Arnab dan Kura-Kura

466 51 14
                                    

Pada suatu hari, didalam kampung yang aman damai, ada seekor arnab yang sangat sombong dan bongkak kerana dia kuat berlari. Semua binatang dalam kampung itu tak mampu menandingi kehebatannya berlari.
Suatu hari dia telah melukakan hati seekor kura-kura dengan mempersendakan kura-kura itu yang memang sifatnya slow and steady. Ketika arnab sedang minum direstoran Rahmath bersama kawan-kawannya dia telah mentertawakan kura-kura tersebut tanpa perasaan bersalah.

Ini membuatkan kura-kura itu jadi panas dan bengang. Kura-kura mula menyimpan cita-cita untuk berlumba lalri dengan arnab sombong tersebut. Hal ini diberitahukan pada seekor belalang ketika mereka mabuk-mabuk dirumah anjing pada satu malam sambutan Halloween. Kura-kura berpakaian seperti tikus dan anjing berpakaian seperti seekor serigala.

Berita kura-kura yang ingin mencabar kewibawaan arnab itu akhirnya sampai ketelinga arnab yang besar itu. Arnab yang mempunya sifat pantang dicabar mula bersemuka dengan kura-kura. Kura-kura yang pucat mula menafikan cabaran dia itu. "Eh malam tu aku tengah mabuklah. Aku tak sedar apa yang aku katakan."
Ah! Aku tak peduli. Lepas sembahyang jumaat tunggu aku ditepi simpang dan kita mula beradu siapa paling kuat berlari antara kita." Kata arnab tanpa belas kasihan.

Esoknya kura-kura pergi Al Ehsan untuk membeli kasut Nike.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Semua binatang kaki api telah berkumpul ditepi simpang jalan untuk melihat perlumbaan antara arnab dan kura-kura yang bersejarah itu. Hanya beruang sahaja yang berani mempertaruhkan bulunya untuk kemenangan atas kura-kura.

Mereka pun berlumba. Arnab terus memecut laju. Kura-kura yang sabar perlahan-lahan merangkak sedikit demi sedikit. Bila arnab merasakan yang dirinya telah jauh meninggalkan kura-kura dia berhenti disebatang tunggul pokok yang baru ditebang oleh Majis Bandaraya Shah Alam. Kepanasan  membuatkan dia alpa untuk tertidur. Sementara kura-kura yang perlahan itu terus berjalan dengan penuh yakin. Arnab terus tidur dan tidur. Angin petang Jumaat membuatkan dia terus layu dan hanyut dalam mimpi. Akhirnya kura-kura hampir sampai kegarisan penamat. Tapi sebelum kura-kura mengenai tali garisan penamat (Tali itu digantung tinggi dan kura-kura tak mampu untuk melepasinya),arnab yang sejak dari tadi tertidur kini mula terjaga dan terus bergegas meluru ke tempat berakhirnya perlumbaan. Tapi arnab sudah terlambat, kura-kura sudah hampir dengan tali penamat (kali ini tali penamat itu diturunkan kebawah supaya dapat mengenai hidung kura-kura tersebut). Kura-kura terhenti, hanya setapak sahaja lagi sebelum dia mampu memenangi perlumbaan itu lantas memalukan arnab yang sombong itu. Binatang lain semua mula hairan kenapa kura-kura refuse untuk memenangi perlumbaan.

Kata kura-kura "Dia memang tak layak untuk menang. Dia tak boleh menang perlumbaan ini dengan helah tidur." Jawab kura-kura jujur. Binatang lain bertepuk tangan dengan pengakuan jujur kura-kura itu. Arnab yang berlari laju terus merempuh tali garisan penamat dan diiystiharkan pemenang. Dia diberi hadiah hamper yang dibeli dari Giant Supermarket.

Seleas kemenangan itu banyak binatang-binatang menasihati arnab supaya memberi sahaja hamper kemenangannya itu pada kura-kura kerana semua merasakan dia yang paling layak. Pada mulanya arnab refuse. Tapi setelah dipujuk banyak kali oleh binatang-binatang lain dan juga manusia yang ada, akhirnya dia akur. Dengan ditemani, Ahmed, sahabat baiknya, arnab pergi kerumah kura-kura dengan membawa hadiah hamper tersebut untuk diserahkan kepada yang paling mulia dan layak. Berkali-kali arnab memetik loceng rumah kura-kura tapi tiada siapa yang membuka pintu.

"AKu rasa kura-kura pergi ke kelab malam lah. Dia tiada dirumah. Mungkin lain kali kita hantar hamper ini," cadang kawan arnab itu, seekor hamster.

Lalu mereka pun pulang dengan perasaan hampa. Sebenarnya tanpa mereka ketahui, kura-kura ada dirumah dan bukan ke kelab malam seperti yang mereka sangkakan. Dia cuma lambat membuka pintu kerana memang sifatnya yang berjalan perlahan.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arnab dan Kura-KuraWhere stories live. Discover now