Bab 43

39 4 0
                                    

INDAH rebahkan kepala pada sejadah nipis di atas lantai lalu memejam mata erat. Entahlah kenapa setiap kali dia sujud, pasti air matanya akan turut sama turun.

Tenang.

Tetapi, sendu.

Sejak peristiwa dia dilamar Jay dua bulan yang lepas, beginilah kehidupan dia. Pergi kerja, balik kerja. Tidur sekejap, lepas itu bangun semula untuk menunaikan solat istikharah. Setakat ini, dia belum pernah tinggal solat istikharah lagi kecuali ketika sedang haid. Jay pula, langsung tidak menghubunginya padahal boleh sahaja lelaki itu meminta nombor telefonnya pada Irzan. Tetapi mungkin Jay mahu memberi dia ruang yang secukupnya.

Tok tok!

Indah angkat wajah dan hanya melihat daun pintu yang dibuka daripada luar oleh Irzan. Cepat-cepat pipinya yang sedikit melekit disapu-sapu dengan belakang tapak tangan.

"Along? Tak tidur ke?"

Irzan geleng dan menutup pintu semula, "Baru habis tahajjud tadi. Indah pun solat tahajjud ke?"

"Tak, solat istikharah."

Irzan terus mengangguk faham dan duduk di birai katil Indah lalu memeluk sebuah anak patung beruang berwarna merah jambu. "Mata tu kenapa sembab? Menangis, eh?"

"Tak adalah, mata masuk habuk tadi."

"Cis, kuat menipu hang ni pun." Irzan menggeleng kepala dan meletakkan semula anak patung beruang tadi di kepala katil lalu bergerak duduk di sisi Indah yang masih lengkap bertelekung putih.

"Kenapa ni, hmm? Cerita dekat along." Perlahan-lahan tubuh kecil itu ditarik rapat ke dalam dakapannya. Tahu, Indah seorang yang sangat suka memendam. Kalau dia tidak tanya, sampai sudahlah gadis itu akan memendam seorang diri.

Indah terus mencebir bibir dan menghambur tangis di situ. Belakang baju Irzan dicengkam sejenak, meminjam sedikit kekuatan. Irzan seperti ada kuasa yang mampu membaca setiap gundah yang bertakhta di dadanya.

"Indah masih belum dapat jawapan istikharah," ujar Indah perlahan.

"Mana Indah tahu Indah masih belum dapat jawapan istikharah?" soal Irzan sambil mengusap lembut kepala Indah.

"Indah tak ada dapat apa-apa mimpi..." Wajahnya diangkat lemah lalu dilentok pada dada Irzan sambil mata dikatup rapat.

"Indah, jawapan istikharah bukan dalam betuk mimpi semata. Mimpi bukan satu-satunya bentuk jawapan istikharah. Nak tahu kenapa? Sebab mimpi mimpi kita tu selalunya dipengaruhi oleh kehendak dan hawa nafsu kita. Kalau tak dapat jawapan dalam bentuk mimpi, ada banyak lagi jawapannya. Sepanjang dua bulan tak berjumpa dengan Jay dan berhubung dengan dia langsung ni, Indah ada rasa sangsi atau was-was pada dia sebab dah lama tak berjumpa?"

Indah geleng, "Tak ada."

"Rasa tenang tak bila along cakap tentang Jay ni? Ada rasa macam nak marah marah macam dulu?"

"Tak ada juga."

Irzan tersenyum nipis lalu mencuit hujung hidung gadis itu. "Boleh jadi, itulah jawapan yang Indah cari."

Indah kemam bibir dan menggeleng. "Tapi Indah takut..."

"Takut apa?"

"Indah takut Indah ditinggalkan lagi. Indah tak sanggup. Indah tak sanggup rasa kehilangan lagi."

"Indah takut benda tu jadi selepas kahwin nanti?" soal Irzan lagi.

"Yakin, Indah. Kalau Indah yakin pada dia, Indah tak akan fikir macam itu. Kalau dia jadi suami Indah, itu tanggungjawab dia untuk setia di sisi Indah dan tak tinggalkan Indah. Along tak cuba untuk backup Jay, tapi along yakin dia boleh jadi suami yang baik. Along nampak kesungguhan dia." Pipi Indah diusap pula, meyakinkan.

"Jay... masih tunggu Indah ke?" soal Indah perlahan. Bercakap tentang Jay, entah-entah Jay sudah bosan menunggu dia? Dua bulan itu boleh tahan lama juga bagi dia.

"Masih. Hari hari dia tunggu Indah dekat pantai tu."

"Hari hari?" Luluh hati Indah mendengarnya. Kenapa Jay terlalu setia pada dia sedangkan dia hanya balas kebaikan lelaki itu layanan acuh tidak acuh?

"Ya. Kalau Indah dah bersedia, Indah pergilah pantai lepas Subuh ni."

Indah menghembus nafas tenang dan mengangguk lambat-lambat. "Okey, tapi along kena teman Indah."

"Yalah, yalah." Irzan menguap dan lantas bangun menghempas tubuh ke atas katil Indah lalu selimut ditarik hingga ke paras dada.

"Along! Janganlah tidur atas tu. Indah nak baring!"

"Kedekut tahi hidung pahit betul. Pinjam sekejaplah katil ni. Seronok juga tidur dalam bilik ni. Along tidur sekejaplah. Nanti waktu Subuh dah masuk, kejut along. Terima kasih adikku." Irzan tersengih dan memejam mata.

Indah tayang wajah cemberut. Inilah Irzan. Bilik sendiri ada, tapi sibuk hendak menempel di bilik dia.

Akhirnya, Indah hanya mampu menggeleng kepala. Telekung yang dipakai dicabut perlahan daripada tubuh lalu dilipat kemas. Selepas itu, sejadah pula dilipat dua lalu ditolak ke tepi.

"Along?" Indah bangun dan mengintai sekejap Irzan yang sudah senyap. Pipi Irzan dicucuk sedikit namun lelaki itu masih tidak bergerak.

"Cepatnya tidur." Irzan mencebik dan menongkat dagu memerhati Irzan yang sudah santai ke alam mimpi.

......

"ASSALAMUALAIKUM."

Jay yang sedang asyik melukis sesuatu di atas buku lukisan terus mengangkat wajah dan terkedu.

"Indah?"

Indah hanya tersenyum nipis sebagai balasan dan melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Jay masih langsung tidak berubah, masih setia dengan buku lukisan yang sama.

"Kau sihat?"

"Alhamdulillah, awak?"

"Alhamdulillah, sihat. Baru lepas baik demam." Jay tersenyum nipis sambil meneguk sedikit air mineral yang dibawa dari rumah pagi tadi.

"Oh."

"What brings you here? Nak ambil udara segar, eh?" teka Jay sambil menjongket kedua-dua belah kening.

"Tak. Saya nak bagi keputusan saya tentang lamaran awak dua bulan lepas."

Tubuh Jay serta merta menegak. Sisi wajah Indah kini ditatap tidak lepas.

"Sorry, my answer is no."

"Oh." Bahu Jay terus mengendur. Namun bibirnya naik sedikit mengukir senyum tawar tiada perisa. "It's okay." Wajah ditunduk lalu sebuah nafas berat dihembus. Tak apa, tiada rezeki untuk mereka berjodoh.

"Eh, no no. Sorry. Maksud saya, sorry sebab buat awak tertunggu-tunggu." Indah menampar lembut bibir sendiri, boleh pula tersasul dalam keadaan macam ini.

"Hah?" Jay angkat wajah semula, tidak faham. Apa yang Indah hendak sampaikan sebenarnya ni?

"Saya terima awak."

Jay tergamam. Terasa bagai dadanya diserbu sebuah aura baharu. Dia rasa seperti sedang bermimpi.

"Tapi saya harap awak takkan sia-siakan saya sebab saya dah percayakan awak."

Jay mengusap wajah penuh syukur. Tubir matanya sedikit bergenang dengan air mata. Tiada balasan yang terluah daripada lidahnya kerana dia terlalu gembira dan tidak percaya.

"Nanti kalau awak ada masa, datanglah rumah. Kalau boleh, bawa mama dan adik-adik awak juga. Nanti kita borak lain."

Jay terus mengangguk laju. "Petang ni juga aku booking tiket flight."

Indah tertawa halus. "Jay..."

"Ya?"

"Jangan sia-siakan saya lagi, okey?"

"Never again, cinta. Never."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now