Bab 11

44 5 0
                                    

"Hehe, morning!" Indah sengih dan duduk di sebelah Jay. Sebuah plastik kuih-muih diletak di atas pasir.

Jay jongket sebelah kening. Terkejut dan pelik dengan tingkah gadis itu yang tiba-tiba ceria pagi ini.

Indah tunduk mengambil sebiji donat gula lalu disumbat ke dalam mulut sehingga kembung.

"Kau okey?"

"Hmm? Mestilah okey. Saya sedih sekejap aje, jangan risau. Sebab saya macam itu..." Indah menghala jari telunjuk pada matahari yang berlindung di sebalik kepulan awan pagi.

"Sunshine!"

Jay geleng kepala dan menahan tawa, "Itu sunrise..."

"Eh?" Indah sengih dan menggaru kepala menahan malu. "Apa-apalah. Samalah tu."

"Kau betul ke dah okey ni?"

Indah angguk mengiyakan, "I am okay, don't worry."

"Okay then." Jay angguk dan merenggangkan leher. Air mineral yang dibeli pagi tadi diteguk sedikit. "Mama aku suka kau. Dia cakap nanti dia nak luangkan masa dengan kau lagi."

Indah sengih, "Ya ke? Bila lagi kami boleh jumpa?" soal Indah. Dia tahu yang keluarga Jay sudah berangkat ke Sarawak semula kerana mereka hanya melawat ke sini selama tiga hari.

Jay jongket bahu, "Entah. Lambat lagi rasanya. Mungkin aku yang akan balik Sarawak nanti. Bukan diaorang yang balik sini lagi."

Indah memuncung.

Jay menunduk menulis sesuatu di atas sehelai kertas sebelum kertas itu dihulur. Tarikh lahir mereka.

"Apa ni- huh?" Mata Indah membulat serta merta. Hampir sahaja kuih di dalam mulutnya tersembur.

"J-jay..." Indah sambut huluran kertas lukisan tersebut sebelum menekup mulut dengan tapak tangan.

Lukisan gambar.

"Sorry aku guna gambar profile picture WhatsApp kau ni tanpa izin kau."

Indah tunduk mengemam bibir. Rasa sebak tiba-tiba kerana Jay ialah insan pertama yang melukis wajahnya dengan sangat cantik dan terperinci. Walaupun ia cuma gambar biasa itu gambar selfie di profil WhatsAppnya.

"It took me two days to draw this. Sorry, I just... got lost in your eyes."

Indah terkedu, wajahnya tiba-tiba terasa panas menyerbu. Dia... salah dengar ke?

Akhirnya, wajah merahnya hanya mampu tertunduk menekur pasir pantai. Malu.

"Sorry. Aku salah cakap ke? Kau tak selesa?" soal Jay, serba salah. Dia fikir yang mungkin Indah tidak selesa dengan pujian ikhlasnya kerana gadis itu hanya senyap sedari tadi. Padahal selalunya gadis itulah yang paling riuh.

"Tak, tak adalah." Indah berdeham menghilangkan gugup. "Kalau awak tak suka saya lebih daripada kawan, jangan bagi saya harapan palsu macam ini, Jay. Saya tak nak berharap."

"Hah?" Jay kerut dahi tidak faham dengan kenyataan tiba-tiba itu.

"Awak tahu kan yang saya suka awak? Tapi awak buat-buat tak nampak. Awak ingat saya tak tahu ke?" Indah ketap gigi, geram tiba-tiba tatkala melihat wajah innocent milik Jay.

"Apa benda kau merepek ni?"

"Merepek? Tak merepek pun. Saya cuma cakap yang saya suka awak lebih daripada kawan. Sekarang awak dah faham ke? Ke tak faham lagi? Nak saya cakap dalam bahasa Sarawak ke?"

"Kamek suka kitak."

"Kamek suka kitak, paloi!"

Jay ternganga sebelum liur ditelan payah melihat wajah merah padam Indah. Seram.

"I told you earlier, Indah. Don't put any expectation for me. I am not a good guy," keluh Jay perlahan setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Jadi? Awak fikir saya kisah ke? Mana ada lelaki sempurna dalam dunia ni, agak-agaklah." Indah jeling sambil memeluk tubuh.

Jay mengeluh dan menutup buku lukisan, "Okay, let's be honest. I like you too. Yes, more than a friend."

"Tapi," jeda Jay sebelum menarik nafas panjang.

"There is a high wall between us that separates us, that makes us unable to unite."

Jay memandang Indah semula, "Kita tak seagama, Indah."

"Tapi kita... boleh cuba..." ujar Indah perlahan antara dengar atau tidak dengar.

"Cuba apa? Cuba macam mana pun, akhirnya tetap sama. Daripada kita terus menyakiti diri sendiri, baik kita kekal sebagai kawan sahaja."

"Walaupun masing-masing ada perasaan?" Indah ketap bibir.

"Habis apa yang kita boleh buat? Apa yang aku boleh buat, Indah?"

"Kita cuba..." Indah mengeluh. "Kita cuba dulu... Jay... please?"

Jay akhirnya meraup wajah dan mengangguk perlahan. "Fine, kita cuba. Tapi untuk sebulan sahaja dulu. If anything happens, kita akan kekal sebagai kawan. Tapi kalau hubungan kita baik-baik aje, kita akan teruskan. Tapi selepas itu, aku tahu pengakhiran hubungan kita macam mana." Jay jongket bahu dan menggeliat perlahan.

Indah tunduk dan menekup mulut dengan kedua-dua belah tapak tangan. "Jadi, awak terima saya?"

"Yes, but like I said. We start for a month first."

Indah terus bangun dan menutup wajah, "Saya balik dulu. Jay... terima... terima kasih! Kamek sayang kitak!" Indah terus berlari dari situ. Plastik kuih-muih tadi juga habis ditinggal begitu sahaja. Malu dan...

Bahagia.

"Eh, Indah?" Jay terkedu dan mahu menahan namun tubuh kecil gadis itu terlebih dahulu menghilangkan diri.

Jay geleng dan melepas tawa kecil, "Kedak budak-budak... (Macam budak-budak...)"

.....
☆☆☆☆☆

- Kamek suka kitak, paloi! = Saya suka awak, bodoh!

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now