45

61 4 0
                                    

"Adik, angah dah sampai depan pintu."

"Lah? Masuklah! Ish! Takkan nak Adik pelawa masuk macam pramugari pula?!" Pintu dapat didengari telah diketuk.

"Eh Iraa, Iraa ada pesan apa apa barangan atas talian ke?" Aku tersenyum apabila ayah menanyakan soalan itu pada aku. "Hm cuba lah buka, ada kot.. Tak ingat"

Kaki ayah beranjak kehadapan pintu, apabila dibuka.. Wajah Angah! "Eh?! Ezariel? Anak ayah..?" Angah tersenyum, bini nya pun ada haa! Wanita, wajahnya yang putih susu, ayu cantiknya. "Assalamualaikum, ayah" dia menyalam ayah.

"Waalaikumsalam.."

"Assalamualaikum akak Mariyana" aku menegur akak iparku. Pandanganku beralih ke sosok Driell "driell, salam aunty Riya" Driell tersenyum "haii auntyy!" Dia menyalamnya.

"Eh? Iraa dah kahwin ye?" Mahu tergelak, iya lah kan sudah lama tidak berkomunikasi "ye akak, lama dah" dia tersenyum "mana suami Iraa? Tak tunjuk lagi" aku terdiam "dia.. Busy."

Bukan aku takut dia mahu rampas Carlo ke apa tetapi aku takut jikalau mereka tahu Carlo yang sebenarnya kerana berita tentang Carlo telah lama tersebar luas di rata rata pemberita harian dinegara ini.

Aku takut ramai yang suruh aku bercerai dengannya. Aku juga tidak mahu Carlo terus lakukan kes bunuh itu tetapi.. Aku tak boleh hentikan dia, sudah cukuplah aku menegurnya dengan cara baik. Yang lain itu urusan dia dengan tuhan.

"Kenapa? Dia biarkan sahaja Iraa datang sini dengan anak macam itu sahaja?"

"Dia kerja hehe, tak boleh pula paksa dia, tak syok lah"

"Hai aunty Iraa!!!" Anak sulung angah tiba tiba sahaja menerjahku. "Ish! Apa terjah terjah ini?! Terkejut aunty tahu!!?" Dia tergelak "ish, dah besar dia ni yaa? Besar dah Az-ariqh ni ye? Darjah berapa dah?"

"Darjah 4!!!" Jawab ariq dengan gembiranya

"Ezariel.. Kenapa kamu tidak beritahu ayah awal awal bahawa kamu mahu menziarahi ayah?" Angah tergelak "ayah, ini bukan menziarah, ni namanya suprise.. Lagipun hari ini ulang tahun ayah.. Mestilah kena suprise hehe"

Sekotak hadiah diberikan kepada ayah dari Angah "alahai.. Terima kasih.. Along tak ada ke?" Bahu angah diangkat. "Entah.. Itu angah tidak tahu kerana dia tiada pula infrom apa apa pada Ez." Riak wajah ayah berubah sedikit ketat. "Tak apa lah.. Dia emang begitu.. Tidak boleh lah ayah mahu mengubahnya jika kata kata hatinya kearah jalan yang lain."

Aku memeluk ayah "alah ayah.. Janganlah sedih.. Angah dengan adik ada kann hehehe boleh juga sambut walaupun keberadaannya lain.."



TING

Along : "dik, aku on the way."

Wah! Terbuka hati along kali ini ya untuk berkumpul sekeluarga. Tidak apa lah! Ini boleh juga dijadikan suprise untuk ayah!

Aku tersengih sengih. Kening ayah mula terangkat apabila dia melihat reaksi wajah aku. "Aik? Kenapa tersenyum semacam? Carlo WhatsApp ke tu?" Soal ayah.

"Alah.. Ada lah.. Suprise hehe"



"Mummy.. Tu siapa.." Soal Driell padaku, tampaknya dia dirasuki dengan perasaan takut. Iya lah dia jenisnya yang tidak berapa bergaul dengan orang.. "Itu.. Abang saudara Driell" aku senyum "pergilah.."

"Driell takut, nanti dia curi mainan driell!!!" Mula dia menangis seorang diri dibelakang ku. "Astagfirullah.. Alessandriell Estaven Clyde!! Kenapa buat perangai waktu ni pulaa!" Dia didukung oleh aku. "Shh shh anak mummy.. Don't cry okay? Nanti Driell tak handsome lah kalau Driell asyik menangis jee! Ha! Nak?"

Dia mula mengelap mutiara matanya semula setelah mendengar kata kataku. "Mummyy!! Driell handsome! Mana ada Driell menangis!" Dia mencebik.

"Eleh.. Hampir masuk tadika pun masih cerewet seperti bayi.. Mahu patung teddy bear kee?" Dia geleng "Driell dah besar!"


"Eleh.." Aku lantas mengalihkan pandangan aku pada sosok ayah yang sedang berbolak balik bicaranya bersama angah. "Ayah, angah, jom makan kek?"

Mereka berdua tersenyum padaku "ah jom jom"






Saat kami 2 keluarga sedang menjamu selera dengan berbagai hidangan yang telah dimasak dan dibeli oleh aku dan kak Riya.. Tiba tiba sahaja bunyi loceng rumah ditekan.

Aku pun sudah agak siapa sebenarnya yang sampai. "Ayah.. Pergilah cuba tengok hehe" ayah menghela nafas "apa lagi ini, Iraa?" Ayah mengagahkan dirinya untuk bangun lalu menyambut siapa sahaja yang berada disebalik pintu utama yang telah menekan loceng rumah nya.

Dedaun pintu kayu rumah ayah dengan perlahan dibuka.. Wajah yang telah lama tidak ayah tatap, along.. Berada dihadapannya. "Assalamualaikum, ayah.. Erzad pulang.." Dengan perlahan tangan ayah diambilnya dan disalam perlahan.

Hati nya berasa sebak. Berbelasan tahun dia tidak bersua semula dengan putera pertamanya.. Kini.. Sosok puteranya berada dihadapannya! Detik demi detik dia sendiri dapat merasakan bahawa mutiara matanya yang sejuk itu dengan perlahan mengalir menderas dipipinya.

"Erzad Shaarief.. Ya allah.. Lamanya ayah tidak tatap wajah anak ayah yang seorang ini.." Sosok tubuh along didakap oleh ayah. Perasaan rindu setelah berbelasan tahun tidak bersua itu tidak dapat lagi dia tampung. Didalam lubuk hatinya sekarang.. Apa yang penting, ketiga tiga anaknya adalah insan yang paling dia hartakan, kini telah bersama semula setelah berbelasan tahun berpisah. Pada hari, pada saat ini lah hatinya melepaskan semua yang telah terpendam sekian lama.

"Erzad.. Ayah tak pernah agak pun kamu bakal datang menyinggah disini.." Menangis ayah. Aku sendiri pun merasakan sebak dihati. Iya lah siapa sahaja tidak? Berbelasan tahun tidak berjumpa tidak bertegur sapa. Aku tersenyum.

"Ayah.. Along.. Jomlah.. Tidak mahulah bersedih sedih sangat ya? Inikan hari special, mestilah kena happy happy haa!! Jomm sambut!!!"

"Eh tapi kan along.. Mana bini dengan anak along?" Along tersenyum "alah anak kedua along tak sihat.. Biarlah mereka berehat dirumah.. Abang tidak mahulah siapa siapa disini berjangkit ke.. Salah abang pula nanti"

Dengan itu, meja makan disertai oleh along.. Sudah lama ayah tidak merasakan suasana seperti ini.. Dia, putera puterinya, menantunya dan cucunya.. Terasa bagai sebuah keluarga yang lengkap.. Tetapi.. Tidak lupa juga sebuah bebanan dikedua belah bahunya dan didalam hatinya.. Perasaan rindunya kepada ibu..

Sejak ayah berpisah dengan ibu, ayah tampak sudah cenderung bersendirian.. Walahal ibu lah insan yang paling ayah sayangi setelah kematian kedua ibu bapa ayah sendiri..

Dimata ayah, ibu lah wanita pertama yang membuat dia merasakan bahawa cinta itu wujud.. Sehinggakan dia sendiri bertitah sumpah bahawa dia akan sentiasa setia pada ibu. Sama situasinya seperti Carlo.. Dia sendiri pun telah bersumpah pada dirinya bahawa dia bakal sentiasa setia kepadaku sehingga akhir hayatnya..

Tetapi.. Apa yang boleh dibuat? Jalan hidup kita telah ditetapkan dari awal.. Ibu pergi meninggalkan ayah dan kami sekeluarga.. Kerana apa? Munculnya seorang jejaka yang telah merampas perasaan cinta dan taat setia ibu kepada ayah..

Apakan daya.. Takdir telah berbicara.. Ayah pun tidak mampu untuk menghalang apa pilihan ibu..

"Emira Mariam.. Hari ini Hari ulang tahun abang.. Sayang masih enggan pulang kepangkuan abang kah? Sayang.. Hati abang berasa berat.. Sangat berat.. Penat menampung perasaan rindu.. Walaupun sekadar 'wish'? Tiada?"

Tangannya sendiri digenggam erat.

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | OG | SU | EditingWhere stories live. Discover now