P73 : GANJA

416 17 0
                                        

Khai mengelap peluh di dahinya.Cukup penat dia melayan kehadiran pengunjung ketika ini dan kini adalah masa untuk dia berehat selepas waktu rehat Pak Samad berakhir.

Dia segera menuju ke rumah rehat, manalah tahu kawan baiknya Sam sudah berada di situ.Namun dia hampa kerana kelibat Sam masih tidak kelihatan.Hatinya mula bimbang, dia kembali ke pejabat Dusun Sahabat untuk memeriksa daftar kemasukan pengunjung semalam.

"Izham Ismail, chalet no 4."bicara Khai sendiri ketika itu di dalam hatinya.Dia kemudian bergegas menuju ke chalet tersebut kerana itu lah chalet tempat Sam dan Alang itu bermalam semalam.

"Weh Sam,bangun lah doh. Dah petang ni."Kata Khai mengejutkan kawannya itu.

"Jap ahh aku penat ni.Awal lagi nak bangun."Rungut Sam ketika itu.

"Kepala otak kau awal lagi.Dah pukul 2.30 doh." Kata Khai lagi.

Sam terus terduduk apabila Khai berkata begitu.Dia memandang wajah Khai yang berada di tepi katilnya. Pada mulanya dia berfikir Khai bergurau,namun selepas dia melihat jam di hanphonenya dia terus terkejut.

Memang benar jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang.Sam kemudian terus bangun dan dalam keadaan bertelanjang bulat dia terus sahaja menuju ke tandas untuk mandi tanpa menghiraukan Khai yang berada di situ.

"Nah, aku bawak baju untuk kau dengan spender kau ni.Kau buat hal lah Sam, ni kalau kau balik rumah pakai baju semalam ni kompem bising Cikgu Wafi."Rungut Khai ketika itu.

"Cikgu Wafi ada cari aku ke Khai?", Soal Sam dengan suara yang resah.

"Haa tau pun kau takut.Takde pun cuma Pak Cik Isa je tanya kau.Aku cakap kau ada hal kejap pagi ni. Nasib Uncle Rajan cover kerja kau pagi tadi kalau tak habis kantoi. Nanti kau belanja lah dia apa-2."Kata Khai lagi.

"Eh Khai, abang Alang mana?", Soal Sam kepada Khai.

"Manalah aku tahu dia kat mana.Aku masuk-2 tinggal kau je.Dengan pintu tak kunci.Nasib baik pintu tu tak terbuka."Kata Khai lagi.

"Lahh sial. Mana pulak pergi dompet aku ni.Bangun jap Khai, tolong cari jap." Arah Sam meminta bantuan dari kawan baiknya.

Mereka berdua kemudian mengeledah chalet tersebut,namun hampa kerana langsung tidak menemui dompet milik Sam yang hilang.Wajah Sam semakin resah ketika ini.

"Kau yakin ke semalam kau bawak dompet masuk sini?", Soal Khai untuk meminta kepastian.

"Ya semalam memang aku bawak dompet dalam ni.Aduhh mana ni takkan abang Alang rembat pulak", Keluh Sam lagi.

"Cuba kau ingat balik apa yang kau buat semalam masa dengan dia. Aku rasa kau kena scammer ni."Kata Khai ketika itu.

"Kitorang berborak semalam sambil hisap rokok.Lepas tu aku tak ingat apa yang jadi.Sebab tu bila kau cakap dah petang aku terkejut sebab aku rasa baru kejap je tido."Jawab Sam.

Mendengar jawapan dari Khai dengan segera dia mengeledah tong sampah dan tandas chalet.Dia kemudiannya keluar untuk memeriksa di halaman chalet pula.Khai kemudian kembali ke chalet dengan wajah yang cemas.

"Kau hisap rokok daun ke semalam?", Soal Khai kepada Sam.

"Haah, rokok ni lah aku hisap semalam.Abang Alang bagi, kenapa Khai?", Soal Sam.Dia mula berasa tidak sedap hati.

"Ni bukan tembakau biasa Sam. Ni ganja." Balas Khai dengan wajah yang cemas.

GURU 2023 (JILID 1)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang