Bab 13

42 3 2
                                    

"Uish, buku ni! Nak buku ni!" Indah melompat kecil namun saat matanya menyinggah tag harga di belakang buku, senyumannya terus pudar.

"Mahal gila..." Indah tarik muncung lalu meletak semula novel tersebut di rak perlahan-lahan. Sudahlah novel itu sekarang adalah novel bestseller. Habis musnah harapan dia.

"Nak ke? Ambillah." Jay ambil semula novel tadi lalu membelek harga di belakang, tak adalah mahal mana bagi dia.

"Tak apalah, saya cari buku lain." Indah terus bergerak ke arah rak lain.

"Aku belanja lima buku untuk kau. Carilah lagi empat." Jay memegang erat buku tadi lalu diselak-selak.

"Hah? Awak nak belanja saya lima buku? Tapi, buku tu... mahal..." Indah memuncung pada novel tadi yang masih di tangan Jay.

"Cari aje lagi empat buku mana-mana yang kau nak. Nak ambil lebih sikit pun tak apa."

Indah kemam bibir. Jay ini seperti lelaki fiksi di dalam novel yang dia sentiasa baca. Untungnya dia!

"Tak perlulah sampai lima, banyak sangatlah..."

"Ambil aje. Don't worry."

"Betul ke ni? Hmm." Indah garu kening, tiba-tiba pula rasa serba salah.

"Ya, cinta. Pilih empat lagi."

Indah garu kepala dan terus tersengih. Kakinya melangkah ke arah rak lain lalu dia mula rambang mata memilih buku.

"Saya nak novel ni tapi, mahal," ujar Indah sambil menunjuk sebuah novel tebal yang juga merupakan salah satu novel di dalam wishlistnya.

"Ambil aje mana yang kau nak, jangan tengok harga."

"Betul ke?"

Jay angguk.

"Okey, cinta!" Indah sambung teruja dan terus mengambil kesemua novel yang dia mahu. Ada enam semuanya termasuk yang di tangan Jay tadi.

"Nak lagi?"

Indah geleng, "Tapi ada satu lebih..."

"It's okay, cinta." Jay terus mengangkat semua novel yang tinggi tersusun daripada tangan Indah lalu berjalan ke kaunter.

"Nak tambah apa-apa lagi? Novel lagi? Sticky notes? Pen?"

Indah sengih dan geleng. "Banyak dah ni."

.....

Indah ketawa suka sambil menepuk-nepuk tangan. Akhirnya! Novel impiannya sudah ada di tangan sendiri!

"Makan dulu, Indah. Nanti dah tak sejuk, tak sedap," tegur Jay sambil menyuap sesudu ABC ke dalam mulut. Mangkuk cendol milik Indah ditolak perlahan rapat ke arah gadis itu yang masih leka membelek novel-novel yang dia belikan tadi.

"Okey, okey." Indah sengih dan meletak novel-novel tadi di tepi. Cendol di dalam mangkuk digaul perlahan. Angin sepoi-sepoi petang sangat menenangkan. Indah akui, dia tidak selalu dapat menikmati pencuci mulut seperti ini. Kebiasaannya pada hari cuti, dia hanya duduk seorang diri di dalam bilik dan membaca buku atau menonton anime.

"Kau memang cuti Sabtu dengan Ahad ke?" soal Jay memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

Indah angguk, "Awak?"

"Aku pun cuti Sabtu dengan Ahad, cuma kadang-kadang hari Ahad pun kena masuk kerja juga," jelas Jay sambil melepaskan keluhan.

"Esok pun aku kerja."

"Alor, saya baru nak ajak awak date lagi." Indah senyum mengusik.

"Minggu depan kita keluar lagi."

"Serius?" soal Indah teruja.

"Ya, cinta."

Indah ketawa suka sekali lagi, "Kenapa awak panggil saya cinta?"

"Sebab aku cinta kau?" jawab Jay bersahaja.

"Lagipun setahu aku, kalau kita panggil seseorang dengan sesuatu panggilan tu, maksudnya apa yang kita panggil tu akan makin sebati dengan kita. Jadi, aku panggil kau cinta supaya aku boleh cinta kau hari-hari dan perasaan cinta tu takkan luntur sedikit pun."

"Awww, Jay is so sweet..." Indah pura-pura menekup mulut dengan tapak tangan. Tak pernah lagi dia lihat sisi terlebih gula Jay ini. Yang sebenarnya, dia pula yang terasa bahagia bagai di awang-awangan. Jay sememangnya ialah lelaki idamannya.

"Makan cepat," potong Jay laju.

Indah terus mencebik selepas itu. Baru hendak rasa bahagia sekejap tapi tak apalah. Jay ini kadang-kadang seperti perempuan, mood tidak menentu.

"Kalau awak cinta saya, awak kena ambil kacang merah ni. I don't like, don't like." Indah menolak perlahan mangkuk cendolnya.

"Tak suka kacang merah?" soal Jay namun kacang merah di dalam mangkuk cendol milik Indah tetap diambil dan dipindahkan ke dalam mangkuk miliknya.

"Tak sedap." Indah geleng dan menayang wajah tidak suka.

"Kacang merah baik untuk kesihatan tahu? Kacang merah ni tinggi kandungan serat dan baik untuk sistem pencernaan. Tambah-tambah lagi kalau kau suka makan makanan yang tak berkhasiat macam mi segera tu. Eloklah makan kacang merah."

Indah terus tersengih saat mendengar ayat terakhir Jay itu. Macam tahu-tahu sahaja yang dia memang gemar makan mi segera terutamanya waktu tengah malam.

"Kenapa? Suka makan mi segera?" teka Jay dan saat melihat wajah terkulat-kulat milik Indah, dia tahu yang tekaannya memang benar.

"Nak makan boleh, tapi jangan selalu sangat. Kita nak pakai badan kita ni lama, cinta. Bukan sehari dua. Kita nak pakai badan ni sampai ke tua. Kalau nak makan, jangan kerap sangat okey? Seminggu sekali dah okey untuk buat lepas teringin," jelas Jay lembut.

Indah tunduk menahan bahang di wajah. Kalau macam ini, hari-hari dia akan makan mi segera. Bolehlah dia ditegur lembut seperti ini.

"Cinta, dengar tak ni?"

"Dengar..." Indah sengih. "Lepas ni saya makan mi segera hari-hari..."

"Indah..." Jay kecilkan mata.

"Okey okey, tak. Saya janji lepas ni saya akan kurangkan makan mi segera." Indah tayang gigi sambil mengangkat sebelah tangan kanan seakan berjanji.

"Pandai. Dah, makan."

Indah angguk dan menyambung makan semula sehingga habis. Sedap sangat kerana dia jarang dapat makan.

"Indah..."

"Hmm?" Indah jongket kening.

"Hubungan kita ni... kita rahsiakan dulu boleh? Backstreet relationship. Are you okay with that?"

"Oh, backstreet relationship tu macam secret relationship eh?"

Jay angguk, "Kau okey? Hubungan ni, kita berdua saja tahu. Kalau ada sesiapa tanya sebab terserempak dengan kita, aku akan cakap yang kita kawan."

"Boleh, tapi... saya dah bagitahu along saya." Indah sengih.

"It's okay. Then kita bertiga sahaja. Deal?"

"Deal!" Indah sengih.

"Terima kasih. Aku ingatkan kau nak marah aku sebab aku nak rahsiakan hubungan kita."

"Saya tak marah. Asalkan saya dapat setia dengan awak. Awak pun kena setia dengan saya. Deal?"

"Deal, cinta." Jay senyum tipis.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now