Bab 30

38 3 0
                                    

"Nak pergi mana ni? Jomlah balik rumah." Encik Izham betulkan songkok di atas kepala. Wajah Irzan dan Indah dipandang silih berganti. Seorang menunduk, seorang lagi asyik menggaru kening.

Encik Izham tahu yang anak-anaknya itu telah 'dihalau' oleh isterinya malam semalam. Dia tahu pun kerana rumah sunyi sepi. Bila disoal, barulah Puan Diana beritahu yang Irzan dan Indah telah dihalau rumah.

"Sarapan dekat rumah Jay sekejap, dia dah masak tu."

"Oh, tak apalah kalau macam tu. Nanti baliklah ya. Umi dah okey. Sekejap aje dia tu." Encik Izham geleng kepala. Rasa kelakar tiba-tiba saat dia dapat tahu yang Irzan dan Indah dihalau keluar daripada rumah. Itu maksudnya Puan Diana terlalu marah semalam.

"Okey, abah."

"Semalam tumpang rumah Jay ke?" soal Encik Izham ketika baru sahaja hendak melangkah meninggalkan mereka berdua.

"Ya, abah. Tak ada tempat lain dah nak pergi. Nak pergi hotel pun, kunci kereta kena ambil dekat rumah semalam."

"Oh, yalah kan. Nanti jangan lupa ucap terima kasih dekat Jay. Abah balik dulu. Assalamualaikum." Encik Izham pamit dan jalan perlahan-lahan ke rumah. Begitulah dia, memang hampir setiap hari tidak akan gagal menunaikan solat Subuh di masjid. Kadangkala, dia akan menjadi imam solat Subuh atau Maghrib. Dan sebenarnya Encik Izham juga ialah seorang ahli jawatankuasa masjid tetapi hanya segelintir orang sahaja yang tahu.

"Waalaikumussalam." Irzan menghantar tubuh Encik Izham hilang daripada pandangan sebelum terus pusing tubuh. Wajah monyok Indah di sebelah dijeling sejenak. Ini mesti ada apa-apa.

"Kenapa?"

"Indah tak nak balik rumah nanti..."

"Habis kita nak duduk mana, hmm?" Irzan menyoal lembut sambil menggosok kepala Indah. Dia tahu masih berbekas rasa sakit di hati Indah. Namun dia mampu buat apa?

"Hotel?" pujuk Indah sambil merangkul lengan kiri Irzan. Matanya dikerdip beberapa kali.

"Haih, tak boleh macam tu. Nanti umi terasa hati pula. Rumah ada, tapi nak duduk dekat hotel."

"Habis Indah ni? Indah tak terasa hati ke dengan diam? Bukan Indah seorang aje dia sakitkan, tapi Jay yang tak bersalah tu pun kena tempias sekali."

Irzan mengeluh. Jujur, dia tidak boleh nafi yang itu. Kadang, dia terasa juga dengan sikap Puan Diana. Tetapi disebabkan wanita itu ialah seorang ibu, Irzan masih cuba bersabar hingga hari ni.

"Nanti kita bincang lain." Irzan menggosok kepala Indah sekali lagi sebelum terus memimpin tangan halus itu.

"Along..."

"Hmm..."

"Indah nak kahwin. Jadi wali Indah dengan Jay, please."

Irzan terus hambur tawa hingga merah wajahnya. Dahi Indah dijentik lembut. Kepala digeleng-geleng, hampir tidak percaya dengan pemikiran cetek dan kurang matang adiknya itu.

"Indah Daliya... Indah nak kahwin sebab apa? Sebab nak lari daripada umi?"

Indah mengangguk polos.

"Habis tu kalau Indah kahwin, Jay takkan bawa Indah balik rumah sini ke sekali sekala?" Irzan jongket sebelah kening.

Senyap.

"Marriage is not a shortcut for you to take. Marriage is a responsibility and you have to be sincere to take that responsibility. Jangan hanya disebabkan umi, Indah nak ambil keputusan untuk kahwin. Kahwin tak indah macam yang Indah selalu dengar atau nampak. Kahwin tu banyak cabaran, tau? Lagipun Indah muda lagi. Enjoy la waktu muda macam ini. Nanti dah kahwin, mesti akan rasa terikat. Nak kena fikir makan pakai suami lagi."

"Umi tetap umi kita, Indah. Kita tak boleh buat apa-apa."

"Sabarlah. Kita hormat aje umi selagi umi masih bernafas. Allah pinjamkan umi untuk kita sekejap aje. Kita hargai selagi ada." Irzan tersenyum nipis.

"Jom." Lengan Indah ditarik selagi lagi.

"Oh, untuk soalan tadi. Along takkan jadi wali Indah dengan Jay. Selagi abah masih hidup. Abah tu wali teratas tahu?"

"Okey... sorry..." Indah tertunduk. Memang salah dia. Tapi itulah, kalau hari-hari dia menghadap sikit umi, silap hari bulan memang dia akan lari rumah juga.

"Kalau along dapat tahu Indah kahwin dengan Jay senyap-senyap... Tak kisahlah dekat mana-mana pun. Dekat Siam ke..." Irzan kecilkan mata. Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata.

"Siap."

"Dua-dua kena dengan along."

Indah terus meneguk liur dan laju-laju mengangguk. Kalau Irzan sudah berubah serius macam ini, dia sendiri pun takut. Irzan yang ini ialah Irzan versi di hotel. Garang macam singa.

"Indah takkan buatlah macam tu. Indah tahu kahwin dekat Siam tak sah... Indah pun tak nak conteng arang dekat muka umi dengan abah." Indah masih tertunduk. Gerun hendak angkat wajah. Seram.

"Okey. Baguslah. Along pesan aje." Irzan raup rambut panjang hadapannya ke belakang.

"Janganlah sebik, along tak marah pun." Irzan tiba-tiba tertawa kecil saat wajah sebik Indah menyapa mata.

"Along garang..." Indah tiba-tiba menggeselkan kepala pada lengan lelaki itu. Masa untuk menggedik!

"Apa yang garangnya?" Irzan kerut dahi.

"Garang sangat... dekat hotel lagi garang. Muka macam nak makan orang." Indah mencebik.

"Bukan garang, tapi tegas."

"Tegas ke kalau semua pekerja kelam-kabut lari kalau nampak along meronda dekat lobi?" Indah menampar kuat lengan lelaki itu.

Irzan hanya sengih sebagai jawapan. Sudah memang itu sikapnya ketika bekerja, dah tak boleh ubah.

.....

"Awak masak ke, Jay? Sedapnya!" Indah tepuk tangan dan menggigit lagi sandwich telur yang sudah tinggal separuh.

Jay hanya tersenyum kekok dan mengangguk. Sandwich telur aje pun. Rebus telur, letak mayonis, letak blackpaper sedikit. Siap.

"Budak ni memang semua makanan dia cakap sedap. Tambah-tambah lagi kalau orang tu yang buatkan, kan..." perli Irzan sejurus mendapat tamparan Indah yang tiba-tiba malu-malu kucing. Jay pula hanya senyap menahan senyum. Air teh suam dituang ke dalam gelas satu persatu.

"Bro, petang ni ikut kita orang pergi beraya nak?"

"Rumah siapa?" soal Jay sambil menarik kerusi meja makan bertentangan Indah lalu menyisip perlahan teh suam yang baru sahaja dibancuhnya.

"Rumah bakal kakak ipar saya!" sampuk Indah laju.

Irzan terus menjeling tajam Indah yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya.

"Jangan macam-macam, eh?"

Erk. Indah telan liur.

Alamak.

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now