20

26 6 32
                                    

"Along rasa apa yang jadi kat Luqman dengan papa, eh?" Zaheen termenung seketika sambil duduk bersebelahan dengan abangnya itu. Kakinya yang pendek itu digoyangkan

"Entah" Edlan menggeleng, dia seakan acuh tak acuh sahaja menjawab pertanyaan dari Zaheen itu

Lagipun bukannya edlan tahu apa yang berlaku. Yang dia tahu tadi mama kelam kabut bersiap bila habis menelefon dengan papa

Itu sahajalah, lepastu mereka bertiga yang disuruh menjaga rumah. Dahlah rumah mereka itu besar, tak ke gila kalau nak jaga

Nasib ada pak guard

"Along ni" Zaheen menggeluh. Dia dah tahu sangat dengan perangai abangnya sulung nya itu

Selalunya kalau Edlan dah mula menonton cerita dia memang tidak suka diganggu, mata dia akan melekat 100 peratus dekat tv

Tak hiraukan apa pun yang jadi. Entah-entah kalau rumah ni terbakar sekalipun dia tak perasan

"Dahlah tu Zaheen, nanti papa dengan mama baliklah" Edry yang duduk bersimpuh di tepi meja tidak jauh dari mereka mula bersuara

Kesian dengan adiknya itu yang sedari tadi dipulaukan oleh edlan. Jawablah panjang sedikit lain kali Along...

Edlan hanya mencebik, Husna yang tertidur lena di dakapan nya itu ditepuk perlahan. Husna ni selalunya kalau nak tidur mesti kena ada mama dan papanya dahulu

Tapi ni elok sahaja tertidur dengan edlan. Nampak sangat dah siapa abang kegemaran nya

Zaheen menjeling jam di dinding ruang tamu itu. Dah pukul 11:05 minit malam dah ni

Kenapalah agaknya papa dengan Luqman tak balik lagi? Kenapa mama tergesa-gesa keluar rumah tadi? Ada sesuatu ke yang menimpa papa? Takpun abang Luqman kesayangan nya itu?

"Dahlah" suara edlan berjaya membuatkan Zaheen tersedar semula dari terus dibelenggu oleh teka-teki yang bermain di fikiran nya

"Dah pukul berapa dah ni, baik korang semua pergi tidur lagipun esok kita nak sekolah kan" sambil mendukung Husna lantas Edlan melihat kembali semua pintu dan tingkap rumah

Mana tahu kalau ada yang tidak berkunci ke atau Edlan terlepas pandang. Edry yang melihat abangnya itu menggeluh perlahan

Sebenarnya ini dah 153 kali dah abangnya itu asyik melihat semua pintu dan tingkap yang berada di rumah itu. Naik pening Edry melihatnya

"Dah, pergi tidur semua" sambil mendukung Husna lantas edlan masuk ke dalam bilik

Dimanjakan betul Husna itu

Edry yang mula berasa mengantuk juga mula menutup buku lukisannya. Alat tulis yang dikeluarkan itu diambil dan disimpan kembali ke dalam kotak pensil

Dikira satu-satu pensilnya itu untuk memastikan tiada yang hilang. Kalau ada yang hilang memang habislah, mengamuk papanya nanti

"Zaheen" Edry memanggil Zaheen lembut apabila melihat Zaheen masih lagi tidak berganjak dari tempat

Edry nak masuk tidur dah ni, takkan dia nak tinggalkan adiknya berseorangan di ruang tamu

Budak ni dahlah penakut

"Angah nak tidur dulu ni, jom sekali" disebabkan Luqman tiada jadi baik mereka semua tidur sekali

Tak boleh percaya kalau Zaheen ni tidur seorang diri. Takut terkencing malam je nanti

"Tapi, Zaheen nak tunggu abang luq"

"Sayang betul dia tu dengan abang luq dia, dahtu angah ni Zaheen tak sayang ke?"

Zaheen mula perasan akan perubahan riak wajah abangnya itu. Alamak, angah terasa ke akan kata-kata Zaheen tadi

Puasa Oh Puasa ( Completed 🎈)On viuen les histories. Descobreix ara