Bab 42

36 4 0
                                    

"Terima kasih." Secawan hot chocolate bersama sepinggan kecil kentang goreng pedas yang baru sahaja dihidang seorang pelanggan lelaki, Irzan tarik rapat pada dirinya sendiri sambil tersengih. Kesemua kentang goreng dituang ke dalam cawan hot chocolate lalu dikacau rata.

Indah menayang wajah toya. Kan dia sudah cakap yang pelik-pelik, serah sahaja pada Irzan. Selamba sahaja lelaki itu memesan lagi makanan selesai makan tadi. Pelik-pelik sahaja. Ada ke makan kentang goreng dengan air coklat?

"Tak apalah, jom kita borak." Encik Izham terus meluruskan pandangan pada Indah dan Jay silih berganti. Irzan yang sedang selamba menyambung makan tidak menjadi perhatian kini.

"Jay, cakaplah apa yang kamu nak cakap."

Jay mengangkat wajah dan menggaru kening. "Errr..."

"Atau nak pak cik yang cakapkan?"

Jay tunduk bermain dengan tangan sendiri dan akhirnya hanya mengangguk memberi keizinan. Dia sendiri sudah tidak tahu hendak mula daripada mana.

"Semua ni salah umi," sampuk Puan Diana. Automatik semua mata teralih pada wanita itu kecuali Jay.

"Umi yang salah. Umi yang suruh Jay tinggalkan Indah waktu hari lahir kau orang berdua. Umi tahu umi kejam sebab buat semua tu, tapi... Umi minta maaf." Puan Diana tunduk.

"Umi tak boleh terima bila Indah ada hubungan dengan Jay dulu. Umi tak mampu terima." Puan Diana kemam bibir menahan tangis yang bakal meletus tiba-tiba.

"Umi dengki... bila Indah nampak bahagia dan seronok dengan Jay. Jadi, umi minta Jay tinggalkan Indah. Jay tak nak, tapi umi tetap ugut. Umi cakap, kalau Jay tak nak tinggalkan Indah, hari-hari umi akan seksa mental Indah. Umi... betul-betul jahat. Umi minta maaf..." Tangisannya yang ditahan sedari tadi tumpah jua. Perlahan-lahan tangan Encik Izham naik mengelus lembut bahu wanita itu, menenangkan.

"Tapi, balasan yang Allah bagi tu sampai cepat. Umi fikir umi lumpuh dulu pun sebab salah umi dulu. Umi jahat sangat..."

"Umi rasa berdosa, jadi umi minta abah tolong Jay lepas dia peluk Islam. Along pun. Along pun ada tolong Jay. Umi harap, dengan itu dapat tolong Jay. Jadi, semuanya salah umi, bukan Jay. Indah... jangan salahkan Jay dalam hal ni."

Indah tunduk memejam mata sejenak. Rasa hiba. Kecewa. Terkejut? Tidak juga. Dia tahu dahulu Puan Diana tidak suka akan Jay. Tetapi tidaklah sampai macam ni.

"Indah, umi minta maaf." Puan Diana menyambung lagi.

"Indah maafkan. Tak apa." Indah hanya mengangguk lemah.

"Abah dah tak nak panjangkan hal ni. Abah cuma boleh cakap yang Indah slow talk lah ya dengan Jay? Abah nak pergi bayar makanan sekejap." Encik Izham terus bangun daripada duduk.

Indah melopong. Apakah?

"Pak cik," tahan Jay dan tunduk mengeluarkan dompet daripada poket seluar.

"Tak apa, pak cik belanja makan malam ni. Kamu dengan Indah borak ajelah dulu."

"Hmm, along nak teman abah bayar." Irzan pula bangun sambil menolak perlahan pinggan dan cawan yang sudah licin.

"Umi nak pergi tandas sekejap." Puan Diana pula bangun perlahan-lahan dan menggalas beg tangan. Tubuh Indah didekatinya lalu dipeluk sejenak, meminta maaf sekali lagi.

Akhirnya, Indah hanya menggaru kepala sebagai balasan. Nampak sangat semua dah rancang.

Jay berdeham dan bangun daripada duduk lalu menarik kerusi tempat duduk Encik Izham dan melabuhkan punggung di situ pula. Senang hendak berbual.

