Part 1

20 0 0
                                    



'Elvene Qhairissa! Akhirnya kita berjumpa.'

Desis hati Sein perlahan. Tangan mengepal penumbuk. Berdiri tegak, mata tepat memandang ke arah si gadis yang manis dalam persalinan baju kurung putih. Erti kata lain, dia sedang merenung cik isteri sendiri.

Pusing sana, pusing sini, cari idea, bagi alasan, akhirnya mereka disatukan. Terima kasih pada ayah mentua yang gilakan duit sehingga dia sanggup jual anak sendiri kepadanya. Lagi mudah kerja dia nak balas dendam. Hulur duit, dia dapat si perempuan.

Awalnya dia fikir payah. Tapi, jalan dia dipermudahkan. Sekilas, bibir mengulum senyum senget. Sesaat pun tak beralih dari wajah Elvene. Bertaut pandang, dia ukir senyum segaris.

Elvene. Orangnya secantik namanya. Yang ni, dia akui. Dengan tubuh tinggi lampai, rambut beralun ombak, kulit putih bersih. Bibir merah bak delima. Mata bundar, dengan bulu mata lentik dan alis tersusun rapi. Sesiapa saja akan jatuh cinta pada Elvene.

Tak terkecuali Lein. Sehingga sanggup ambil nyawa sendiri demi gadis yang entah apa-apa. Bagi dia, Elvene tak ada apa-apa yang istimewa selain cantik. Dekat oversea, bersepah muka macam dia. Kadang, pengutip sampah pun lagi lawa berbanding Elvene.

Dekat sini je, dia menjadi perhatiaan orang ramai. Sama macam sekarang. Macam dia tak perasaan mata-mata nakal yang sedang memerhati cik bini. Tapi, Sein tak kisah. Sikit pun tak merasa cemburu.

"Mungkin dia fikir kau pandang dia dengan rasa cinta. Padahal..." Ada suara menyampuk. Sein menoleh ke kiri. Automatik tangan naik mencengkam manja bahu si sepupu.

"Akhirnya, plan kau berjaya, Sein."

"Ayah dia memudahkan urusan aku, Daim."

"Ya. Aku tahu. Kau beli dia dari ahlong. Aku tahu kau yang bayarkan semua hutang piutang ayah dia. Dan sekarang.." Jeda. Mereka tenung Elvene.

"Kau dapat perempuan ni."

Sein angguk laju. Senyum sinis terukir di bibir. Rahang bergerak-gerak. Bermacam rancangan hinggap dalam kepala.

"Dia tak melawan bila kau beli dia? Tak melawan bila kau ajak dia kahwin?"

"She has no choice. Perempuan kaki kikis macam tu, haruslah setuju. Aku kaya, Daim. Aku lebih kacak dari Lein. Kau fikir dia akan reject aku?" Sein ketawa sinis. Kedua-dua belah tangan setia dalam kocek baju Melayu. Masih ralit memerhati Elvene dari jauh.

"Dia tak tahu hidup dia bakal hancur di tangan kau. Dia fikir, dia boleh lari dari ayah kaki judi. Alih-alih, masuk dalam kandang harimau." Perlahan suara Daim, tapi Sein dengar dengan jelas.

Dahi berkerut, kepala terteleng ke kiri.

"Kau kasihankan dia ke? Kau tak kisah apa yang dah berlaku dekat Lein?" Sinis suara. Daim mula cuak. Pantas dia geleng kepala.

"No. Bukan tu maksud aku."

"Kalau Elvene tahu rahsia ni sebelum tiba masanya, kau siap dengan aku, Daim. Aku tak main-main." Amaran.

"Elvene? Kenapa bukan Rissa? Lein panggil dia dengan nama Rissa."

"Aku sengaja panggil dengan nama berbeza. Dan jangan sesekali kau panggil dia Rissa depan mama aku. Mama aku langsung tak tahu siapa bini aku yang sebenarnya. Kalau rahsia ni terbongkar, kau orang pertama yang aku cari." Ugutan. Bersama dengusan kasar. Sein berlalu pergi.

Meninggalkan Daim dengan rasa bersalah.

Melangkah ke arah Elvene, tangan terus memaut pinggang si isteri. Sein berbisik di telinga Elvene depan orang ramai.

"Lambat lagi ke nak bersembang? Hmm?" Dia punya suara tu, semua orang boleh dengar. Kononnya berbisik.

Berbahang wajah Elvene. Darah merah naik mengalir ke wajah. Dia senyum kelat. Si member dah bantai gelakkan dia.

"Suami dah ajak naik bilik dah tu. Kalau macam tu, kami pulang dululah, Elve." Ujar Sara sambil tergelak kecil.

