Bab 17

41 6 0
                                    

"Awal?" Jay labuhkan punggung di sebelah Indah lalu meletak sebuah plastik nasi lemak.

"Saja, bosan duduk lama-lama dekat rumah," jawab Indah sambil tersenyum nipis.

Jay angguk, "Irzan tak datang pagi ni?"

Indah terus menarik wajah cemberut. "Kenapa? Dah rindu dia? Memang awak nak jumpa dengan dia kan pagi ni? Tak nak jumpa saya dah?"

Jay terus hamburkan tawa dan menggosok-gosok kepala Indah menggunakan telefon pintarnya.

"Kenapa ni, cinta? Daripada semalam asyik marah aku aje."

Indah paling wajah dan memeluk tubuh. Merajuk.

"Cinta, kau marah aku sebab jalan dengan Irzan semalam lepas tu tinggal kau? Atau kau marah sebab lain? Cinta... aku minta maaf. Janganlah macam ni... aku minta maaf okey? Janji tak buat lagi."

"Hmm..."

Jay kemudian tunduk membuka bungkusan kertas nasi lemak dan dikaut dengan sudu. Sudu itu perlahan-lahan disua pada Indah. Rasanya, dia boleh hilangkan marah atau ajuk gadis itu hanya dengan makanan.

Indah mencebik, namun mulut tetap dibuka untuk menerima suapan nasi itu. Sedap. Dia memang suka makan nasi lemak yang Jay belikan. Entahlah kenapa.

"I am sorry okay, sayang?"

"Hmm..." Indah hanya menggumam.

"Sayang..."

"Cepatlah suap, orang lapar ni." Indah berdecit kegeraman. Orang tengah lapar, dia bersayang-sayang pula.

Jay tertawa perlahan dan menyuap lagi nasi lemak ke dalam mulut gadis itu.

"I wonder... kenapa perempuan Muslim kena pakai tudung?" Jay memulakan topik perbualan mereka pagi itu.

"Awak tak tahu ke?" soal Indah semula.

"Taklah, tahu aje. Cuma nak dengar jawapan daripada mulut kau sendiri." Jay senyum.

"Hmm. First of all, pakai tudung ni memang wajiblah untuk perempuan Muslim. So if awak perempuan Muslim yang dah baligh ataupun senang cakap, dah haid. Awak wajib pakai tudung. Pakai tudung bukan pilihan tapi perintah Tuhan."

"Kalau bagi perspektif saya pula, senang aje. Perempuan yang bertudung ni sebenarnya kurang menarik perhatian lelaki daripada perempuan yang tak bertudung. Betul tak?"

Jay hanya senyap mendengar, tidak mengangguk atau menggeleng.

"Itulah point dia. Perempuan Muslim yang bertutup litup tak menarik perhatian ajnabi dan ajnabi pun tak tertarik dengan yang bertudung ni."

"Ajnabi tu apa?" soal Jay.

"Ajnabi tu maksudnya orang asing. Bukan suami, bukan isteri dan bukan mahram."

Jay garu kepala.

"Saya bagi contoh dekat awak. Awak bayangkan tau. Awak bayangkan Irzan tu bukan abang saya. Dia kawan saya contohnya. Jadi maksudnya dia ajnabi bagi saya. Selagi saya boleh berkahwin dengan dia, jadi selagi itu saya perlu jaga aurat saya bila berhadapan dengan dia."

"Oh hmm, kinda strict..." Jay ketuk dagu.

"Yup, tapi itulah cara Tuhan jaga maruah kami daripada fitnah." Indah sengih dan menyuap sendiri nasi lemak ke dalam mulut. Jay ini lambat sangat.

"Jadi, contohlah kalau aku tak nak jadi ajnabi untuk kau dan nak tengok aurat kau? Tengok rambut kau? Aku kena buat apa?" soal Jay polos.

"Kita kena kahwinlah..." Indah garu kening tiba-tiba.

"Oh... macam mana pula dengan abah kau dan Irzan? Dia orang boleh tengok rambut kau ke?"

"Kalau abah saya dengan Irzan, boleh aje tak bertudung depan dia orang sebab dia orang keluarga saya. Irzan tu pula abang kandung saya, bukan abang tiri," jelas Indah sambil membetulkan awning tudungnya yang ditiup angin.

"Oh. Kau cakap tadi kalau aku nak tengok rambut kau, aku kena kahwin dengan kau kan?"

Indah angguk. "Contoh kalau kita kahwin, awak bukan ajnabi lagi. Awak suami saya. Jadi saya boleh aje tak bertudung depan awak sebab dah sah kahwin," jelas Indah.

"Oh..."

"Lagipun takkanlah saya nak bertudung 24 jam depan suami saya nanti?" Indah sambung makan semula.

"You thought of marrying other man?"

Indah terus berhenti menyuap dan memandang  wajah Jay lama. "Tak, taklah..." Indah tunduk.

"But that's the ending for our relationship, right? You will end up kahwin dengan lelaki lain. Aku pula..." Jay mengeluh dan berpaling ke arah lain. "Kita kan beza agama..."

Indah turut mengeluh dan melipat perlahan-lahan kertas pembalut nasi lemak lalu digumpal dan dibuang ke dalam plastik.

"Awak tak nak... convert?" soal Indah perlahan, penuh berhati-hati. Dia takut soalan itu bakal merenggangkan hubungan antara mereka berdua.

"Aku sayang agama aku," jawab Jay dengan nada mendatar lantas menyentakkan Indah.

"Walaupun aku ramai kawan Muslim dulu dan banyak tahu tentang Islam, aku tak akan cuba-cuba untuk masuk Islam hanya disebabkan seorang perempuan."

Indah tertunduk, salah dia.

Memang salah dia.

Mungkin topik agama ini agak sensitif untuk Jay. Tidak, memang sensitif.

"I won't risk my life at all."

"Korbankan diri awak tapi akhirnya untuk bersama saya, would risk your life?" soal Indah pula. Wajah Jay kini sudah tidak betah ditatapnya lagi. Ini memang salah dia kerana menyoal tentang topik ini, tetapi dia juga ada perasaan. Jay berkata begitu, ibarat dia tidak ada perasaan pula.

Lama Jay diam membisu sebelum lelaki itu melepas sebuah keluhan panjang, tampak berat. "Aku minta maaf."

"Terima kasih sebab belanja nasi lemak ni. Saya balik dulu." Indah tersenyum hambar dan terus bangun daripada duduk ingin beredar dari situ.

"Indah... aku minta maaf." Jay turut bangun dan berdiri di hadapan Indah, menghalang laluan gadis itu. Terpancar riak serba salah di wajah Jay.

"Aku... tak maksudkan pun. Aku betul-betul minta maaf."

"Tak apa, saya faham. Awak rehatlah sini dulu. Saya nak balik awal pagi ni," ujar Indah lalu terus melangkah meninggalkan Jay seorang diri di situ.

Jay mengeluh dan meraup wajahnya sejenak sebelum perlahan-lahan duduk di atas pasir pantai semula. Lutut ditarik rapat ke dada.

"Sik guna kau. (Tak guna kau.)" Jay mengeluh buat kesekian kali dan mengetuk kepala sendiri berkali-kali menggunakan penumbuk yang dikepal.

.....
☆☆☆☆☆

💌 I dah nak jump masuk ke plot sebab i gave them too many happiness (i can't). Stay strong :)

.....
☆☆☆☆☆

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

(Surah Al Hujurat: Ayat ke 13)

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now