Indah terus memaling wajah ke sisi, tidak tahu hendak buat apa.

"I am sorry."

Kini wajah Jay pula yang menjadi tatapannya.

"No, no. It's okay. Kau tak perlu pandang muka aku. Aku tahu kau benci aku dan aku tak nak kau makin benci aku. So, it's okay. Just listen to what I am saying, okay?"

"Saya tak benci awak. Saya cuma ego," keluh Indah. "Saya minta maaf."

Pandangan Jay berubah redup, bibirnya mengukir sebuah senyuman nipis.

"Bukan salah kita, bukan salah sesiapa. Tapi memang macam ini takdir yang Tuhan dah tetapkan untuk kita. Jadi, jangan sedih dan persoalkan lagi. Tak apa, aku faham kalau kau marah aku. Tak ada sesiapa mampu terima apa yang aku buat pada kau."

"Tapi awak terpaksa," potong Indah laju.

"It's okay. Aku ambil peluang tu untuk dekatkan diri pada Tuhan. Well, itu pun salah satu cara Allah nak tarik aku dekat pada Dia, kan? Aku tahu sebab aku pernah terbaca dekat buku. Dalam buku tu tulis, kejar cinta Tuhan dulu, baru kejar cinta hambaNya. And... I did it. Aku tak cakap yang aku dah jadi hamba yang baik tapi aku cuba dan masih mencuba. Macam kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha. Kau pernah baca tak?"

Indah mengangguk lambat-lambat.

Jay tersenyum nipis, "Aku cuma harap mungkin pengakhiran kisah kita, boleh jadi macam mereka?"

Indah tertunduk sekali lagi.

"Indah..." Jay tarik nafas panjang dan mengeluarkan sebuah kotak hitam kecil dari poket kanan seluarnya lalu ditolak perlahan ke arah gadis itu.

"Aku tahu benda ni cepat sangat, tapi aku harap kau boleh pertimbangkan, okey?"

Indah menarik kotak hitam itu lalu dibuka, terus kedua-dua belah matanya membulat besar tatkala melihat sebentuk cincin di dalamnya.

"Aku tak nak hubungan kita berakhir macam ni. Tapi aku juga tak nak teruskan hubungan kita dengan berzina. Couple tu... zina. Jadi aku tak nak kita berdua berzina lagi. Cukuplah dulu kita dah pernah buat kesilapan tu. Not again, not this time. But this time, i want to make you mine, officially. Kita... kahwin?"

Setitis air mata Indah terus jatuh. Bibirnya dikemam kuat menahan esak yang bakal terbit. Dulu, dia pernah berangan untuk berkahwin dengan Jay tetapi semuanya hanya khayalan semata kerana dia tahu dia dan Jay tidak boleh bersama kerana berlainan agama. Tetapi kini, angan-angannya bagai menjadi realiti satu persatu.

"Tapi, aku tak paksa kau, okey? If your answer is no, then I don't want to force you. Kahwin bukan benda yang boleh dibuat main. Kau ada hak untuk pilih siapa pasangan hidup kau. Kalau kau tak terima aku, aku ikhlas. It's okay." Jay tetap mengukir senyum walaupun dalam hati, memberontak habis. Dia mahu jawapan yang Indah beri adalah 'ya', bukan jawapan yang lain. Tetapi jika Tuhan telah menetapkan jodohnya bukan dengan gadis itu, siapalah dia untuk mengeluh?

"Berapa lama awak bagi saya masa untuk bagi keputusan?" soal Indah perlahan setelah sekian lama mendiamkan diri. Hujung tubir matanya dilap dengan jari.

"Tiga tahun."

"Hah?" Indah terus terkesima.

"Kau boleh tunggu aku tiga tahun, mustahil aku tak boleh tunggu kau tiga tahun juga?"

"Tapi, ini lain..." Indah menutup semula kotak cincin itu lalu ditolak semula ke arah Jay.

"Hmm? Apa yang lain?"

"Tak ada apa-apalah. Cincin tu... awak simpanlah dulu. Apa-apa keputusan nanti, saya bagitahu awak lain."

Jay mengangguk dan menyimpan semula kotak cincin ke dalam poket seluar. "I will wait."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now