Bab 10

56 5 2
                                    

Indah menyedut segala hingus yang masih tersisa di dalam rongga hidung. Lutut ditarik rapat ke dada. Pagi tadi sebelum dia sampai ke pantai ini, sekali lagi dia menjadi habuan amarah Puan Diana. Sangkanya, Puan Diana akan sedikit sejuk hati namun hampa. Malah wanita itu semakin lama semakin bengang dengannya. Habis direnyuk surat tawaran semalam dan dibuang ke dalam tong sampah. Nasib sahaja Indah sempat mengutip semula surat tersebut. Kalau tidak, mungkin sahaja surat itu sudah dibuang ke dalam tong sampah besar di luar rumah.

"Morning."

Indah dongak kepala, memandang susuk tubuh yang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya.

Jay yang sedang memegang sebuah buku kecil dan sebatang pensel.

Indah terus kalut menyapu pipinya yang masih basah dek air mata. Wajah dikalih ke kiri, mengharapkan supaya Jay tidak nampak yang sebenarnya dia masih menangis.

"Kau okey?"

Indah kemam bibir. Okey, Jay nampak dia menangis. Memalukan betul. Sebagai balasan, Indah hanya menggumam perlahan.

Jay cuba mengintai wajah Indah yang sedari tadi cuba disorok namun Indah pantas menjeling, "Tak payahlah."

Terus Jay jauhkan wajah semula dan tunduk melukis sesuatu di atas sehelai helaian kertas yang sudah dikoyak daripada buku. Sesekali Indah yang sedang menyedut hingus sendiri dikerling dengan hujung mata.

Tidak sampai lima minit, sebuah lukisan Doraemon dihulur pada Indah. Namun pantas gadis itu menolak jauh kertas tersebut serta merta membuatkan wajah Jay berubah keruh. Dia mengharapkan reaksi yang berbeza kerana dia tahu Indah memang sangat suka akan kartun Doraemon itu.

Perlahan-lahan kertas yang sudah jatuh di atas pasir diambil dan diletak semula ke dalam buku. Buku tersebut ditutup sebelum dipegang erat.

"Sorry ganggu," ujar Jay lalu terus bangkit dari situ dan berjalan menjauh kemudian duduk semula di atas pasir. Cuma bezanya jarak mereka agak jauh.

Indah berpaling dan sekali lagi rasa sebaknya hadir. Dia telah lukakan seseorang lagi. Semalam Encik Izham, Puan Diana dan Irzan. Hari ini Jay pula.

Tidak semena-mena, tangisannya terhambur lagi. Sekali lagi. Habis bahunya terinjut-injut menahan sesak yang mencengkam dada.

Indah terus tersentak saat terasa kepalanya diusap dengan sesuatu benda keras. Baru sahaja hendak ditepis, rupanya benda keras itu adalah pensel. Jay sedang mengusap kepalanya menggunakan pensel. Perlahan dan lembut.

"Aku tak suka tengok perempuan menangis. Tapi tak apa, aku faham yang kau tengah sedih."

"Menangislah, aku ada."

Mendengar itu, tangisan Indah terus semakin galak. Jujur, dia bersyukur kerana Jay tidak banyak tanya. Malah lelaki itu menyuruhnya menangis lagi untuk melepas semua rasa sakit.

Hampir lima minit menangis teresak-esak, Indah tarik nafas panjang kerana sesak nafas. Dia tersedu-sedu kerana terlalu teruk menangis.

"Feel better?"

Indah angguk perlahan sambil mengesat saki-baki air mata pada pipi. "Maaf sebab... menangis depan awak."

"Nah, it's okay. Silent tears hold the loudest pain, you know? That's why aku suruh kau menangis aje depan aku daripada menangis sorok-sorok."

"I am not gonna judge anyway." Jay menggeliat perlahan dan meraup rambut panjang hadapannya ke belakang.

"Kenapa awak tak judge saya?"

