Bab 26

38 4 0
                                    

On the way jap.

"Tch. Dasar janji Melayu." Indah juling bebola mata ke atas tatkala membaca pesanan WhatsApp yang dihantar Jay lima minit lalu. Jam di skrin telefon dijeling sekilas. Sudah pukul lapan suku. Padahal Jay berjanji hendak mengambilnya pukul lapan tadi.

"Apa yang janji Melayu? Member tu bukan Melayu pun," sampuk Irzan yang sedang fokus menatap skrin telefon pintar. Sempat lagi push rank, member ni pun.

"Haah kan?" Indah sengih dan garu kepala. Lupa pula.

"Indah pergi ajelah eh beli bahan-bahan nak buat rendang tu dengan dia? Along duduk rumah boleh? Ada kerjalah nak kena buat." Irzan garu kepala. Malam ini malam raya dan sebab itulah dia mahu selesaikan semua kerja sebelum pagi raya esok.

"Ish, janganlah. Nanti umi marah kalau along tak teman." Indah jeling. Bukannya ada kerja tetapi nak main game! Dia sudah faham sangat kerana Irzan jarang ada masa di rumah.

"Yalah. Ish. Kahwin ajelah kau orang berdua ni. Susahlah kalau kau orang ni jenis suka keluar malam tapi kena berteman." Irzan mencebir bibir tidak puas hati.

"Alonglah jadi wali. Sah sah," sengih Indah.

"Cekodok hanglah. Abah ada, nak along juga jadi wali hang. Tak mahu la gue."

Indah menjeling.

"Hah, itu pun Jay. Jom!" Indah terus menarik lengan Irzan lalu menutup pintu pagar dan dikunci.

Irzan terus melangkah masuk selamba ke bahagian tempat duduk penumpang. "Habislah kau, bro. 17 minit lambat ni, 17 minitlah dia membebel dekat kau."

"Alamak." Jay garu kepala dan mengintai wajah cemberut Indah melalui cermin pandang belakang. Elok sahaja gadis itu sedang memeluk tubuh.

"Dahlah lambat. Lepas tu buat muka tak bersalah. Lepas tu tak reti nak minta maaf. Lepas tu..."

Dan lagi.

Jay hanya tersenyum nipis sebagai balasan.

Dia sudah biasa dengar bebelan Indah. Hampir setiap hari. Tetapi sedikit pun dia tidak kisah. Lagipun memang salah dia kerana tidak tepati janji. Indah berhak untuk marah.

.....

"Ini daun bawang, bukan daun kunyit."

Jay garu kepala sambil merenung lama daun bawang di tangan kanannya. "Sama aje aku tengok."

"Mana ada sama, jauh beza. Sini saya tunjuk," gamit Indah menyuruh Jay mengikutinya ke bahagian daun kunyit.

"Kan jauh beza ni? Daun kunyit saiz dia lebar sikit. Bau dia pun lain," ujar Indah sambil menunjuk beberapa helai daun kunyit yang telah dibungkus ke dalam sebuah plastik lut sinar.

"Oh, faham faham." Jay angguk dan mengambil plastik daun kunyit di tangan gadis itu lalu diletakkan ke dalam troli.

"Nak cari apa lagi ni?"

"Ermm, santan."

"Okey, aku pergi ambil kejap." Jay terus berlalu pergi mencari santan. Sementara itu, Indah tunduk memeriksa senarai bahan-bahan yang hendak dibeli lagi.

"Weh, budak."

Indah berdecit dan terus memicit dahi saat Irzan sedang tersengih menunjukkan dua buah kereta Hot Wheels di kedua-dua belah tangan.

"Mana lagi cantik?"

"Orang tengah cari bahan-bahan masak rendanglah. Dah kenapa pula kereta Hot Wheels masuk ni?"

"Ish, along suruh pilih. Bukan membebel."

"Uish, yang ni cantik!" Jay tiba-tiba datang bersama tiga kotak besar santan dan terus merampas kereta berwarna hitam di tangan kanan Irzan. Tiga kotak santan tadi dicampak terus ke dalam troli. Tumpuannya kini tertumpu pada kereta Hot Wheels di tangan Irzan.

"Kan, weh? Warna hitam ni cantik gila!"

Indah mendengus dan terus menarik muka. Baguslah, sebab kereta mainan itu, dia terus dipulaukan sekali lagi. Disebabkan itu, Indah terus menolak troli kasar. Sebal. Jay dan Irzan sekarang sudah rapat seperti kawan baik.

"Eh, Indah!"

"Pergilah borak pasal kereta mainan ni lagi. Memang bahan-bahan rendang ni tak penting pun. Esok kan raya aje. Bukan penting pun," perli Indah sinis.

"Aduh, salah kaulah ni..." jeling Irzan lalu menyiku lengan kiri Jay.

"Aku pula? Salah kaulah. Tiba-tiba bawa kereta mainan ni pula." Jay tidak mahu kalah.

"Dua-dua sama aje." Indah jeling sekali lagi dan terus menolak laju troli yang penuh dengan barang itu. Berat.

"Cinta..."

Indah berdecit. Mula dah.

"Buat apa teman saya kat sini? Pergilah tengok kereta mainan tu dengan Irzan. Memang kereta mainan tu boleh makan dengan ketupat pun esok. Jadi rendang Hot Wheels."

Irzan terus ketawa selepas itu. Biarlah Jay pula yang pujuk. Indah itu, setiap hari dia hadap di rumah. Apa salahnya Jay pujuk pula kalau di luar rumah. Kan adil tu?

Jay garu kepala lalu perlahan-lahan menggantikan Indah menolak troli. "Sorry. Janganlah marah. Esok kan raya. Jangan marah-marah. Nanti esok pagi muka berkedut."

"Eh, sayang. Bendi nak beli tak? Letak dalam rendang." soal Jay. Sebenarnya sudah ketandusan idea untuk memujuk gadis itu lagi. Habislah dia.

"Cekodok awaklah letak bendi dalam rendang! Resipi mana awak belajar ni?" Indah menampar perlahan bahu Jay.

"Oh, tak letak eh? Sorry, cinta... Aku nak pujuk kau aje. Janganlah marah aku. Esok raya kan? Sayang..."

"Hmm..." Indah pura-pura membelek biskut. Pura-pura tidak dengar. Malas.

"Cinta... nak air coklat tak? Aku belanja lagi."

"Nak, tapi-"

"Weh, warna merah ni pun lawa siut!" Bahu Jay terus digoncang kuat dari arah belakang sekali lagi oleh Irzan. Laju Jay berpaling ke belakang dan terus merampas kereta mainan merah tersebut.

"Cantik gila!"

"Kan weh? Jom beli!"

"Jom!"

Indah berdecit dan terus menghentak kaki beredar dari situ.

Benci!

.....
☆☆☆☆☆
Saya anti bahagia. Probably ni scene last happy happy kut. Let's move on. Hehe.

Arunika [ارونيكا] ✓On viuen les histories. Descobreix ara