RE | 05

299 24 2
                                    

Aurora mendongak, merenung dada langit yang dihiasi dengan cahaya bulan dan bintang, sejuk angin malam mencengkam kulitnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aurora mendongak, merenung dada langit yang dihiasi dengan cahaya bulan dan bintang, sejuk angin malam mencengkam kulitnya. Dia duduk di balkoni bilik, earbud setia melekat di telinga. Lagu Akhir Tak Bahagia dimain berulang kali.

"Dari banyak insan di dunia... Mengapa dirimu yang aku sangka..."

Aurora tersenyum sendiri, baris lirik itu membuat dia tertanya pada diri sendiri. Mengapa dia terlalu mengejar lelaki itu ? Mengapa dia terlalu berharap cinta yang dibalas? Dan mengapa perlu lelaki itu?

Aurora pejamkan matanya, dia biarkan melodi musik mengusai dirinya.

"Dipertemukan semesta... Walau berakhir tak bahagia...."

Tanpa diminta air mata Aurora mengalir ke pipi saat mendengar pengakhiran lagu. Jiwa seakan terpukul.

"Apa masalah kau ni Aurora, lemah menangis sebab lagu." Air mata terus diseka sambil ketawa sendiri.

Knock! Knock !

"Kakak!" Suara Zyran memanggil Aurora, pintu diketuk tanpa henti.

Aurora pantas bangun, laju kaki melangkah. Pintu dikuak, terpancul wajah Zyran bersama sengihan tak bersalah.

"You nak pecahkan pintu bilik kakak ke?" Mata mencerlung menikam mata hijau Zyran,

"Sorry, I thought you sleep," balas Zyran, pipi yang tak gatal digaru.

Aurora berpeluk tubuh. "Ada apa? Nak chocolate shake suruh bibik buat, kakak malas."

Biasa itu saja alasan Zyran selalu ganggu waktu malam begini semata suruh buatkan air kegemaran dia. Nasib adiknya masih dalam golongan budak. Kalau tidak, malas dia mahu melayan.

Zyran mengeleng. "Ada nampak muka Zyran ni peminta sedekah chocolate shake ke?"

"Cepatlah cakap, kakak tiada masa nak layan awak," desak Aurora.

"Ish, garang sokmo. Zyran nak ajak kakak turun. Abang Harith ada dekat bawak bawah tu," ujar Zyran.

"Abang Harith? Buat apa dia datang sini, malam pula tu." Dahi Aurora berkerut seribu, jarang Harith datang rumah dia waktu begini melainkan ada hal penting.

"Entah, tiba-tiba tercegak depan pagar. Nasib bibik Susanti nampak. Katanya Abang Harith datang sebab nak hantar cookies favourite kakak tu. Kakak ada minta abang Harith buatkan ke?" terang Zyran.

"Hah?! Mana ada!"  Aurori terjeda. Dia hairan bersulamkan terkejut.

Buang tabiat betul si anak uncle Nathan ni. Kadang dingin, kadang sweet dan kadang tak dapat dijangka dengan akal fikiran.

"Kakak, jom turun. Daddy pesan tak baik buat tetamu menunggu."

Bebola Mata Aurora naik ke atas, menyampah betul dengan perangai Zyran suka petik nama daddy untuk ugut dia.

SU | HIS REDAMANCYWhere stories live. Discover now