Permulaan

216 11 4
                                    

Hari kian cerah . Jam dinding menunjukkan 2.30 petang . Aku yang baru terjaga dari lena kalut setelah menyedari hari ini merupakan hari persekolahan . Sangat tak klishe lah bagi seorang pelajar sbp datang lambat ke sekolah . Rizal , yang merupakan seorang pelajar tingkatan 4 sering diberi tanggapan tinggi terhadap cikgu-cikgunya memandangkan dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik . Namun begitu , Rizal kurang senang dengan keadaannya yang disanjungi ramai disebabkan oleh kepala-otaknya yang mampu berfikir secara KBAT . Sikap semulajadinya yang macam sampah langsung tidak dipercayai oleh setiap orang apabila hendak dibandingkan dengan kecemerlangannya dalam setiap keputusan peperiksaan yang diduduki . Senang cerita , semua perkara jahat yang boleh dilakukan di asrama telah dibuatnya . Buli , pukul hingga mati , rogol , curi dan termasuklah meludah ke dalam bekas maggi form 5 ketika mereka menyuruhnya untuk merebus maggi sewaktu dia masih menjadi junior . Hanya yang berbaki perkara-perkara yang syirik yang belum dilakukan . Mungkin itulah rahsianya mendapat keberkatan Tuhan . Kerana walaupun dia merupakan seorang yang bersifat durjana , namun dia tidak pernah meninggalkan perintah Allah . Apa yang membezakan dia dengan ahli-ahli tahfiz yang lain hanyalah perintah dan larangan Allah yang dilakukan oleh Rizal manakala larangan Allah yang ditinggalkan oleh ahli tahfiz . Mesti korang dah malas nak baca hal ni kan ? Sabar , cerita dia panjang lagi . Kalau ada yang belum sembahyang sila sembahyang dulu .

JAMWhere stories live. Discover now