Bab 34

30 5 0
                                    

"Let's break up."

Indah terkedu. Nafasnya terasa diragut pergi buat beberapa saat. Wajah tidak berperasaan Jay ditatap tidak percaya.

"Kau dengar apa yang aku cakap. Let's end this here, right now."

"Jay..." Indah geleng kepala menafi apa yang baru sahaja dia dengar.

"Saya buat apa dekat awak, Jay? Salah saya apa? Kenapa..."

Senyap.

Jay masih memilih untuk membisu daripada memberi jawapan.

Lama juga Indah mendiamkan diri mengumpul kekuatan. Seketika, dia baru teringat yang hari ini hari lahir mereka. "Oh, awak prank saya kan sebenarnya? Awak nak surprise saya, eh?" Indah ukir senyum semula. Senyum tawar tiada perisa.

"Okey, mana hadiah saya? Janganlah prank saya macam ini, Jay. Ish, saya tak suka tau. Kalau awak cinta saya, awak takkan prank saya macam ini." Indah hulurkan kedua-dua belah lalu memejam kedua-dua belah mata walau pasa dasarnya, tangisannya bakal meletus bila-bila masa sahaja. Dia harap sangat semua ini hanya dusta.

"Cinta? Kau? Tsk, sampah."

Mendengar itu, setitis air matanya terus turun. Pertama kali sejak berkenalan dengan Jay, dia menitiskan air mata disebabkan lelaki itu.

Matanya lekas dibuka. Masih sama seperti tadi, Jay dengan wajah tidak berperasaannya.

"Forget about me. Find someone else who can treat you better," ujar Jay senada sejurus bangun daripada duduk. Belakang bahagian seluar disapu-sapu menghilangkan debu pasir.

"Jay..."

Jay tulikan telinga dan terus berjalan lurus tidak berpaling ke belakang.

"Jay..." Pantas Jay melangkah, lebih pantas Indah mengejar. Lengan baju lelaki itu dipegang kejap, menahan.

"Jangan pegang aku." Beku.

"Jay..." Indah tunduk melepas tangannya daripada memegang lengan lelaki itu.

"Indah?"

Indah kalih ke belakang memandang Irzan yang tampak terpinga-pinga.

Melihat itu, Indah terus mengambil beg kertas hadiah Jay lalu dia beri isyarat pada Irzan supaya lelaki itu pergi dahulu. Nasib Irzan tidak banyak tanya.

"Tada! Saya ada beli hadiah untuk awak tau! Saya yakin yang awak mesti suka punya." Indah menghulurkan beg kertas sederhana besar pada Jay. Ada kamera baharu di dalamnya. Indah beli kerana Jay pernah beritahu yang kamera lelaki itu sudah rosak. Jadi, dia kumpul sesuku duit gaji selama empat bulan untuk beli kamera canggih itu. Turut serta banyak cincin yang diperbuat daripada kertas di dalam beg tersebut menggantikan shredded paper. Semua cincin kertas itu, dia yang buat dalam tempoh satu malam. Penat tetapi puas hati.

"Jay..." Pemegang beg kertas itu dipegang erat, masih menunggu Jay menyambut huluran itu namun hampa. Lelaki itu seakan-akan sudah jijik dengannya, dengan segala pemberiannya.

Kali ini, air matanya turun lagi. Lebih deras dan lebih sakit daripada sebelum ini.

"Kenapa... apa salah saya, Jay..." Indah tunduk menghambur tangis lagi. Jujur, dia tidak tahu di mana silap dia.

"Awak bagitahu saya. Saya janji saya akan berubah. Saya janji akan buat apa saja yang awak suruh buat, Jay. Saya janji." Bahunya terinjut-injut, sarat dengan esak. Tetapi dia tidak kisah lagi.

"Aku nak kau jauhkan diri kau daripada aku. No. Hilangkan diri kau daripada aku. Jangan cari aku lagi."

Tangisan Indah bertambah lagi. Dia tidak mengerti, sungguh.

Arunika [ارونيكا] ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя