46 | flashback

48 4 0
                                    

"Emira.." Dia tersenyum. Matanya sedang menatap seorang insan terpenting didalam hidupnya. Emira Mariam.. Saat ini.. Setelah terlafaznya akad nikah itu.. Mereka berdua telah sah. Suami isteri.

Senyum terukir diwajah Emira "ye, abang?" Kali pertama dia memanggilnya abang.. Luluh hatinya. Dengan perlahan dia menarik tangan isterinya untuk digenggam erat. "Sayang.. Erm... Abang nak janji sesuatu."

"Apa itu, abang?" Mata mereka berdua ditatap sesama sendiri. Kedua duanya dipenuhi dengan kasih sayang yang tidak terkata, tidak ternilai.

"Abang.. Abang janji, abang bakal menjaga sayang, setia menjaga sayang sehinggalah abang menghembuskan nafas terakhir abang didunia ini.."

Tangannya digenggam erat "abang janji ye? Emira pun mahu berjanji.. Bahawa Emira bakal sentiasa setia dengan abang hingga akhir hayat sayang. Hanya kematian yang mampu pisahkan kita."


Kesetiaan?


"Sayang... Abang perasanlah, kebelakangan ini, sayang semakin menjauh dari abang.. Sayang ada apa apa yang sayang pendam ke? Abang ada buat apa apa silap sehinggakan sayang terguris hati ke?"

Lantas Emira menggeleng kepalanya. Tetapi itu tidak memenuhi perasaan ingin tahu didalam hatinya. Terasa seperti masih ada sesuatu yang terpendam didalam hati Emira. Perangainya lain.

"Tak ada apa lah. Tak sihat sahaja." Tangannya menekan didahi Emira "sayang demam? Tak.. Tak panas.. Sayang betul ke ni? Are you okay? Sayang, kalau ada apa apa beritahu abang terus.. Abang tak akan bosan dengan sayang.."

Tiba tiba sahaja tangannya ditolak oleh Emira. "Abang ni! Tidak perlu lah terlampau sibuk fasal hidup Emira! Serabut!"

Terasa sebak hatinya. "Sayang..? Kenapa?"

"You wanna know why? Hm? Sayang jujur, sayang rimas sangat dengan abang! Hari-hari sayang pulang dengan pening kepala nya, kerja, anak, perangai abang lagi. Abang tahu siapa yang dengar rintihan sayang setiap hari?.."

".. Amriz." Amriz? Bukan kah itu kawan baiknya sendiri? "Amriz..? Kenapa? Kenapa sayang tidak luah sahaja pada abang?"

Emira mula mengeluh. "Semak. Faham? Sebab Emira semak sangat dengan abang!" Sebaknya. "Sayang.. Apa salah abang..? Tell me.. I'll fix myself, i promise.. Please?" Dia mula mencuba untuk mengenggam lengan Emira tetapi lantas Emira menarik lengannya jauh dari Asmand.

"Terlambat." Air matanya membanjiri pipi. "Kenapa..? Sayang.." Air mata tidak dapat ditampung. Perasaan sedih menguasai dirinya, perasaan sakit berat dibahunya.

"And you wanna know why? I sendiri rasa yang sayang sudahpun tawar hati dengan abang sendiri. Disebabkan perangai abang lah!" Ya allah.

Sampai begini sekali? Didalam seketika waktu.. Dia mula terfikir.. Apa salahnya?? Apa salahnya sehinggakan Emira sendiri sudah tawar hati padanya.. Apa dia kurang dari segi paras dan rupa? Tidak mungkinlah? Jikalau benarlah dari paras dan rupa, berkemungkinan besar dia bakal ditolak dari awal, sebelum perkahwinan mereka lagi.

Tetapi Emira menerimanya pada awal perkenalan mereka.. Tetapi mengapa sekarang semuanya telah berubah tepat 360°?

Tetapi, berkemungkinan besar antara asbab penawaran hati Emira padanya adalah kerana Amriz.. Bagaimana cara Amriz melayannya?

Apa dia curang..? Tetapi tidak baik juga jika dia terus memfitnah Emira begitu sahaja. Bukti pun belum dia temui.

Emira menjeling lalu hanya melabuhkan punggungnya disebuah sofa bersebelahan dengan katil tidur milik Elryna, dimana dia baru sahaja berumur 6 bulan.

Dia mula membisik sesuatu ditelinga Elryna "sayang.. Elryna.. Elryna mahu ikut mama? Jumpa kawan mama? Uncle Amriz?"

Dalam pada Emira sedang membelai Elryna, didalam diam, asmand mengambil telefon bimbit milik Emira yang terletak didalam bilik tidur mereka.

𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | OG | SU | EditingWhere stories live. Discover now