RE | 03

226 16 7
                                    

Laju saja kaki Aurora melangkah menuju ke kereta

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Laju saja kaki Aurora melangkah menuju ke kereta. Panas betul hati. Ikutkan hati tadi mahu saja dirobek mulut Vanessa pakai kasut tumit tinggi dia, biar tak boleh buka mulut. Harith pun sama, apa yang nenek kebayan tu ada sampai nak bela.

Sampai saja, baru dia teringat sesuatu. Beg! Kunci kereta dalam beg. Dengan penuh amarah dia menendang tayar kereta.

"Auch!" Aurora terlompat-lompat, kaki yang sakit dipegang erat. Dahi berkerut menahan sakit denyutan pada kaki, cari penyakit.

"Cuba kawal sikit baran you tu, Aurora." Harith menghampiri Aurora. Beg Aurora di bahu.

Aurora berpaling kearah Harith namun terus dijeling tajam.

"Sibuk. Pergilah pada minat acah suci tu." Aurora duduk atas jalan tar, kakinya yang berdenyut dipegang. Diri sendiri buat, diri sendiri rasa azab.

Harith mengeleng. Dia duduk bertentangan dengan Aurora, tangannya membuka kasut tumit tinggi milik Aurora. Jelas ada kesan luka di ibu jari kaki.

"Lain kali tendang kuat lagi biar patah kaki, senang sikit I nak angkut you," perli Harith.

Aurora menepis tangan Harith.

"Kalau datang sini nak sakitkan hati I, baik tak payah. Sakit hati dengan mulut Vanessa tak hilang lagi ni, you pula nak tambah," ujar Aurora dalam nada geram.

Hairth mengeluh. "Aurora, fighting over a dumb girl is not worth it, you're smart, right?"

Aurora terdiam sejenak. "Why do you care about me? You said you don't like me."

"I never said I hate you, did I? After all, you're Uncle Zayn's daughter."

Aurora tersentak. Jadi selama ini dia dilayan baik sebab bapanya, hancur tanggapan dia pada Harith. Bibir digigit kuat, bertambah rasa sakit hati.

"You sama je dengan lelaki lain. Sampah!"

Dada Harith ditolak, beg diambil. Aurora bangun berdiri, kasutnya dibiarkan. Dia rela berkaki ayam.

Punat kunci ditekan, laju saja Aurora memboloskan diri masuk kedalam kereta. Dia baru mahu menutup pintu kereta namun ada tangan yang menghalang.

"Apa lagi yang you nak, Tengku Harith! You tahu kan I minat you! Kalau you terus layan I baik nanti I makin suka you!" Suara Aurora naik senoktah. Mata merah menahan diri menangis.

Harith tak membalas malah dia duduk melutut. Kaki Aurora yang luka tadi diambil lalu di letak atas pehanya. Kawasan yang luka ditampal dengan plaster bercorak karton.

Aurora terdiam seribu bahasa. Hilang terus api amarah seakan ada air sejuk menenangkan hatinya.

Harith mendongak memandang Aurora. "Did you bring your sandal?"

SU | HIS REDAMANCYOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz