TEASER 1

13 3 0
                                    

         “DAUN limau…..pes asam pedas dan …daun bawang?” tangan mula naik mengaru kepala yang tidak gatal itu. Naik pening kepala ni nak mencari daun bawang. Dah dekat 30 minit juga dirinya tawaf tempat yang sama. Semata-mata nak cari daun bawang yang tidak kunjung tiba. Haish..takkan dah habis kot?


        Atau sebenarnya…dia sendiri tidak tahu daun bawang itu apa? Iyalah daun kucai dengan bawangkan hampir sama rupanya.



       Tapi rasanya..ibu dah tunjuk dah gambar daun bawang tu macam mana. Jadi bukanlah sebab dia tak tahu kan? Lambat-lambat dia menolak juga troli yang separa penuh itu. Ingatkan sikit. Alih-alih banyak juga barang yang ibu minta.



       Dengan sepenuh kudratnya dia menolak troli itu. Wahai troliku sayang. Tolonglah bekerjasama dengan tuanmu ini. Keluh kesahnya dalam hati. Huhuhu..



     Kedua-dua belah tanganya mula berpusing menolak troli ke tempat yang baharu sahaja dikunjungi.  Daun bawang tu mesti di cari sampai jumpa. Selagi tak jumpa. Jangan harap dapat balik rumah.



       Ingat Puan Aminah tu tak garang ke? Ibunya itu akan berbaik kalau  dirinya tak buat masalah macam sebelum ni. Bukan maksudnya ibu tak sayang. Cuma agak strict. Mungkin sebab dirinya dah besar kot?


              Bila teringatkan balik…



              “Ibu! Adik tersalah naik bas!”


             “Ya Allah! Macam mana boleh tersalah baik bas ni?”


            “Adik ingat ni bas yang sepatutnya naik.”

         

             Tergeleng kepalanya. Buat malu jelah.

       

           Sampai sekarang ibu selalu cakap dirinya tak matang.


Sebab? Selalu cuai….Haish. Tergelak kecil dia bila teringatkan balik.



                             Buk! 


              “Aduh!” terbutang besar biji mata Aina apabila trolinya tiba-tiba menghentam sesuatu. Bibirnya sudah tergigit kecil. Cari nahas kau!




       Pandanganya mula jatuh pada wajah yang sedang berkeriut sakit itu. Aduu…macam kuat sangat je dia hentam mamat ni? Tak pasal-pasal rasa bersalah datang menyerang.











           Apa terjadi pada pertemuan mereka?



        Dapatkan ebook murah di link bio sis!

KITA [E-BOOK]✅Where stories live. Discover now