Bab 31

34 4 0
                                    

"Akak masak ke? Sedap," puji Indah sambil sibuk membelek-belek bekas biskut raya yang elok tersusun di atas meja. Dia baru sahaja selesai 'mencekik' sepinggan lemang dan pulut tadi. Memang sedap.

"Eh, bukan. Ni semua ayah akak yang masak. Akak tolong bancuh air aje. Akak kan tak reti masak." Tasnim sengih sambil menggaru-garu kening yang tidak gatal. Tangannya turun membuka satu-persatu bekas biskut raya, memudahkan Indah dan tetamu yang lain untuk makan juga.

"Itu siapa? Boyfriend ke?" usik Tasnim sambil memuncung pada Jay yang sedang berbual dengan seorang kanak-kanak perempuan, sepupu Tasnim. Rancak berbual masalah ekonomi negara.

"Eh, errr. Kawan aje." Indah garu kepala. Irzan yang sedang kusyuk mengunyah nasi impit dengan rendang daging di sebelah dijeling sejenak, meminta lelaki itu backup dia namun hampa. Irzan kalau sudah jumpa nasi impit dengan rendang, memang kiri dan kanan dia tak pandang lagi. Entah-entah kalau sedang gempa bumi pun, dia tak sedar.

"Bukan boyfriend, eh?"

"Bukan bukan," sengih Indah lagi.

"Kalau macam tu, boleh recommend dekat akaklah ya? Handsome."

Erk.

Indah rasa hendak tercekik. Pandang ke kiri, Irzan juga tepat memandang wajahnya. Oh, Irzan dengar.

Melihat itu, Tasnim tertawa kecil sebagai balasan dan lantas menggeleng-geleng kepala. "Akak gurau aje. Akak tahu itu... boyfriend kan..." Tasnim rapatkan wajah mereka berdua dan senyum mengusik lagi.

"Err, ish akak ni..." Indah garu kepala dan akhirnya hanya mengangguk kecil dan meletakkan jari telunjuk pada bibir, menyuruh gadis itu senyap dan tidak beritahu sesiapa.

"Okey okey, akak simpan rahsia."

"Ramai tetamu ke kau jemput hari ni?" sampuk Irzan tiba-tiba sambil menjongket sebelah kening.

Indah pula terus sengih dan bangun lalu melabuhkan duduk di sebelah Jay, biar Tasnim dan Irzan duduk berdua pula.

Tasnim garu kening. "Tak pun, saya jemput kawan-kawan dekat hotel aje. Itu pun tak semua dapat datang."

"Oh, okey." Irzan terus bangun dan melangkah meninggalkan dia seorang terkulat-kulat.

Seminit berlalu, Irzan datang semula dengan sepinggan nasi impit dan rendang daging yang baru sahaja ditambah. "Kau masak ke?"

"Ayah saya yang masak." Tasnim garu kepala.

"Oh."

Klik!

Serentak Irzan dan Tasnim memandang ke kanan, melihat Indah yang kelam kabut menyorokkan telefon pintar di dalam poket baju kurung.

"Indah..." Irzan kecilkan mata. Bukannya dia tidak tahu Indah senyap-senyap tangkap gambar dia bersama Tasnim.

Indah berlagak tidak tahu apa-apa dan pura-pura berbual dengan Jay di sebelah.

"Eh, pak cik!" Indah lambai tangan pada ayah Tasnim yang elok duduk di sofa bertentangan mereka. Jay kerut dahi. Indah ini memang semua manusia dia kenal ke?

"Makan dah, Indah?" tanya Encik Adham.

"Dah, pakcik." Indah sengih sebelum menuding jari pada Irzan yang masih berselera makan. "Itu abang saya, Irzan."

Irzan terus angkat wajah dan tersenyum kecil memandang Encik Adham yang turut tersenyum memandangnya.

"Pak cik, abang saya single lagi. Tak nak recommend dekat Tasnim ke?" soal Indah bersahaja.

"Uhuk!" Irzan terus terbatuk-batuk. Jay terus menggeleng kepala dan menahan tawa manakala Tasnim sudah tunduk menyorok wajah merahnya.

"Ya? Single lagi? Umur berapa? Kerja apa?"

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now