Bab 6

62 7 0
                                    

"Morning!" sapa Indah dan terus melabuhkan punggung di sebelah Jay yang sedang sibuk melukis sesuatu di atas pasir pantai. Mentang-mentanglah pelukis.

"Lama ke tunggu?"

Jay geleng, "Aku memang sampai awal tadi. Kau kenapa lambat?"

Indah sengih, "Baru habis Subuh. Lepas tu tolong mak masak sarapan sekejap. Sorry lambat sikit."

"Oh, sorry. Ingat kau pergi tempat lain dulu."

Indah terus tersenyum menyeringai saat mendengar tutur lelaki itu. "Kenapa? Awak risaukan saya ke?"

"Mestilah, kau dahlah jalan kaki je ke sini. Aku ingatkan kau kena culik ke apa tadi."

Indah peluk tubuh selepas itu sebelum ketawa sakan. "Awak risaukan saya? Oh my god!"

"Biarlah saya kena culik pun. Awak selamatkanlah saya." Indah tersengih suka.

"Aku bukan hero kau."

Indah berdecit dan terus monyok selepas itu.

"Nah, Levi kau." Indah terus tunduk memandang sehelai kertas lukisan yang dihulur. Kertas tersebut disambut perlahan sebelum matanya membulat teruja.

"Cantik! Cantiknya! Serius cantik!" Lukisan tersebut ditatap bagai hendak tembus. Jujur, memang cantik! Lukisan Levi itu ibarat hanya ditekap pada skrin. Sungguh sempurna!

"Berapa hari awak lukis lukisan ni?"

"Hmm, dalam setengah jam je."

"Se-setengah jam je?" Indah melopong sendiri. Seketika kemudian, dahinya ditepuk sendiri. Dia lupa lagi yang Jay memang seorang pelukis. Mestilah lukisan ini hanya mudah sahaja bagi lelaki itu.

Jay angguk mengiyakan, "Kau nak warna ke?"

"Eh tak apa. Saya nak sketch macam ni je. Nak letak kat dinding bilik."

Jay tertawa halus, "Errr by the way, malam ni kau busy?"

Indah ketuk dagu dengan jari. "Malam ni? Hmm, tak sibuk rasanya. Kenapa?"

"Aku nak ajak kau dinner."

"Hah? Dinner? Awak ajak saya?" Wajah Indah serta merta memerah. Jay ajak dia date ke?

"Ya. Tapi bukan kita berdua, ada family aku sekali. Mama aku nak jumpa kau lagi. Lagipun nak sambut birthday adik-adik aku tu. Kalau kami je, macam tak meriah sangat."

Indah sengih lebar dan menutup wajah dengan tapak tangan lagi, malu.

"Saya tak menyibuk ke?"

"Kalau kau menyibuk, mama aku tak ajak kau."

"Kenapa mama awak ajak saya?" Soalan kurang logik Indah lempar. Manalah Jay tahu!

Jay jongket, "Entah. Nanti tanyalah dia. Dia suka sangat dekat kau."

"Lampu hijau..." Indah sengih seorang diri, angau lagi.

"Apa dia?" soal Jay, kurang jelas.

"Tak ada apa-apa. Awak cakap mama awak suka saya kan?"

Angguk.

"Awak tak suka saya ke?"

"Tak," bidas Jay laju sebelum terus sambung melukis entah apa-apa di atas pasir.

Indah terus monyok dan menarik muka.

"Kau suka makan apa?" tanya Jay, cuba menukar topik perbualan.

"Makan hati dengan awak." Indah menjeling lagi.

Jay angkat muka dan menayang wajah bingung. "Aku buat apa dekat kau sampai kau nak makan hati dengan aku?"

"Lelaki semua sama je," jeling Indah lagi. Kali ini, dia mengesot ke kiri menjauhi Jay yang masih lagi  bingung tidak tahu apa-apa.

