Eksotika

10K 462 98
                                    

"Lia, stok kita dah nak habis ni. Bila nak topup?" soal mama.

Dia berdiri di muka pintu dengan tangan yang masih memegang pakaian yang baru selesai dilipat.

"Lah? Bulan ni bukan turn Afiq ke topup?" balas aku.

"Memanglah, tapi abang kau tu sibuk sikit bulan ni, dia switch dengan kau bulan depan."

"Hm yelah nanti Lia cari jalan eh. Cakap kat abang nanti dia kena belanja Secret Recipe." Kata aku sedikit berjenaka. Mama hanya ketawa kecil dan berlalu pergi.

Aih, satu kerja pula aku harus cari stok baru. Minggu depan ada test Finance pula. Tanganku mencapai henfon yang terletak di sisi katil, jariku ligat menyapu ke atas dan ke bawah; sedang mencari-cari nama mereka yang sesuai di dalam senarai Contact. Hampa. Mungkin sebab aku jenis berkawan dengan orang baik-baik kot.

Ah, wait!


You:               Ika, tolong aku sat.    

IkaRaziff:    Yo! Pe dia?

You:              Aku kena cari stoklah plak. Abg aku busy bulan ni.  

IkaRaziff:   LOL. Belanja makan ok? Kekeke

You:              Hahahaha. Resipi turun temurun family aku nak?    

IkaRaziff:   Hotak kau!

You:              Kahkah. Yelah2 kang aku belanjalah setan! Tolong eh? Dalam minggu ni kalau boleh.    

IkaRaziff:    Yey maceh! Muah ciked :*

           

Syukur!

Nasib baiklah aku ada partner-in-crime macam Ika; seorang kawan yang sudah lama bersama dengan aku. Sejak semester 1 lagi kot. Hanya dia seorang saja yang aku percaya hingga ke tahap aku berkongsi segalanya; dalam konteks literal, kau faham?

**

"Oi Lia, pi memana jom!" ajak Ika setelah dua-tiga langkah kami keluar dari dewan.

"Nak gi mana?"

"Mana-manalah. Aku stress dengan Finance tadi. Nak jimba, jimbaaa!" jawabnya sambil menjulang tinggi sebelah tangannya yang menggenggam kalkulator.

Ika memang begini. Selalu buat aku terhibur.

Perwatakannya yang ceria dan selalu carefree membuat aku tenang. Agak berbeza dengan aku yang tidak suka menunjukkan emosi sebenar. Aku lebih gemar menyembunyikan perasaan dan fikiran aku. Aku perlukan itu. Aku tidak suka menjadi seorang yang predictable. Mungkin kerana aku terlalu berhati-hati.

"Bowling? Ke movie?" soal aku.

"Why not both? Tehee." Balas Ika tersengih lebar.

"Amboi, banyak duit?"

"Hek eleh berkire pulak. Selama ni elok je."

"Hehe."

Pintu kereta dibuka. Aku menghidupkan enjin dan penghawa dingin. Radio yang sudah sedia tercucuk dengan pendrive mula memainkan lagu yang terkandung folder.



'Cause we are all a bunch of animals

That never paid attention in school.

So tell me all about your problems;

EksotikaWhere stories live. Discover now