1

2K 56 1
                                    

Aku termenung di hadapan tasik. Indah ciptaan yang ESA. Teringat kisah dulu. Jahilnya aku. Ketika itu masih tiada kesedaran dalam diri. Jika dulu aurat tidak ditutup sepenuhnya,bergaul dengan yang bukan mahram,ikhtilat ke laut. Sungguh! Waktu itu ilmu masih cetek. Jiwa entah ke mana.

Biarkanlah masa dahulu itu berlalu. Setiap orang pasti mempunyai masa lalu yang pahit. Namun, Allah maha berkuasa. Boleh mengubah semuanya sekelip mata. Kesedaran yang DIA datangkan menjadikan aku insan yang lebih banyak ilmu tentang agama. Aku bersyukur diberikan kesedaran.

Aku mencari ilmu. Ilmu untuk diri aku. Mungkin juga ilmu itu dapat aku sampaikan kepada orang lain. Ya! Ilmu harus dikongsi. Allah memberi peluang untuk aku mengubah nasib diri. Aku bertuah . Ingin aku gapai REDHA ILAHI. Sungguh, aku sedar,aku hanya lah menumpang di dunia mencari bekalan untuk dibawa kesana kelak menghadap pencipta. Terfikir juga akan ummat zaman kini.

......
IKHTILAT! AURAT! dua perkara ini yang susah dijaga zaman kini. Kenapa susah? Kerana ilmu di dada masih cetek . Tidak berusaha mencari! Sampai bila? sampai bila hendak bergelombang di dalam dosa?. Allahu.
Perempuan berhubung dengan lelaki tanpa sebab. Kerana wujudnya telefon bimbit,dunia tanpa sempadan. Sedangkan dengan gajet banyakk benda boleh dibuat. Banyak! Berkongsi ilmu dan sebagainya. Tapi, kita guna untuk ape? Sehingga ikhtilat tak terjaga. Allahuakhbar.

COUPLE! Ramai orang couple sekarang ni. Terlalu ramai. Sehingga terjatuh dalam penzinaan. Nauzubillahiminzalik. Untuk apa semua ini? Apa yang baik nya. Jodoh Allah dah tetapkan.

Kenapa kita tidak menggunakan apa yang ada di hadapan untuk kebaikan? Gajet. Boleh menyampaikan ilmu. Boleh baca Alquran. Tapi kini, gajet melaghakan! Sehingga AlQuran xbaca. Dibiarkan berhabuk begitu sahaja. Solat dilewatkan kerana benda yang takpenting ada dalam gajet tetapi dianggap penting ! Aurat tidak ditutup seakan2 tiada kain untuk menutupnya. Ada yang pakai tudung tetapi tidak menutup aurat.macam mana? Baju ketat sluar ketat singkat dan sebagainya!. Ikhtilat ke laut. Siang malam berhubung dengan orng bukan mahram sehingga tidak sedar ada yang melihat dan ada yang mencatat. Allahuakhbar.

Semua orang boleh berubah. Asalkan ada kesedaran dalam diri. Aku juga dulu pendosa. Tetapi, berusahalah untuk mencari REDHANYA dan menjadi ahli syurga. Jangan menjadi pendosa besar tanpa noktah. Ilmu boleh dicari asalkan ada usaha dan semangat. Ingat! Ada yang melihat dan mencatat. Pegang satu prinsip "aku pendosa juga ingin ke syurga" semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang beriman. In shaa Allah. Amin.

Aku Pendosa Juga Ingin Ke SyurgaWhere stories live. Discover now