TERIMA KASIH

76 3 3
                                    

Telefon Dhea berbunyi. Dhea mencapai telefonnya di bucu katil. Dhea memandang jam pada telefonnya yang menunjukkan tinggal 15 minit lagi sebelum azan subuh berkumandang.

"Alhamdulillah", seperti hari-hari biasa ,Dhea tidak lupa untuk bersyukur kepada Allah setelah bangun dari tidurnya kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Tanpa membuang masa,Dhea bingkas bangun dari tempat tidurnya untuk membuat persiapan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang mukmin.

Usai solat subuh,Dhea berdoa kepada Allah semoga kehidupannya sentiasa dilindungi dan diberkati-Nya. Dhea tidak lupa juga mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah nya serta tidak lupa untuk membaca alfatihah kepada junjungan Nabi Muhammad saw. Dhea bangun dari tempat solatnya untuk bersiap ke sekolah.

********

"Babe, yang a....."
"Nanti lah , ada cikgu", Dhea sengaja menukar cerita. Dhea tidak ingin memikirkan kejadian semalam. Air mata Dhea hampir jatuh bila ada orang ingin persoalkannya. Namun,Dhea membasahi lidah nya dengan berzikir kepada Allah untuk tenangkan hatinya.

Dhea , dulunya seorang gadis yang ceria. Kebelakangan ini, terdapat banyak masalah yang datang mengetuk kehidupannya membuatkan Dhea seolah-olah dahagakan nasihat. Tiada siapapun yang tahu tentang kesedihannya . Dhea cuba melupakan masalah yang dihadapinya kerana Dhea tidak mahu masalahnya membuatkan dirinya tidak dapat bergerak ke hadapan. Dhea tabahkan hati ,minta pertolongan dari Allah supaya Allah kuatkan hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 02, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SENYUMAN TERAKHIRWhere stories live. Discover now