Bab 20

31 4 0
                                    

"Jay, esok awak nak cuba puasa tak?" soal Indah. Wajah Jay yang ada di dalam skrin telefon pintar baharunya itu ditatap dengan sebuah sengihan.

"Oh, esok dah puasa eh? Lupa pula. Esok tak boleh kut sebab esok aku kena keluar kejap. Takut tak larat. Lusa boleh?"

"Boleh! Lusa nanti kita berbuka sekali. Esok saya berbuka dengan family saya."

"Okey, boleh." Jay menjawab senada sebelum fokus menatap tablet di atas meja semula.

"Jay, awak okey?"

Jay menggumam, "Penat sikit." Kepalanya dilentok ke atas permukaan meja.

"Penat banyak sebenarnya," keluh Jay sambil menguap kecil.

"Awak dah mengantuk? Tidurlah."

"Memang mengantuk tapi kerja banyak lagi." Jay menguap lagi sebelum menggeliat kecil.

"Cinta, ask me anything supaya aku tak mengantuk sambil buat kerja ni," pinta Jay, kembali fokus membuat kerja.

"Okey, tapi saya tanya ni kalau sensitif sikit tak apa? Awak tak marah? Atau awak tak selesa kalau saya tanya soalan yang sensitif?"

"It's okay, just ask."

"Ermm, tentang ayah awak? Saya... tak pernah tahu tentang ayah awak." Indah menyoal penuh berhati-hati.

"Oh. Kau nak tahu apa tentang dia?"

"Ermm ayah awak ada lagi ke? Waktu family awak datang sini hari tu, ayah awak tak ada pun?"

Jay carik sebuah senyum sinis, "Dia dah mati."

Indah terus tersentak dan cepat-cepat memohon maaf namun Jay lebih pantas menggelengkan kepala.

"Dia hidup lagi. Aku cuma anggap dia dah mati dan pupus dekat dunia ni. Semak aje orang tua tu."

Indah terkebil-kebil mendengar balasan Jay. Rasanya ini pertama kali lelaki itu tampak sedikit bengang ketika menjawab apa-apa soalannya.

"Kau betul ke nak tahu pasal lelaki tu?"

"Errr, nak. Tapi kalau awak tak selesa, tak apa." Indah sengih. Risau pula kalau Jay terasa hati dan mereka akan bermasam muka buat kali kedua.

Jay gosok belakang leher sebelum meneguk air kosong sejenak. Wajahnya dipaling semula menghadap wajah Indah yang masih menunggu tuturnya yang seterusnya.

"Aku pendekkan cerita. Dia ceraikan mama aku betul-betul selepas Julia dengan Jaina lahir. Waktu tu aku baru umur sembilan tahun. Jadi hidup kami selepas tu memang susah. Tambah-tambah lagi mama aku anak tunggal. Atuk dan nenek aku pula dah lama tak ada."

"Dia ceraikan mama aku sebab mama aku dah tak boleh mengandung dah selepas Julia dengan Jaina. Jadi, dia pergi kahwin dengan perempuan lain."

"Walaupun hidup kami susah, aku langsung tak menyesal dia ceraikan mama dan tinggalkan kami sebab dia tu kaki pukul. Dia selalu pukul aku dengan mama untuk lepaskan marah kalau dia kalah main judi."

Jay mengeluh. "Parut ni... kekal sampai hari ni," ujar Jay perlahan sambil menyelak rambut panjang hadapannya buat pertama kali. Terpampang jelas sebuah parut panjang di dahi lelaki itu. Tampak jelas namun Indah langsung tidak perasan akan parut itu kerana Jay selalu menutup dahi sendiri dengan rambut panjang hadapannya.

"Is it... ugly?" soal Jay perlahan.

"Indah... you hate this scar?" soal Jay sekali lagi.

"Tak... Jay... It's pretty... Parut tu bukti awak kuat selama ni. Awak pernah lalui masa kelam awak tapi awak masih kuat sampai sekarang."

