Bab 29

31 4 0
                                    

"Nak?"

Irzan geleng seraya menyandarkan belakang kepala pada kereta hitam Jay. Sesekali wajah tenang Indah yang sudah tertidur di dalam kereta dijeling sejenak. Lena sungguh sehingga ternganga.

Kereta? Ya. Asalnya mereka berdua mahu menumpang tidur di rumah Jay, namun sayangnya malam ini sebaris lorong Jay tiada bekalan elektrik. Jadi di sinilah mereka berdua, berbual kosong sementara Indah sudah lama lena diulik mimpi di dalam kereta Jay. Untunglah, siap ada aircond. Kemungkinan besar mereka berdua tidak akan tidur malam itu, biarkan sahaja Indah tidur sementara mereka jadi pengawal keselamatan tidak berbayar.

Jay hanya angguk dan menyuap semula baki pulut dan rendang ayam ke dalam mulut. Lapar.

"Kau main gitar tak?"

Jay berhenti mengunyah sejenak sebelum menggeleng kepala. "Dulu ada waktu sekolah menengah. Tapi dah hancur. Lepas dah hancur tu, dah tak main dah. Malas beli yang baru."

"Hancur? Asal?"

"Gaduh dengan member," jawab Jay selamba. Mangkuk makanan yang sudah kosong diletak ke atas bumbung kereta, sekejap lagi baru dia masuk ke dalam rumah cuci.

Irzan terus ketawa dan matanya jatuh menilik tubuh Jay atas dan bawah. "Kau? Gaduh? Muka baik aje. Takkanlah pernah bergaduh sampai gitar hancur kut?"

Jay garu kening. "Yalah. Dulu waktu sekolah menengah, aku pernah bergaduh dengan seorang kawan baik aku. Satu hari tu, kami berdua bergaduh teruk lepas tu dia datang rumah aku, terus masuk bilik aku lepas tu baling gitar aku sampai hancur."

"Lepas tu apa jadi?" Irzan tahan tawa.

"Gaduh teruklah. Sampai mak ayah dia bawa aku pergi balai polis sebab aku teruk sangat belasah dia. Yalah, dia hancurkan gitar aku kut. Tapi nasib tak kena tahan lepas tu."

Irzan hambur tawa lagi selepas itu. "Seriuslah kau macam tu, bro? Tak sangka pula muka innocent macam kau ni, ganas juga eh dulu?"

Jay sengih. "Dulu la. Sekarang tak dah. Aku dah berubah. Tak sukalah bergaduh-gaduh ni. Tak ada manfaat pun."

"Kan?" Irzan dongak wajah memandang langit malam. Kedua-dua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"Satu lagi soalan. Kau hisap rokok tak? Vape?" tanya Irzan setelah senyap buat beberapa minit.

Jay geleng.

"Tapi, errr. Pernah cuba sekali waktu sekolah menengah dulu. Rokok."

"Rasa macam mana?" Irzan jongket kening.

"Entahlah. Pahit. Tak sedap. Tak suka." Jay tayang wajah jijik.

"Baguslah. Aku baru nak pukul kau kalau kau hisap rokok atau vape. Sebab Indah tak suka semua tu." Irzan jongket bahu. Manalah tahu selama ini Jay hisap rokok atau vape secara sorok-sorok, kan?

"Aku tahu. Aku tahu perempuan tak suka bau rokok dan lelaki perokok. Aku pun tak suka merokok. Tapi itulah, dulu kan liar sikit. Semua benda nak cuba dengan member."

Irzan angguk faham. Dia sendiri pun pernah melalui fasa remaja yang kerap memberontak dan mahu cuba semua benda.

"Err aku pula nak tanya kau. Kalau kau tak kisah." Jay garu kepala.

"Apa?"

"Tasnim? Siapa Tasnim?"

Irzan terus mengalihkan pandangan pada Jay seratus peratus. Kenapa sampai Jay boleh tahu tentang Tasnim ni?

"Mana kau tahu pasal dia?"

"Entah, Indah selalu sebut nama Tasnim tu. Itu yang aku tanya kau. Girlfriend kau ke? Indah cakap macam tu."

Irzan terus berdecit dan menarik wajah cemberut. "Kau percaya ke budak Indah tu? Merapu aje. Tasnim tu pekerja aku dekat hotel. Nothing more."

"Tapi kau suka kan Tasnim tu?" soal Jay lagi.

"Aik?"

"Indah cakap." Jay sambung lagi sebelum tertawa halus. Oh, maksudnya selama ini dia hanya digula-gulakan oleh Indah.

"Tak adanya. Aku tak ada apa-apa dengan Tasnim tu pun."

"Hmm, tak apalah kalau macam itu. Tapi kira untung jugalah girlfriend atau wife kau nanti." Jay sandar tubuh pada kereta dan menguap sekali.

"Asal pula?" Dahi Irzan semakin berkerut-kerut.

"Aku nampak cara kau layan Indah. Gentle gila. Aku yang lelaki pun terharu tengok cara kau layan dia. Kalau Indah pun kau layan macam tu, apatah lagi girlfriend atau wife kau, kan?"

Irzan menjuih bibir. "Aku tak rasa nak ada pasangan atau kahwin."

"Selalunya yang cakap macam nilah yang kahwin dulu."

"Ish, kau! Sama aje macam Indah tu," jeling Irzan.

.....

"Lena tidur?"

Indah kecilkan mata dan menguap besar.

"Aip, sopan sikit." Irzan geleng kepala dan menutup mulut Indah yang ternganga luas lalu ibu jarinya turun mengelap air liur basi gadis itu.

"Kita... kat mana ni?" soal Indah dengan suara serak basah. Kelopak matanya ditenyeh-tenyeh.

"Bumi," jawab Irzan ringkas dan terus menarik perlahan lengan gadis itu keluar dari kereta Jay. "Jom pergi masjid, kita solat Subuh."

"Hmm, Jay mana?"

"Oh, bangun tidur terus Jay eh dia cari dulu?" Irzan geleng kepala dan mencekak pinggang.

"Tanya aje." Indah memuncung dan menggeliat. Udara segar pagi itu dihirup sepuas-puasnya.

"Elektrik baru ada ni. Jay ada dekat dalam, masak sarapan katanya. Kita solat dekat Masjid dulu. Jom."

"Okey. Tapi along... dukunglah Indah... Indah tak larat..." Indah kedipkan mata beberapa kali. Mulalah hendak rasa mengada-ada.

"Banyaknya songeh. Tak larat apanya? Indah punya tidur mati dalam kereta tu. Along ni tak tidur tau."

Indah terus berdecit dan berjalan laju, merajuklah konon.

"Haih, yalah. Sini. Naik cepat." Irzan sempat menggeleng kepala sebelum berdiri membelakangi Indah lalu mencangkung di hadapan gadis itu.

Indah terus tersengih suka dan memanjat belakang badan lelaki itu. Suka dan selesa.

"Budak ni... dahlah berat. Boleh patah tau tulang belakang along kalau macam ni hari-hari?" bebel Irzan.

"Along buat apa aje sampai tak tidur malam semalam?" soal Indah menukar topik. Dia sudah terlalu penat mendengar bebelan bapak-bapak daripada Irzan.

"Borak dengan laki hang la."

"Aik, Jay pun tak tidur ke?"

"Taklah, dah kami dua kena jaga anak raja mana tah tu," jeling Irzan.

"Ermmm, sorry la..." Indah sengih lagi dan menyembamkan wajah pada belakang tubuh Irzan. Sesekali belakang rambut lelaki itu diusik-usik.

"Along... petang ni kita pergi rumah Kak Tasnim, eh?"

"Buat apa?" soal Irzan malas-malas.

"Kak Tasnim tak ada chat along ke? Dia ada chat Indah, dia jemput datang rumah dia. Katanya ada buat makan-makan sikit."

"Dah tu? Indah pergilah. Dia jemput Indah, bukan along." Mudah jawapan lelaki itu.

Indah berdecit. "Dia jemput along sekalilah! Jomlah. Boleh bawa Jay sekali. Indah tanya Kak Tasnim. Dia cakap, okey aje. Ramai lagi meriah."

"Hmm, yalah."

"Yeay!" Indah ketawa suka. Finally!

"Eh, tu abah kan?" Irzan kecilkan mata dan menuding jari ke suatu arah.

"Haahlah, abah pergi masjid ke?"

Irzan angguk. "Mungkin."

Kemudian, senyap. Irzan sendiri tak tahu sama ada hendak menegur Encik Izham atau tidak. Tetapi jika tidak tegur, sama juga kerana mereka tetap akan bertembung di masjid yang sama.

"Nak pergi ke?"

"Kalau umi ikut sekali macam mana?"

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now