CHAPTER 2

20 1 0
                                    

2 Minggu kemudian

"Fira..." Panggil Aqeel.

Safira yang berjalan igin menuju ke library berpaling.

"Hmm" Balas Safira pendek.

"Err... kau busy tak sekarang?" Tanya Aqeel.

"Tak ada la busy sangat kenapa? Kau nak apa?" Balas Safira.

Aqeel diam sejenak.

"Aku ada benda nak bagi dekat kau." Jawab Aqeel dengan tenang.

Safira kehairanan. "Benda apa ni? cuba kau straight to the point terus." Kata Safira.

"Aku.."

"Safira" Laung seseorang.

Belum sempat Aqeel ingin meneruskan bicara, Izz sudah memanggil Safira.

"Izz? Ada apa?" Tanya Safira kepada Izzat.

"Sorry kacau korang, tapi saya ada benda nak bagitahu awak yang Madam Crystal nak awak jumpa dia sekarang juga." Terang Izz.

Aqeel yang berada disitu hanya mendimkan diri dan menjadi pendengar perbualan Fira dan lelaki yang bernama Izz itu.

"Ouh, tak apa nanti saya menyusul awak." Jawab Safira.

"Alright, I'll see you there" Kata Izz lalu pergi meninggalkan Safira bersama lelaki yang dia sendiri tidak kenal.

Selepas bayang Izz sudah hilang, Safira meneruskan perbualan yang terhenti sebentar tadi bersama Aqeel.

"Kau nak cakap apa tadi? Kalau boleh cepat sikit, aku tak nak Madam Crystal tertunggu-tunggu." Kata Safira dengan sedikit tergesa-gesa.

"Ermm, tak apa lah. Nanti aku bagitahu semula. Kau pergi lah dulu." Balas Aqeel sedikit kecewa dan berlalu pergi.

Selepas itu, Safira dengan tergesa-gesa pergi ke ruang Madam Crystal yang berada ditingkat 4. Setelah sampai, Safira mengetuk daun pintu ruang Madam Crystal.

Tok.. tok.. tok

"Masuk" Arah Madam Crystal dari dalam.

Setelah mendapat kebenaran dari Madam, Safira masuk dan melihat Izz sedang berbincang dengan Madam Crystal tentang projek yang akan dibuat.

"Duduk Safira, saya ada benda nak awak buat dengan Izz tentang projek yang akan dilaksanakan." Kata Madam Crystal.

Safira duduk disebelah Izz dan mereka mulakan perbincangan tentang projek yang akan dilaksanakan.

"Han, oii" Sergah Hafiz kuat.

"Ishh kau ni, tak boleh panggil elok-elok ke!" Ucap Aqeel dengan nada dingin.

"Eleh kau, aku panggil 2/3 kali tak menjawab. Berangan apa kau ni? tak ada angin, tak ada ribut.. dingin semacam je ni.. ada masalah ke? Tanya Hafiz sambil menyuap makanan.

Arthur yang sedari tadi menghadap laptop, berhenti menaip dan simpan laptopnya ditepi.

"Ha'ah Han, kau ada masalah ke?" Tanya Arthur

Aqeel mengeluh perlahan. "Aku.. okay je cuma kecewa sikit" Terang Aqeel kepada kedua-dua sahabatnya.

Arthur dan Hafiz saling berpandangan sesama sendiri. Selama diaorang kenal Aqeel Azhan, lelaki itu tidak pernah sebegini.

"Uishh, first time ni kitaorang tengok seorang Aqeel Azhan kecewa." Kata Hafiz sedikit tidak percaya.

"Bro, cuba kau cerita dekat kitaorang kenapa. Jangan pendam macam ini." Giliran Arthur pula bertanya.

ꜱᴇʀɪʙᴜ ʀɪɴᴅᴜ ( SU )Where stories live. Discover now