Bab 38 (ii)

33 5 0
                                    

Bahagian dua
Tuhan tak jahat, tapi kita yang memaksa.

DAGU ditongkat memandang sebuah keluarga yang sedang seronok bergelak tawa sambil mengambil gambar selfie sekeluarga. Selalunya dia akan duduk di situ untuk melukis atau menangkap gambar matahari terbit.

Ya, masih di tempat yang sama.

Perasaan yang sama.

Yang bezanya, cuma takdir.

Takdir mereka sudah tidak sehala.

Tiga tahun dia menunggu di sini. Menunggu seseorang yang dia tahu tidak akan pernah kembali.

Tetapi, tak apa. Tuhan itu maha baik, bukan? Sekecil-kecil pengharapan, dia taruh pada sang Tuhan. Mana tahu suatu hari nanti, mungkin seseorang yang dia tunggu itu akan tiba.

Mungkin.

"Errr, abang? Nak minta tolong boleh tak?"

Jay terus kalih ke kiri memandang seorang gadis yang sedang memandangnya tidak berkelip.

"Ya?"

"Nak minta tolong abang tangkapkan gambar kami satu keluarga. Nak guna benda alah tu, rosak pula." Gadis itu menuding jari pada tripod stand yang elok berdiri di tengah-tengah pantai.

"Oh, boleh." Jay menyambut huluran telefon canggih yang dihulur lalu melangkah mengikuti gadis itu ke tempat keluarganya berkumpul. Sedondon semuanya.

"Bang, tangkap banyak-banyak tau!"

Jay hanya tersenyum manis dan mula memberi arahan agar setiap ahli keluarga itu senyum dan dalam keadaan bersedia.

"Satu... dua... tiga..."

Klik!

Klik!

Klik!

Jay tersenyum nipis melihat hasil gambar yang ditangkapnya. Banyak, kebanyakannya adalah gambar candid kerana keluarga itu jenis saling usik-mengusik dan tidak serius.

"Ush, cantik gila!" Gadis tadi membelek gambar-gambar tadi jakun.

"Mak, cantik kan?" Gadis itu berlari pada emaknya pula sambil menghulur telefon pintar, teruja melihat hasil gambar itu.

"Terima kasih, bang! Abang nak saya tolong tangkapkan gambar tak?" Gadis itu tersenyum manis.

Jay menggeleng, "Tak apa. Terima kasih."

"Sama-sama, bang. Selamat hari raya!"

Jay mengangguk dan terus beredar dari situ dan bersandar pada pohon tempat asalnya tadi. Gambar? Gambar raya untuk apa? Tiada fungsi kalau raya sendiri tiada makna bagi dia.

Sebelah tangan diseluk masuk ke dalam poket Baju Melayu. Baju Melayu sama seperti tiga tahun lepas.

"Bang, nak beli ni tak?"

Jay urut dada. Memang hari ini semua orang nak tegur dia ke?

"Abang nak beli ni? Mak saya ada buat biskut raya, tapi tak terjual. Sebekas RM15 aje."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now