Rungkaikan jemari Sein, Elvene melangkah ke arah si teman lalu berpelukan lama. Sara, Izan, dan akhir sekali dia peluk Alin. Lama sikit yang ni pasal raut wajah Alin nampak macam tak happy saja dia kahwin dengan Sein.

"Aku akan bahagia. Jangan risau, Lin."

"Aku tahu bapak tak guna kau jual kau dekat lelaki ni. Jadi, tak payah nak yakinkan aku." Balas Alin, turut berbisik perlahan. Bertaut pandang, Elvene ukir senyum kelat. Sebab tu majlis perkahwinan dia hanya dihadiri orang penting saja. Takde sesiapa yang tahu. Keluarga Sein pun tak datang. Kata Sein, keluarga dia dekat Oversea. So tak dapat datang.

Pihak dia pula, hanya berwalikan ayah dan teman-teman sebagai saksi. Tak ada majlis sanding. Takde majlis besar-besaran. Cukup sekadar yang penting. Mereka pun kahwin koboi je. Kata Sein, bila keluarga dia dah balik baru dia nak buat majlis.

Bagi dia pula, dia tak kisah langsung. Asalkan boleh lari dari ayah kaki judi, pun dah bersyukur sangat.

Lepaskan pelukan, mereka pulang ke rumah. Elvene pula, ikut langkah Sein yang dah heret dia masuk ke dalam bilik. Gaya macam tak menyempat. Dia pulak naik risau.

Melangkah masuk ke dalam bilik, bibir mengukir senyum kelat. Berada dengan Sein dalam bilik, buat jantungnya tak keruan. Tapi, Sein selamba je labuhkan duduk di birai katil. Tangan naik menepuk tilam. Muka berkerut saat debu berterbangan.

"Dah berapa lama you tak guna bilik ni?"

"Entah. I jarang balik kampung." Perlahan. Serba tak kena. Dia kena buat apa sekarang ni? Mandi? Buka tudung atau apa?

Bila diperhatikan oleh Sein, lagilah dia gabra. Tak senang duduk sebab mereka tak pernah duduk sebilik macam ni.

Seperti yang Alin cakap, ayah memang jual dia dekat Sein. Jadi, mereka memang orang asing.

"Nak I tolong bukakan tudung ke?" Tak sempat Elvene melarang, Sein dah pegang kepala dia. Pin dekat kepala, Sein buang dan kemam dekat mulut. Buru-buru Elvene tarik kepala Sein mendekat lalu dia ambil jarum di bibir encik suami.

"You tak boleh kemam jarum macam ni. Bahaya."

Niat dia cuma nak ambil jarum je, tindakannya macam tak kena je. Pasal dia tarik leher Sein ke arahnya. Jarak wajah mereka, cuma tinggal seinci. Bulat mata Elvene. Ingin cipta jarak, dan-dan Sein tarik pinggang dia merapat.

"Okay. You tadah tangan. Biar I buang pin dekat tudung you." Sein kembali sambung buang jarum.

Bila tiba pin di bawah dagu, jantung Elvene seakan tak berfungsi. Liur ditelan kesat. Dia rasa kekurangan oksigen. Apatah lagi bila Sein dah paut dagu dia ke atas, serentak mata terpejam rapat. Tangan hampir saja nak genggam jarum. Tapi, dia tahan.

"Jangan risau. I takkan ambil kesempatan. I tak suka cipta kasih sayang dengan memaksa." Sein ketawa kecil. Penuh hati-hati dia buka pin tudung Elvene. Seminit, tudung dilepaskan, rambut panjang Elvene mengurai ke bahu, jatuh ke pinggang.

Sein berundur selangkah. Seakan terkesima bila Elvene buka tudung. Cantik. Patutlah semua orang boleh terpedaya. Senyum sinis, dia pusing tubuh.

"You pergilah mandi dulu." Arah dia tanpa melihat Elvene. Sebaik saja Elvene melangkah masuk ke dalam bilik air, serta merta senyuman mati mendadak. Diganti dengan raut wajah penuh kebencian. Mata yang mengalir dendam.

Rahang bergerak-gerak menahan rasa. Gigi dikancing kuat. Tangan mengepal penumbuk. Dia pandang bayang Elvene dengan penuh kebencian. Kalau ikut rasa hati, sekarang jugak dia nak cekik batang leher tu. Tapi, tak boleh.

Kena sabar. Dia kena buat Elvene jatuh cinta dengan dia dulu. Bila Elvene dah mula mencintai, dia akan rampas segala-galanya dari hidup Elvene. Dia akan buat Elvene menderita perlahan-lahan. Dendam seperti itu yang dia inginkan.

SEIN ALDARI Where stories live. Discover now