"Kenapa awak selalu tutup parut tu?" Indah menatap lembut wajah suram Jay.

"Aku tak yakin. Parut ni... bawa memori buruk untuk aku. Parut ni ada sebab dia toreh dahi aku guna... screwdriver."

Indah terus melopong selepas itu. Bekas ayah Jay sememangnya sungguh kejam.

"Aku ada lagi satu parut besar dekat belakang badan aku sebab kena seterika panas. Tapi aku tak nak tunjuk dekat kau. Ngeri, nanti kau tak boleh tidur." Jay pura-pura ketawa perlahan, hanya untuk mengaburi suaranya yang sudah mulai serak menahan tangis. Mungkin memori buruk itu sudah mula menapak minda.

"Jay..." Indah hilang kata-kata. Sungguh, zaman kanak-kanak Jay tidak seindah yang dia sangka.

"Aku masuk tandas sekejap," potong Jay dan terus bangun melangkah pergi dari situ.

Indah terus termenung buat beberapa minit hinggalah Jay kembali semula. Lelaki itu hanya menayangkan sebuah senyuman kecil.

"Kenapa ni, cinta?"

Indah geleng. "Cuma rasa... entahlah."

Jay sengih, "Kau janganlah sedih. Aku okey aje ni. Aku boleh jaga mama dengan adik-adik aku sekarang tanpa harapkan orang tua tu lagi. See? Aku macam mana sekarang?"

Indah menggumam. "Tapi Jay... awak tak rasa terkilan sebab dia tak minta maaf dekat awak?"

"Sikit. Tapi ego lelaki memang susah nak runtuh. Lagipun aku dah tak kisah. Asalkan aku takkan berpaling ke belakang atau patah balik lagi. I will break the abuse cycle. Kalau aku kahwin satu hari nanti, aku takkan jadi seorang suami atau bapa macam dia. Sebab aku tak nak isteri dengan anak-anak aku rasa terseksa macam apa yang aku pernah rasa."

Indah tunduk menahan sebak yang mula mencengkam dada. Walaupun dia tidak berada di tempat Jay, namun sakitnya turut menggasak dadanya.

"Sayang... kenapa?"

"Hey, janganlah menangis. Indah... cinta..." Jay garu kepala, mula panik saat tubir mata gadis itu berair.

"Sayang, jangan menangis. Hey... nanti aku belanja coklat, nak?"

Indah yang hendak menangis terus terhenti dan menghambur tawa. Lucu melihat Jay yang tiba-tiba gelabah.

"Jangan menangis, okey? I am okay now. Aku cuma cerita untuk pengetahuan kau."

"Okey..."

"Good." Jay senyum tipis dan membetulan kedudukan.

"Aku nak tanya kau pula. Tapi janji jangan terasa okey?"

"Boleh, tanyalah." Indah tunduk menyedut air kotak teh bunga lalu fokus memandang Jay semula.

"Ibu kau... kenapa?"

"Oh, ibu saya." Indah tunduk sekali lagi dan menayang sebuah senyuman hambar.

"Dia tak sayang saya. Entahlah kenapa. Saya cuma tahu yang dia memang tak nak saya lahir. Dia cuma nak along saya seorang aje, lepas tu dia tak nak mengandung. Senang faham, saya ni anak tak terancanglah."

"Bukan ke dalam Islam... anak tu rezeki?" soal Jay sejurus terus menyentakkan Indah. Dia tahu itu. Tetapi dia tidak boleh buat apa-apa kerana Puan Diana sememangnya tidak suka dia sejak kecil lagi.

"Cinta... I am sorry..."

"Tak, tak ada apa-apa. Betullah tu. Dalam Islam, anak tu rezeki." Indah sengih sekadar mengaburi hatinya yang kembali luka berdarah tatkala terfikir tentang uminya.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now