Bab 21

31 6 0
                                    

"Huh..." Indah hembus nafas perlahan dan mengurut belakang leher. Lenguh kerana hari ini, hanya dia dan Irzan yang menyediakan juadah berbuka puasa manakala Encik Izham dan Puan Diana hanya santai berehat, sudah bersara katanya.

"Indah, tolong along tuang Sunquick tu dalam jag kejap. Along nak ceduk lauk ni."

Indah mencebik, "Indah dah penatlah... Indah puasa ni..."

Irzan geleng kepala. "Along pun puasa ni, Indah."

"Tak apalah, along buat semua ni. Pergi panggil umi dengan abah. Lagi lima minit ni nak berbuka," arah Irzan lalu meneruskan kerja membancuh air Sunquick dan pada masa yang sama memasukkan lauk ayam masak merah ke dalam mangkuk untuk dihidang.

"Okey," Indah terus berjalan ke luar rumah, mencari Encik Izham dan Puan Diana yang masih melepak sambil berbual kosong di meja kopi luar.

"Abah, umi. Dah nak azan ni, jom masuk dalam."

"Hah, jom." Encik Izham bangun bersama-sama Puan Diana dan masuk ke dalam rumah. Setelah itu, Indah menutup daun pintu dan mengekori langkah mereka berdua ke ruang makan.

"Indah, ceduk nasi dalam pinggan."

"Okey," turut Indah dan menyenduk nasi ke dalam pinggan Encik Izham dan Puan Diana terlebih dahulu.

"Seronoknya anak-anak dah besar ni kan, awak? Saya boleh rehat aje dah lepas ni." Puan Diana tersenyum.

"Betullah tu, dah besar dah. Dulu kecil aje ni."

Irzan sengih, "Hari ni aje abah, umi. Esok along berbuka dekat hotel kut. Banyak kerja."

"Ya? Indah? Berbuka dengan abah umi atau ikut along?" soal Encik Izham pula.

"Indah berbuka dengan kawan esok..." Indah garu kening.

"Siapa? Lelaki tu?" tanya Puan Diana laju.

Indah mengeluh dan menggeleng, "Kawan lain."

"Eh, dah azan. Jom berbuka," potong Irzan. Dia risau nanti Indah dengan Puan Diana akan berbalah lagi. Jadi, lebih baik dia menukar topik dan meleraikan ketegangan mereka berdua.

"Hah, along baca doa."

Irzan angguk dan menadah tangan mengetuai bacaan doa membuka puasa. Setelah mengaminkan doa, tangannya terus lalu mencapai jag air oren lalu menuang air oren tersebut ke dalam gelas satu persatu-satu.

"Rajinnya anak umi yang sorang ni... semua ni along masak ya?" soal Puan Diana sambil menceduk seketul lauk ayam masak merah untuk Encik Izham dan dirinya sendiri.

"Taklah, umi. Indah banyak tolong juga. Kalau Indah tak tolong, tak menang tangan juga along nak siapkan semua ni."

Puan Diana hanya menjuih bibir mendengar balasan itu.

"Hah, along ni macam mana? Masak dah pandai, ekonomi pun dah stabil. Takkanlah tak ada berkenan dengan mana-mana anak kawan umi tu? Banyak dah umi recommend. Semua elok-elok aje. Tak nak ke? Tahun depan boleh beraya dengan bini."

Irzan terus menarik muka dan senyap menyuap nasi ke dalam mulut. Soalan itu lagi...

"Awak ni... yang nak kahwin tu dia. Yang nak salam ayah si perempuan tu dia. Biar ajelah dia tentukan sendiri bila dia nak kahwin tu. Kalau tak bersedia lagi, kita mana boleh nak paksa. Kahwin bukan benda boleh buat main-main. Nanti asyik dipaksa, apa jadi pula dengan rumah tangga dia orang nanti " Encik Izham geleng kepala.

"Memanglah kahwin bukan benda main-main. Saya tak cakap pun main-main. Sebab itulah saya recommendkan Irzan dekat anak kawan-kawan saya. Anak-anak kawan saya senua berjernih. Ada yang sambung belajar sampai ke luar negara tu." Puan Diana jelas bercerita.

"Dah tu? Belajar luar negara ke, belajar mana-mana sekalipun, kalau anak kita dah tak berkenan, tak boleh juga. Janganlah paksa dia. Dia yang nak jadi ketua keluarga nanti. Macam manalah pula dia nak hidup sebumbung dengan perempuan yang dia tak suka?" soal Encik Izham, geram pula dengan isterinya itu yang tidak habis-habis menyuruh Irzan mendirikan rumah tangga.

"Awak asyik backup Irzan ni aje. Padanlah sampai sekarang dia tak nak kahwin. Umur tu makin lama bukan makin muda. Anak-anak kawan saya semua dah kahwin. Sampai bila ni? Anak kita aje belum kahwin la-"

"Nanti along sambung makan," potong Irzan dengan nada datar dan terus mengangkat pinggan ke singki lalu dicuci. Selepas itu, langkahnya terus diorak meninggalkan kawasan meja makan dan masuk ke bilik.

"Awak ni, dia tengah makan tu... Dah tahu dia sensitif bab kahwin, awak tak payahlah nak cakap pasal tu lagi. Waktu tengah makan pula tu. Ni puasa pertama ni..." Encik Izham mengeluh dan menggeleng kepala.

"Bukan salah saya, saya cakap benda betul aje. Umur dia dah meningkat. Saya cuma tak nak dia jadi anak teruna tua aje." Puan Diana menjeling, masih tidak mahu mengalah dan mengaku salah sendiri.

"Aih, tak tua sangatlah anak kita tu. Baru 25, bagi saya muda lagi tu. Lainlah kalau dah 35 ke apa."

Puan Diana mencebik dan tunduk menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

"Indah, nanti panggil along tu keluar makan. Kesian dia, baru satu suap makan dah kena jerut leher," perli Encik Izham lantas mengundang jelingan Puan Diana.

"Kalau abah atau umi nak apa-apa, panggil aje Indah." Indah bangun dan mencuci pinggan sendiri. Sebenarnya dia tidak terlalu lapar walaupun seharian berpuasa.

"Hah yalah."

Indah angguk dan terus melangkah ke biliknya lalu mengambil beberapa paket keropok dan roti. Kemudian, dia terus pergi ke bilik sebelah lalu mengetuk pintu tersebut. Setelah tiga kali ketuk, tombol pintu bilik itu terus dibuka.

"Hai along!" Indah sengih dan meletakkan keropok dan roti tadi di atas katil lelaki itu.

"Buat apa ni?"

"Makan. Jom makan." Indah membuka plastik keropok kentang lalu menyua satu keping kepada Irzan yang hanya diam membuka mulut.

"Along rasa macam nak lari rumah."

"Ish, kalau along nak lari rumah, ajak Indah sekali."

Irzan tertawa perlahan lalu menggosok rambut adiknya itu sehingga berserabai.

"Indah kalau nak kahwin, pergi pujuk abah. Lepas Indah kahwin, baru along kahwin."

Indah menjeling, "Tak nak. Nanti umi marah."

"Kalau macam tu, kita berdua tak payah kahwinlah. Biar aje umi tu mengamuk hari-hari."

Indah terus ketawa selepas itu. "Tak baiklah!"

......
☆☆☆☆☆
Selamat hari raya! :3

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now