PROLOG (SKMK)

8.7K 189 5
                                    

Aku kini berada di hospital.Ibubapaku masih di dalam bilik rawatan.Ketika itu,aku hanye menangis dan terus menangis.Di fikiranku hanya memikirkan bagaimana jikalau ibu dengan abah pergi meninggalkan aku buat selama2nya.Aku tidak mahu kehilangan mereka.Aku sepatutnye menghalang abah pergi tanpa membawaku.Selalunya abah akan membawa aku sekali,tetapi hari ini abah tidak membawaku.Semua ini salah aku.Aku tersedar dari lamunan apabila terdengar pintu dibuka.Aku bangun dan terus pergi ke doktor itu.
"Bagaimana dengan keadaan ibu dengan abah saya?"tanya aku.Aku ingin jawapan dari doktor yang mengatakan ibu dengan abah masih hidup.aku tidak putus-putus berdoa di dalam hatiku.
"Saya harap kamu bawa banyak bersabar.Ibubapa kamu tidak berjaya diselamatkan kerana mereka banyak kehilangan darah akibat kemalangan itu.
Sebaik sahaja mendengar perkataan 'tidak dapat diselamatkan'aku terus terduduk di lantai dan menangis.
"Insyirah yang bersalah.Sepatutnya insyirah menghalang abah pergi dengan ibu"Kata aku sambil memukul diriku dengan tanganku sendiri.mak su yang berada di sebelahku cuba menghalang aku dari terus melukakan diriku sendiri.
"Sabarlah Insyirah.Allah lebih sayangkan ibu dengan abah kamu.Kamu tidak boleh terus begini"mak su memelukku bagi menghalang aku memukul diriku.
"Ape guna hidup dalam dunia ni kalau Insyirah sudah kehilangan orang yang amat Insyirah sayang"aku terlaly penat dan pandangan mata aku sudah kabur.selepas itu,dunia ku menjadi gelap

Suamiku Musuhku(SKMK)Where stories live. Discover now