Prolog

321 7 0
                                    

Apa yang sebenarnya biasa? Biasa itu bagi lain orang, lain penilaiannya. Aku katakan biasa itu adalah biasa yang kalau pandang sekilas langsung tak akan melekat dihati. Kerana dia biasa. Biasa dia level yang bukan diminati ramai. Biasa dia hanya yang tidak melihat rupa sahaja akan terjatuh hati. Biasa dia kau perlu kenali dan gali isi hatinya untuk melihat luar biasa yang dia simpan kemas. Dia teramat biasa. Panjang penulis membebel tentang biasa aku harap kau faham.

Kalau kau baca Ogos, kau tahu suri Alya itu begitu cantik orangnya. Kemana dia pergi ada sahaja yang terpikat. Tapi tidak bagi Nur. Cukup kau tahu namanya adalah Nur. Nama aje pun dah biasa. Cahaya. Nur dari kecil, dia biasa. Tidak cantik, tidak putih, dan tidak kurus. Perlu aku ulang lagi dia biasa? Biasa yang aku cuba tekankan dari awal ini adalah supaya apa yang bakal menyusul di kemudian cerita ini akan tetap seiring dengan kemas dalam fikiran pembaca bahawa Nur adalah perempuan biasa. Walau apa pun jalan ceritanya, hingga ke ahirnya dia masih biasa. Tidak seindah watak novel lain.

Nur adalah penyelamat bagi ramai lagi perempuan biasa diluar sana supaya tidak terus hanyut dibuai angan hasil pembacaan novel-novel cinta, tontonan drama tv3 jam 7 mahupun slot akasia yang mana semua heroin ceritanya, MasyaAllah cantiknya. Tapi kalau Nur adalah penyelamat, siapa yang selamatkan Nur?

"Kau adalah segagah-gagahnya orang yang pernah aku jumpa, Nur. Kalau aku ditempat kau, aku dah lama kecundang."

Itu ayat yang biasa Nur dengar. Kerana dia gagah jadi dia tidak perlu diselamatkan. Begitu? Kerana dia kuat, dia yang harus pergadaikan hidupnya untuk menyelamatkan ramai orang. Begitu? Bukan salah Nur dan juga bukan salah orang lain. Nur itu dia cuma menjalani hidupnya dan orang lain hanya menjalani kehidupan mereka. Seperti biasa. Cumanya, Nur memilih untuk berkongsi cerita hidupnya yang biasa untuk jadi tatapan ramai lagi mereka yang biasa diluar sana.

Kerana dia lebih dari tahu peritnya menjadi yang biasa.

Lagi perit hidup dikelilingi ramai yang luar biasa. Sehingga dia pernah dibandingkan. Dia hanyalah wira dalam kalangan ramai ferrari. Itu definisi biasa seorang Nur.

Bukan Drama TV3 Jam 7Where stories live. Discover now