Akhirnya Jay hanya mampu mengeluh dan garu kepala. "Aku minta maaf."

"Hey... janganlah macam ni. Aku minta maaf ni."

"Senang aje dah buat saya terasa lepas tu minta maaf." Indah masih meneruskan lakonannya. Dia tidak sangka pula yang Jay betul-betul termakan dengan lakonannya itu.

"Indah... just... janganlah macam ni. Aku tak tahulah nak pujuk perempuan macam mana." Jay garu kepala buat kali ketiga.

"Malam ni kan kita nak keluar sekali. Janganlah tarik muka. Aku tanya makanan kesukaan kau aje kan tadi? Kenapa kau marah aku pula?" soal Jay. Nadanya lembut, bukan marah.

Indah menjeling. Jay ini memang nampak sangat tak ada pengalaman bercinta atau pernah berkawan dengan perempuan.

"Aku minta maaf."

"Hmm yalah," balas Indah acuh tak acuh.

"Jadi, makanan kegemaran kau apa?"

"Spaghetti aglio olio dengan pizza kut. Entah. Saya tak cerewet, saya makan aje semua benda," balas Indah, masih terselit nada merajuk. Tetapi itulah, Jay tetap tidak faham.

"Oh, okey." Jay angguk faham dan menarik perlahan kertas lukisan yang dia beri pada Indah sebentar tadi. Kemudian, sebatang pensel dibawa keluar dari poket seluarnya.

"Birthday kau bila?"

"Birthday? Kenapa?"

"Nak tulis dekat lukisan ni. Aku memang suka tulis tarikh birthday. Nampak aesthetic sikit."

Indah mencebik dan tersenyum sinis, "Cakap ajelah awak nak tahu tarikh birthday saya kan?"

Jay tayang wajah jelik, "Mana ada."

"Hah, apa-apalah. Birthday saya 28 Oktober."

Jay terpempan sejenak, pensel yang dipegang turut berhenti bergerak. "Seriuslah? 28 Oktober? Kau tipu aku ke?"

Indah angguk perlahan-lahan dan mengerut dahi, "Betullah. Seriuslah ni. Nak tipu kenapa pula?"

"Birthday kita... sama..."

Indah terus terpaku, "Seriuslah?"

"Hmm, sama. Tahun lahir aje kut lain. Umur kita beza kan? I bet I am older than you."

Indah sengih, "Saya 23."

"Oh, aku 25." Jay angguk. "Aku ingatkan kau baru habis SPM."

Indah menjeling, "Awak perli saya ke?"

"Taklah. Dah memang nampak macam budak baru habis SPM. Tak sangka pula dah umur 23."

Indah peluk tubuh, dia hendak berlakon merajuk buat kali kedua.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

"Awak boleh tak jangan bagi saya merajuk? Lepas tu bila saya dah merajuk, boleh tak tolong pujuk? Ni asyik buat muka innocent tu aje."

Bertambah kerutan di dahi Jay. "I am praising you. Bukan ke perempuan suka lelaki puji dia nampak lagi muda daripada umur sebenar?"

"Itu perempuan lain. Bukan saya. Jangan samakan saya dengan perempuan lain."

"Okay, fine. Aku minta maaf."

Indah terus menggumam selepas itu. Memanglah dia merajuk tetapi dia kembali sejuk hati selepas itu kerana Jay tidak kedekut dengan perkataan maaf. Sama seperti Aunty Caera, tidak lekang dengan perkataan terima kasih.

"Aku tak tahu pula umur ni bab sensitif perempuan. Again, I am sorry."

"Maaf diterima, tapi dengan satu syarat." Indah hunus pandangan tajam pada Jay yang tampak terpinga-pinga.

"Apa?"

"Nanti lukiskan dekat saya lagi." Indah jongket kedua-dua belah kening.

"Lukis apa?"

"Ermm, apa-apa aje. Saya tak kisah."

"Okay. Asalkan kau maafkan aku." Jay angguk.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now