Bab 23

43 5 0
                                    

Hari Isnin.

Indah renggangkan leher dan menggalas beg ke bahu kiri. Langkahnya hanya diayun lemah sambil menolak pintu kaca hotel. Lapar dan dahaga.

"Eh, Jay?" Indah terus berhenti melangkah dan memandang tubuh Jay yang sedang bersandar di tiang hotel, atas hingga bawah.

"Awal awak balik."

"Bos tiba-tiba baik hari ni." Jay hanya tersenyum nipis dan mengambil beg galas di bahu kiri Indah lalu digalas ke bahunya sendiri.

"Awak kenapa datang sini pula ni?" Indah kerut dahi. Seorang Jay memanglah sangat tiba-tiba.

"Nak ajak pergi bazar Ramadan. Hari ni kita berbuka sekali, kan?"

"Ala... saya cashless la. Nak QR code pun, phone saya dah habis bateri ni." Indah tunduk menunjuk iPhonenya yang sudah mati kehabisan bateri.

"Aku belanja, cinta. Jangan fikir pasal duit, please."

"Tsk, tahulah kaya." Indah berdecit dan menjeling.

"Tak, sayang. I am not that rich. But I will try my best to fancy you with my own money, not yours."

"Oh. Okey. Yalah yalah." Indah hanya angguk setuju. Dia sudah tiada tenaga sebenarnya. Ikutkan hati, dia hendak terus balik. Tetapi disebabkan hari ni mereka akan berbuka puasa bersama-sama seperti biasa, Indah hanya gagahkan diri dan terus melangkah mengikuti Jay sehingga masuk ke dalam kereta lelaki itu.

"Aku nak cakap something. Tapi kau jangan marah aku. Aku tahu emosi kau tengah tak stabil sekarang sebab penat kerja, kan?" Jay fokus membetul-betulkan stereng kereta dan mula memandu.

"Nak cakap apa?"

"Aku tak puasa hari ni."

"What? Awak kata awak nak cuba puasa. Semalam baru hari pertama awak cuba. Hari ni dah ponteng ke?" Indah jeling.

"Sorry, cinta. Aku terbangun lambat pagi tadi. Also hari ni hari isnin, jadi aku tak berapa ada semangat sikit sebab monday blues."

"Banyak songeh monday blues awak! Monday blues tak ada kaitan dengan puasa pun." Indah mendengus.

"So fierce..." Jay garu kening. "Sorry. Esok aku puasalah. Hari ini aje."

.....

Indah mengeluh sambil memeluk lutut. Langit yang sudah semakin gelap itu ditatap sejenak. Seperti ada tanda-tanda yang gerimis akan turun sebentar nanti kerana angin sudah bertiup lembut. Namun tak mengapa, masih berbaki tiga minit lagi sebelum berbuka. Malas hendak pindah ke tempat lain.

"Indah, kau-"

"Jangan cakap apa-apa dengan saya. Saya tengah dahaga ni," potong Indah laju.

"Okey." Jay terus kibar bendera putih, mengalah. Dia faham emosi perempuan. Tangannya terus turun membuka ikatan plastik makanan-makanan yang dibeli tadi. Kebanyakannya adalah makanan milik Indah, bukan dia. Dia hanya membeli sebungkus apam balik dan air teh bunga. Manakala gadis itu membeli martabak, kebab, donat susu dan nasi ayam.

"Boleh habis ke makanan banyak-banyak ni, cinta?" soal jay lembut.

"Bolehlah. Awak jangan pandang rendah dekat saya!" Indah menjeling.

Jay simpul senyum, nampak sangat tengah emosi sangat si Indah ni pun. "Jom, dah berbuka." Jay kerling jam jarum di tangan kanannya, sudah masuk waktu berbuka.

Indah angguk dan terus duduk bersila. Tangannya ditadah untuk membaca doa dan seperti biasa, Jay turut menadah tangan sepertinya juga sambil tersengih.

"Aamiin..." Indah raup wajah mengaminkan doa. Setelah itu, cawan plastik air coklat yang dibelinya tadi terus disedut perlahan. Terpejam matanya menikmati rasa sejuk dan segar air coklat tersebut yang mengalir di tekaknya.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now