Bab 18

36 6 0
                                    

Satu pagi.

Indah terkedip-kedip memandang siling putih bilik. Kipas yang sedang berputar laju ditatap tidak lepas. Seperti inilah rutin hariannya ketika waktu malam. Insomnia yang dihidapi sangat menyesakkan.

Indah mengeluh dan mengiring ke kiri. Telefon pintarnya dibuka. Matanya dikecilkan sedikit memandang skrin telefon yang bercahaya. Mesej yang dihantar oleh Jay sejak pagi tadi langsung tidak dibalasnya namun hanya dibaca.

I am sorry. Again and again. You okay now?

Mesej terakhir yang dihantar Jay pukul sembilan malam tadi dibaca sekali lagi.

Ok.

Indah membalas pesanan tersebut ringkas. Sebenarnya balasan yang paling pendek dia pernah beri kepada lelaki itu setakat ini.

Ting!

You are not okay and I know it is because of me. I am sorry. Aku minta maaf sangat-sangat. Salah aku sebab sakitkan hati kau, aku mengaku.

Indah termangu sendiri saat membaca pesanan itu. Jay masih belum tidur rupanya.

Pergi pakai tudung.

"Hah?" Indah kerut dahi. Sesaat kemudian, terus telefon pintarnya berbunyi minta diangkat. Oh, panggilan video daripada Jay.

Indah hanya menjawab panggilan tersebut lalu skrin telefonnya ditekap ke atas katil. Dia lantas bangun dan menyarung tudung ke kepala. Selepas itu, Indah meniarap semula di atas katil memandang skrin telefon yang terpapar wajah Jay daripada tepi.

"Tak mengantuk lagi?" soal Jay lembut daripada hujung talian. Lelaki itu membetulkan cermin mata menggunakan jari telunjuk sebelum fokus semula menatap skrin tablet di atas mejanya. Biliknya suram dan gelap itu hanya disimbahi cahaya daripada skrin komputer.

Indah hanya menggeleng. Dia juga mahu tanya kenapa lelaki itu masih belum tidur. Tetapi entahlah, egonya tidak memberi keizinan. Mungkin Jay masih ada kerja. Lelaki itu kan seorang juru animasi.

"Dah makan?" soal Jay sekali lagi. Masih dengan nada lembut.

Indah hanya menggumam sebagai jawapan.

"Cinta... aku minta maaf okey tentang pagi tadi? Kau... marahlah aku. Aku tahu kau terasa hati." Jay menatap lama wajah Indah di skrin. Namun gadis itu sedikit pun tidak memandang wajahnya.

"Aku rindu kau... aku rindu Indah Daliya yang cengeng macam dulu. Bukan yang ni..."

Indah mengeluh, "Saya dah cakap kan yang saya okey."

Jay tersenyum tawar, "Aku minta maaf."

"Saya dah cakap-"

"Aku minta maaf."

"Tak, tak ada apa-apalah. Lupakan aje pasal tu," keluh Indah.

"Aku takkan berhenti selagi kau tak maafkan aku," potong Jay laju."

"Saya dah maafkan awak." Indah mengeluh lagi.

"Betul ni?"

Indah hanya menggumam perlahan dan mengangguk.

"Kalau macam tu, senyum sikit boleh? Please? I wanna see your pretty smile." Jay tersenyum lagi.

Payah Indah mengukir senyum di bibir, perlahan-lahan.

"Macam itulah cinta saya..."

Indah hanya menggaru kepala dan bangun untuk duduk. "Saya pergi dapur sekejap. Nak minum air."

"Okey."

Indah angguk dan melangkah keluar daripada bilik menuju ke dapur untuk minum air. Selepas itu, dia kembali ke bilik dengan membawa tiga paket biskut coklat dan segelas air coklat sejuk.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now