Bab 45

36 5 0
                                    

"TASNIM? Makan dah?"

Tasnim angkat wajah sebelum kelam-kabut membetulkan cara duduknya. Dia menggeleng.

"Kenapa belum makan? Nanti perut tu masuk angin."

"Saya teman Indah dekat sini sekejap," jawab Tasnim sambil tersenyum manis pada Indah di sebelahnya yang sedang tersengih-sengih seorang diri sambil mata gadis itu lepas memerhati ukiran inai merah di tangan yang sedang diukir seorang juru ukir inai.

"Biar ajelah, ramai lagi dekat sini. Tak kena culik pun budak Indah ni." Irzan menjeling Indah yang masih tidak sedar kehadirannya di situ. Angau teruk Indah tu.

"Jom, aku teman kau pergi makan."

"Errr, tapi..."

"Tak ada tapi. Jom. Nanti kau sakit. Esok dahlah kau kena berdiri lama." Irzan hulur sebelah tangan kanan. Bukan hendak menyambut tangan Tasnim, lebih kepada memberi isyarat agar gadis itu bangun dan mengikutinya.

Lambat-lambat Tasnim mengangguk dan bangun daripada duduk. Tengoklah, dia bangun pun Indah tidak sedar dek terlalu jakun melihat hasil ukiran inai di tangannya.

Berjalan ke dapur mengikuti Irzan, barulah dia sedar yang dia memang masih belum makan daripada tengah hari tadi kerana terlalu sibuk menguruskan Indah, maklumlah dia adalah pengapit Indah untuk esok.

"Duduk situ," arah Irzan dan terus lincah membuka api dapur untuk memanaskan lauk. Periuk nasi dibuka lalu disenduk ke dalam pinggan.

"Errr, tak payahlah panaskan lauk. Saya boleh aje makan sejuk sejuk." Tasnim garu kepala. Kalau dia tahu layanan Irzan macam ini, awal-awal lagi dia akan makan. Bukannya tak suka, tapi segan.

Irzan hanya buat tidak dengar dan meletakkan pinggan nasi di hadapan Tasnim. Lauk kari ayam dan sayur kangkung tumis yang sudah panas dan diletakkan ke dalam mangkuk, turut diletak di hadapan gadis itu.

"Nak air apa? Aku nak bancuh."

"Hah? Air kosong aje." Bertambah dua kali ganda segan Tasnim.

Irzan mengangguk dan menuang segelas air sejuk Coway lalu meletak gelas tersebut di atas meja.

"Terima kasih." Tasnim tersenyum segan dan menceduk seketul lauk ayam lalu diletakkan ke dalam pinggan.

"Sayur kangkung tu tak ambil? Sedap tau." Irzan menjuih bibir pada mangkuk sayur. Dia menarik kerusi bertentangan gadis itu lalu melabuhkan duduk.

Tasnim menayang sengih dan menggeleng.

"Tak makan sayur? Patutlah pendek."

Tasnim terus terbatuk-batuk. Apakah? Jujurnya!

"Tinggi kau berapa?"

Tasnim terus menjongket bahu tanda tidak tahu, tak sukalah topik tinggi dibawa naik. Sudahlah dia ini pendek sahaja. Rasanya dia hanya sama tinggi dengan Indah, padahal dia tua setahun daripada gadis itu.

"Tinggi encik pula berapa?" soal Tasnim sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Jangan panggil encik. Kita bukan dekat hotel sampai nak guna panggilan tu," potong Irzan laju sambil menceduk sedikit lauk sayur kangkung ke dalam pinggan. Sekeping biskut kering dihancurkan lalu digaul ke dalam mangkuk sayur kangkung itu sebelum dimakan selamba menggunakan sudu.

Irzan dan pelik, sinonim.

"Tapi saya tak biasa panggil guna panggilan lain selain tu."

"Biasakan," jawab Irzan mudah.

Akhirnya Tasnim hanya mengalah. Di rumah sekarang, memanglah Irzan tidak garang tetapi aura tegasnya masih ada. Kadang, Tasnim cemburu dengan Indah kerana gadis itu sangat rapat dengan Irzan. Kalau orang luar lihat Irzan dan Indah, pasti mereka akan fikir yang mereka berdua adalah pasangan kekasih atau suami isteri.

"Errr, encik- sorry. Awak pernah tak saudara mara tanya apa-apa waktu raya atau berkumpul macam ni?" tanya Tasnim sebelum meneguk sedikit air sejuk, sudah selesai makan.

"Tanya apa? Pasal kahwin?" Irzan jongket sebelah kening.

Laju Tasnim mengangguk.

"Soalan wajib. Lali dah aku dengar. Kalau dia orang tanya, aku cakap aje aku tak ada calon."

"Saya pun ada saudara mara tanya. Sama juga, saya jawab saya tak ada calon," ujar Tasnim perlahan sambil berdeham. Wajah diangkat sejenak memandang wajah Irzan yang tidak beriak.

"Oh. I see."

Tasnim garu hidung pula. Irzan tidak faham maksud tersirat dia.

"Err, tak apalah. Saya nak pergi teman Indah balik." Kerusi ditolak ke bawah meja semula lalu pinggan dan gelas kotor dibawa ke singki sebelum dicuci perlahan-lahan.

"Tasnim," panggil Irzan. Namun Tasnim hanya senyap menunggu tutur lelaki itu yang seterusnya.

"Be honest. You have feelings for me, right?"

Erk. Tasnim rasa hendak tercekik. Hampir sahaja pinggan licin di tangannya hendak terlepas daripada pegangan namun masih sempat diselamatkan daripada pecah.

Irzan bangun daripada kerusi dan berdiri di sebelah gadis itu, masih berjarak. Sekeping biskut di tangannya digigit sambil belakang tubuh bersandar pada meja dapur.

"I asked, so you should answer," tambah Irzan lagi, datar.

"Siapa yang bagitahu awak?" soal Tasnim memulang soalan semula. Tangannya yang masih ada di dalam singki dikepal kuat dek menggeletar.

"Indah, she told me many times. Aku tak cakap yang aku percayakan dia, tapi aku tak cakap juga yang dia menipu. Indah jarang tipu aku sebab kami memang sentiasa terbuka, tak ada rahsia."

Tasnim tunduk mengemam bibir. Indah memang tak boleh simpan rahsia! Menyesal dia beritahu gadis itu. Nak marah pun sudah tak ada guna, Irzan sudah tahu pun.

"Ya, saya suka awak. Saya suka encik."

Wajah Irzan tiba-tiba berubah, tidak menyangka langsung dengan pengakuan jujur Tasnim.

"Why?"

Tasnim ketap bibir. Diberi betis hendak paha pula!

"Tak tahu. Jujur, saya tak tahu. Saya cuma suka encik. Tapi saya tahu encik tak suka saya pun, jadi tak apa. Saya cuma bagitahu perasaan saya."

Irzan mengeluh dan bergerak ke sisi Tasnim, menunduk sedikit untuk mencuci tangan.

"Buang perasaan tu."

Tasnim tersentak memandang wajah Irzan yang masih tidak beriak sedari tadi.

"I hate love. Aku tak percaya pada cinta. Jadi, aku tak nak kau kecewa. Buang perasaan tu sebab aku tak akan balas perasaan kau. Kau pun tahu apa hubungan kita..."

"Ya saya tahu. Saya hanya pekerja encik. Housekeeper hotel. Encik pula owner hotel tu. Jauh beza, macam langit dengan bumi. Saya sedar kedudukan dan status saya," potong Tasnim sambil memaling ke arah lain. Ah, Irzan. Kau jangan buat aku lari daripada sini, biar Indah tak ada pengapit esok!

"I am not talking about status. Aku sedang cakap tentang aku dan kau. Aku tak akan terima mana-mana perempuan pun masuk dalam hidup aku. Dan kau, aku tak nak kau kecewa. Jadi buang perasaan suka pada aku tu. You deserve better. Kau layak dapat lelaki yang cintakan kau juga."

"Oh..." Tasnim mengangguk perlahan, faham. Suaranya berubah serak sedikit. Bukan sedih, cuma kecewa. Macam ini rupanya rasa ditolak cinta mentah-mentah.

Ditolak cinta pertama.

"Saya minta maaf."

"Bukan salah kau, tak apa." Irzan mengemas meja dan mengeluh sekali. "Aku nak pergi tolong susun kerusi dekat luar sekejap."

"Tasnim Adra."

Tasnim angkat wajah, memandang wajah Irzan yang penuh dengan riak rasa bersalah. "Aku minta maaf juga."

Arunika [ارونيكا] ✓Where stories live. Discover now