

Kunci diambil lalu wanita itu senyum sekali dan mengucapkan terima kasih. Seketika beg bagasi kembali ditarik payah.

"Tak apa, puan. Saya tolong bawakkan, berat ni." Irzan yang sedari tadi tampak sibuk terus bangun dan mengangkat kedua-dua bagasi itu dengan mudah lalu berjalan ke lif.

Wanita itu tampak terpempan dan terus mengucap terima kasih lagi. Tidak terkira berapa kali perkataan itu meluncur keluar dari mulutnya hari ini.

Irzan, wanita itu dan lagi dua orang gadis itu terus menghilangkan diri ke lif.

Melihatkan itu, Indah terus duduk mencapai telefon pintarnya. Dia mahu hantar pesanan WhatsApp pada Jay. Tetapi dia takut mengganggu. Dia cuma mahu khabarkan pada Jay yang keluarganya telah selamat sampai.

"Nak chat ke?" soal Indah pada diri sendiri sambil menggigit bibir bawah, berbelah bagi.

"Chat ajelah," tutur Indah perlahan dan terus mencari kontak nama Jay lalu ditekan. Jay tidak ada nombor telefon dia, jadi dia harus kenalkan diri dahulu.

"Tak apa, chat aje. Bukan call pun. Go Indah, go!" Kepalanya diusap dengan tangan sendiri, menyalur kekuatan lalu tangannya dibawa turun semula untuk menaip mesej yang ingin dihantar.

Hai Jay. Ini saya, Indah.

Just nak bagitahu yang family awak dah check-in tadi. Safely arrived hehe :)

"Wah..." Indah terpana dengan keberanian sendiri.  Telefonnya terus ditekup rapat ke dada, gembira dan gelabah dalam masa yang sama.

Ting!

"Eh, reply dah?" Indah rasa hendak menjerit. Namun senyumannya terus mati saat membaca respon lelaki itu.

Okay

"Okay je? Aku type panjang-panjang, dia reply okay je?" Indah cebir bibir dan memeluk tubuh. Dia baru sahaja bercadang hendak panjangkan perbualan ini. Tapi, hmm...

Ting! Ting!

Thank you. Nanti kalau kita jumpa, aku bagi lukisan Levi tu untuk kau. Aku dah siap lukiskan untuk kau, cuma tak sempat bagi sebab aku sibuk sikit.

Also, terima kasih sebab belanja nasi lemak hari tu. Lupa nak ucap terima kasih.

Wajah Indah serta merta memerah. Jay... bukan seorang yang dry di dalam chat!

Sama-sama. Nasi lemak tu abang saya yang belanja hehe :)

Laju lagi jari Indah membalas. Tiba-tiba rasa semangat pula.

Oh, say thank you to him then.

Indah terus menyembamkan wajah pada meja kaunter. Kau dah angau ni sebenarnya, Indah Daliya!

Akhirnya, perbualannya itu hanya ditamatkan oleh Indah dengan sekeping sticker kucing mengangkat ibu jari. Dia sudah tidak betah menahan bahang di wajahnya. Jarinya kemudian ditekan pada gambar profil Jay.

Mata dikecilkan sedikit. Gambar Jay bersama emaknya dengan dua orang gadis tadi yang Indah rasa merupakan adik-adik Jay kerana wajah mereka ada sedikit iras. Indah pasti ini gambar lama kerana emak Jay sendiri nampak lebih muda di gambar ini.

Cuma satu yang lain di dalam gambar ini; Jay tersenyum manis. Dan senyuman itu sangat kelihatan...

Bahagia.

Arunika [ارونيكا] ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang