Bab 16

46 6 0
                                    

"Banyaknya nak kena isi..." Jay mengeluh sambil mencabut tali leher dari baju kemejanya dan menanggalkan kot hitam di luar, meninggalkan kemeja putih di bahagian dalam. Butang kemeja di bahagian paling atas dibuka. Panas. Angin sepoi-sepoi petang itu sejujurnya langsung tidak menurunkan emosinya hari ini. Bayangkan, dia sudah selesai temu duga seperti dijanjikan pagi tadi namun selesai kerja, dia perlu isi borang yang entah apa-apa. Padahal dia sudah bekerja lama di syarikat itu.

"Memang cerewet betul bos baru tu," gumam Jay seorang diri. Penat sebenarnya.

"Muda lagi ke bos tu?" soal Indah sambil menyuap keropok lekor kecil ke dalam mulut.

"Tak adalah muda sangat, tapi tak ada tua sangat. 30-an rasanya."

"Oh..."

"Kau jaga barang-barang aku ni kejap. Aku nak pergi ambil lagi satu fail dekat dalam kereta." Jay terus bangun dan beredar dari situ.

Indah hanya angguk dan kembali menyuap keropok lekor ke dalam mulut. Lapar.

Matanya jatuh pada fail-fail lut sinar yang berselerak di atas pasir. Setelah jari dilap dengan seluar, salah satu fail tersebut diambil dan dibelek-belek.

"Resume? What the fish?" Indah geleng kepala. Bos Jay itu memanglah sangat cerewet sampai minta resume padahal Jay sudah bekerja si syarikat itu hampir tiga tahun. Lelaki itu buat Jay seperti pekerja baharu pula.

"Carlian Jay, Bidayuh, Kristian... hmm..." Indah sepetkan mata dan meneliti lagi resume lengkap itu.

"Eh, Ya Allah..." Indah terus mengutip kad pengenalan Jay yang terdampar di tepi fail. Nasib dia sempat ambil. Kalau kena curi ni, siapa yang susah?

"Handsomenya..." sengih Indah saat melihat wajah Jay yang berumur 18 tahun di kad pengenalan. Walaupun wajah di dalam kad pengenalan tampak lebih muda dan sedikit kurus, namun tetap kacak. Cuma bezanya, Jay yang sekarang lebih sedikit berisi dan wajahnya nampak matang.

"Tengok apa?"

Indah lekas-lekas meletakkan semula fail lut sinar tadi dan kad pengenalan Jay di atas pasir.

"Tengok ajelah, aku tak marah pun." Jay kembali fokus menulis entah apa-apa di atas sehelai kertas.

"Jay..."

"Hmm?"

"Kenapa, cinta?" soal Jay semula saat Indah diam tidak memberi jawapan.

"Nak phone awak boleh? Kalau tak boleh tak apa." Indah sengih menggaru kening.

"Phone aku?" Jay jongket sebelah kening. "Ambillah. Password, birthday kau." Jay tunduk menyeluk telefon pintar di dalam poket seluar lalu telefon pintarnya itu diletak di atas pasir.

"Terima kasih!" Indah terus mengambil telefon pintar itu lalu menaip kata laluan iaitu tarikh lahirnya. Berjaya. Selepas itu, telefon pintar lelaki itu diselongkar. Sendu gila. Rasanya lebih sendu daripada telefon pintar abahnya. Telefon pintar abahnya lebih menarik kalau macam ini.

"Ada tak apa-apa app yang saya tak boleh buka? Takut ganggu privasi awak."

"Tak ada, buka aje."

Indah angguk dan sengih lagi. Maknanya Jay tak ada simpan rahsia daripada dia. Dan maksudnya dia tidak perlu overthinking lagi selepas ini.

Aplikasi WhatsApp dibuka lalu matanya turun meneliti satu persatu nama. Indah sengih, namanya di bahagian atas sekali dan dipin. Turun lagi, hingga terhenti di sebuah nama di bahagian paling bawah.

Finna.

"Jay..."

"Ya?" Jay berhenti menulis sejenak dan memandang wajah Indah.

"Siapa Finna?"

Jay tertawa kecil, "Ex aku."

"Hah? Ex?" Indah terus mencampak telefon pintar Jay ke atas pasir dan memeluk tubuh.

"Cinta... janganlah campak phone aku." Jay ketawa lagi lalu menghulur semula telefon pintarnya pada gadis itu.

"Ex classmate aku, cinta. Cuba bagi aku habis cakap dulu." Jay geleng kepala.

"Hah, saya tak percaya. Ni mesti ex girlfriend betul-betul tapi tak nak mengaku."

"Bukalah chat aku dengan dia. Tengok apa aje aku borak dengan dia." Jay jongket kening.

Indah jeling dan pantas menekan kontak nama Finna itu lalu dibaca satu-satunya pesanan yang ada iaitu pada tahun lepas.

Save tau nombor baru aku. Nombor lama dah tak guna.

"Okey, fine. Sorry..." Indah mencebik. "Dia cantik tak?"

"Kau cantik lagi, cinta."

"Hmm, jawapan nak selamatlah tu. Cakap ajelah dia cantik kan?" Jeling Indah lagi.

"Cinta, are you jealous?" Jay senyum tipis. Suka melihat wajah cemberut milik Indah. Comel walaupun jelingan tajam gadis itu memang betul-betul tajam.

"Saya tanya ni, jawab ajelah." Indah jeling buat entah kali ke berapa.

"Yes, cinta. Dia cantik. Semua perempuan cantik, I won't deny that. But you. I choose you over other girls. You are my top 3 beloved girls in my life."

Pandangan Indah lebih tajam mendengar itu.

"Top 3? Habis nombor satu dengan dua siapa?" Indah menyoal lagi. Kali ini memang dia benar-benar cemburu. Jay seperti sahaja menyakat dia.

"Nombor satu mama aku, of coures. Nombor dua Julia dengan Jaina. Then third, you."

"Betul? Tak tipu?"

"Betul, cinta." Jay senyum lalu menggosok kepala Indah menggunakan kertas di tangannya.

"Janganlah! Nanti awning rosak!" Indah tayang wajah cemberut.

Jay ketawa dan mengemas kesemua fail-fail lalu menyumbat ke dalam beg. Beg tersebut disandang pada bahu kiri. "Come, cinta."

"Pergi mana?"

"Jom." Jay tidak menjawab malah terus bangun dan mengeluarkan kamera dari dalam beg hitamnya itu.

"Berdiri sana, aku tangkap gambar kau."

"Hah?"

"Cepat cepat."

"Ish!" Indah menjeling tetapi tetap berdiri membelakangi pantai. Tudungnya yang ditiup angin pantai langsung tidak dihiraukan.

"Senyumlah, cinta..." Jay ketawa sambil mengenyit sebelah mata, membetulkan kedudukan kamera di tangannya.

"Tak nak." Indah jeling.

"Cinta... you are beautiful, okay?"

"Sayang..."

Indah tersentak. Wajahnya tiba-tiba diserbu bahang panas namun cepat-cepat dikawal.

"Senyum, sayang."

Indah tunduk berdeham melepas gugup. Wajahnya diangkat semula sebelum sebuah senyuman diukir perlahan-lahan.

"Macam itulah," sengih Jay sebelum mula menekan-nekan butang kamera canggihnya.

Setelah hampir lima minit, Jay jatuhkan kamera. Lenguh.

"Cantik. Nanti aku edit."

"Terima kasih..." Indah sengih malu-malu. "Janganlah panggil saya macam tu lagi. Terkejut saya."

"Panggil macam mana, cinta?"

"Ish!" Indah pukul bahu Jay. "Janganlah sakat saya..."

"Sakat? Apa tu?" soal jay kebingungan.

"Sakat tu usik."

"Oh, okey. Lepas ni aku sakat kau lagi." Jay ketawa.

"Jay!"

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now