"Because crying is not a crime, not a sin. Menangis tu tanda yang kau masih ada perasaan."

"Better menangis daripada lepaskan rasa kecewa pada benda lain, I guess." Jay jongket bahu dan melukis sesuatu di pasir menggunakan ibu jari kaki.

Indah angguk mendengar kenyataan itu, memang betul semuanya.

"So, mind sharing your problems?"

Indah geleng, "Tak apa, saya tak nak bebankan masalah saya pada awak. Awak pun ada masalah awak sendiri."

"That's right. Aku ada masalah aku sendiri. Tapi semua orang ada masalah masing-masing juga dan itu bukan alasan untuk tak bantu orang lain yang ada masalah."

"You know... aku tahu rasa sakit bila tak didengar itu macam mana. Sebab itu aku tak nak orang terdekat aku rasa benda yang sama."

"Just open up to me and I am gonna listen to you without judging. I swear."

Indah terkedu, tubir matanya berair semula. Automatik wajah disembamkan semula pada kedua-dua belah tapak tangan.

"Ke... kenapa... saya... ibu... saya teringin nak ibu macam ibu awak..." esak Indah. Bahunya kembali terinjut-injut.

Jay kerut dahi.

"I... I hate her so much. I hate my own mother..." tambah Indah lagi, suaranya semakin serak dan perlahan. Surat tawaran kelmarin yang sudah berkedut diambil daripada dalam poket seluar lalu dicampak kasar ke atas pasir.

"That's my biggest hope. Saya teringin nak sambung belajar dekat situ... Tapi apa yang dia buat? Dia buang surat tawaran tu. Dia layan saya macam... sampah... And end up, saya terpaksa tolak tawaran tu untuk puaskan hati dia."

"Dari kecil saya tak pernah rasa kasih sayang dia. She treated me like nothing but as a failed daughter! Saya... saya tak tahu apa dosa saya pada dia. Apa yang saya buat tak pernah betul pada dia. Never!"

"Am I that bad? Have I failed to be a daughter?" Indah geleng kepala dan menggigit bibir bawah. Dia sudah terlalu penat untuk menangis.

"Being a child is not a sin," tutur Jay perlahan.

Indah terus memandang Jay dengan tatapan tanpa perasaan.

"Familiar with that quote, right?" Jay tersenyum nipis dan menggosok kepala Indah dengan pensel sekali lagi.

"You were a good daughter, I can tell. You are not a bad daughter, not a rebellious daughter."

Jay hembus nafas perlahan, "Aku tak dapat relate dengan masalah kau tapi aku faham. Mungkin buat sementara waktu ni kau cuba jauhkan diri daripada ibu kau dulu. Aku tahu dia ibu kau. But if she is the reason you are suffering like this, then avoid from her for a while. You deserves a peaceful mind."

"Tentang tawaran sambung belajar ni..." Jay tunduk mengambil surat tawaran itu lalu dilipat kemas dan diletak di atas riba Indah. "Percaya pada rezeki. Walaupun ini adalah impian kau,  Tuhan dah aturkan semua untuk kau. Mungkin apa yang kau impikan ni, bukan yang terbaik untuk kau. Sekarang kau cuma perlu yakin yang Tuhan sediakan sesuatu yang indah untuk kau. Just like your name, right? Indah..." Jay tersenyum nipis, cuba menghidupkan suasana yang semakin menghimpit.

Indah tunduk, tidak angguk atau geleng. Tetapi telinganya jelas mendengar setiap bait kata lelaki itu, jelas.

"Patut ke... saya minta maaf pada ibu saya?"

"Yes you should. But first, please apologize to yourself. Kau dah tuduh diri kau macam-macam. It's not good for you, not good for your mental health."

"You are not a bad daughter. You are a good daughter. Remember this, okay? I got your back."

.....
☆☆☆☆☆

"Being a child is not a sin." - Nanami Kento (Jujutsu Kaisen)

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now