Bab 15

51 8 0
                                    

"Morning, Jay."

"Morning." Jay kerut dahi memandang Indah yang duduk sambil mengeluh dan terus menongkat dagu.

"Cinta, okey tak ni?" soal Jay lembut. Pelik, selalunya gadis itulah yang paling riuh pagi-pagi seperti ini tetapi pagi ini gadis itu tampak lemah sahaja.

"Okey cuma penat sikit sebab tak cukup tidur," keluh Indah.

"Tengok anime?" Jay meneka.

Indah mengeluh dan memejam mata sejenak, menggeleng kepala. "Insomnia."

"Insomnia? Kau self diagnose ke?"

"Mana ada lah. Saya memang dah pergi check dengan pakar. Saya dah ada insomnia sejak umur 14 lagi."

"Hmm, kenapa datang sini pagi ni kalau mengantuk? Tidurlah dulu, cinta..."

Indah menguap sekali sambil menggeleng kepala, "Memang kena bangun awal pagi untuk Subuh. Lagipun abah saya tak bagi tidur lepas Subuh."

"Kenapa? Berdosa ke kalau tidur lepas Subuh?" soal Jay polos.

Indah ketawa perlahan dan menggeleng, "Taklah. Boleh aje tidur lepas Subuh tapi tak digalakkan. Memang daripada kecil lagi abah saya larang tidur lepas Subuh."

"Oh..."

Indah angguk dan melentokkan kepala pada lutut semula, rasa hendak saja tidur di sini. Sudahlah sejuk.

"Hari ni kau balik kerja pukul berapa?"

Indah menggumam. "Lima. Kenapa?"

"Free tak lepas habis kerja? Aku ingat nak ajak kau keluar sekejap."

"Pergi mana?"

"Aku ada interview esok, jadi aku kena cari baju kot yang baharu. Sebab baju kot yang lama dah bagi dekat orang lain."

"Kenapa sampai kena berkot bagai? Interview apa? Awak dapat kerja baru ke?" Indah kerut dahi.

"Taklah, tukar bos. Dengar cerita dia cerewet. Sebab tulah sampai kena interview bagai. Padahal aku dah tiga tahun dah kerja dekat situ." Jay juling kedua-dua bebola mata ke atas.

"Tak apalah, saya teman awak balik kerja nanti."

"Kau okey? Kalau penat, tak apa. Aku boleh pergi seorang."

"Tak apa, saya nak teman awak." Indah sengih.

"Okey, sekarang jom makan. Aku ada beli nasi lemak." Jay tunduk mengambil plastik nasi lemak di tepi buku lukisan yang dia bawa. Satu bungkus dibuka perlahan-lahan lalu diletakkan di hadapan Indah.

"Awak tak makan?"

"Aku makan kuih aje," ujar Jay sambil mengangkat satu lagi plastik kuih-muih lalu turut diletak di hadapan Indah, berkongsi.

"Terima kasih." Indah tunduk menggaul nasi lemak menggunakan sudu, tiada selera sebenarnya.

"Kenapa ni, cinta?"

"Tak, tak ada apa-apalah." Indah masih tunduk sedari tadi.

Jay senyap seketika sebelum menarik perlahan-lahan polisterin nasi lemak milik Indah. Sudu turut diambil daripada tangan gadis itu. Jay tahu yang Indah bukan sahaja penat kerana tidak cukup tidur. Malah mata gadis itu tampak sembab kerana menangis. Tetapi dia tidak mahu bertanya kerana dia risau emosi Indah akan terusik nanti.

Indah terpinga-pinga.

Jay tunduk menggaul-gaul nasi lemak tersebut lalu menyua sesudu pada Indah.

"Makan, cinta. Nanti perut tu masuk angin."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now