0

4.5K 386 26
                                    


"mark, donghyuck.. bangun cepat!!"

"yaa"

sepatah jer ayat yang dikeluarkan dari mulut mereka berdua.

--

mark menuruni tangga menuju kearah meja makan, kelihatan jisung, jeno, jaemin, chenle, renjun dah mula sarapan.

"lambat kau bangun harini?"

mark hanya tersenyum nipis, renjun menghulurkan sekeping roti bakar yang disapu jem strawberry kepada mark.

"mana donghyuck?"

"tengah susun buku, kejap lagi turun lah tu."

"aihh!! mane pergi buku sejarah aku?!"

donghyuck menjerit dari bilik, tu lah susun buku last minute.

selesai sarapan, mereka semua berjalan kaki menuju ke perhentian bas, ketujuh-tujuh mereka menunggu bas untuk ke sekolah. tiba-tiba seorang nenek dalam lingkungan 70-an menyapa chenle.

"kamu semua ni adik beradik ke?"

chenle terus menepuk bahu renjun dan mengatakan sesuatu dalam chinesse. renjun tersenyum kearah nenek itu dan menjawab

"tak, kami ni kawan jer, maaflah kawan saya sorang ni dari china, jadi die belum fasih berbahasa korea"

lembut suara renjun, nenek itu mengangguk.

"alahaii belajar rajin-rajin yerr, mesti ibu bapa kamu bangga dapat anak yang rajin."

"ya.."

--

"nanti lepak kat kelas aku tau time rehat!"

mark melambaikan tangannya kearah mereka semua sebelum berpisah.

jeno, jaemin, donghyuck class》

"korang, aku dapat rasakan ada sesuatu yang gempak akan berlaku kejap lagi"

jeno dan jaemin berpandangan dan membuat muka huh?

"apa maksud kau hyuck?"

donghyuck acah acah menutup matanya dan menggerakkan penselnya macam ahli sihir meramalkan sesuatu.

"aku.. aku dapat rasakan, semua cikgu harini ada mesyuarat so kelas tak de hari ni"

"yer yerr jer--"

TING !
"semua aktiviti didalam kelas ditangguhkan kerana para guru akan mengadakan khusus di bilik mesyuarat.
sekian"

boleh dikatakan satu sekolah bersorak gembira, ada yang bersiap sedia untuk ponteng keluar sekolah, ada yang mula memekak dan keluar kelas menuju ke sesuatu tempat.

"kan aku dah cakap"

donghyuck menggerakkan keningnya, jeno hanya membuat muka tak puas hati.

"eh, jom ah lepak kelas mark"

ajak jaemin.

jeno, jaemin dan donghyuck menuju kearah kelas mark yang tidak jauh dari kelas mereka. kelihatan jisung, chenle dan renjun juga ada dengan mark.

"yoww! mark lee, park jisung, zhong chenle, huang renjun"

jeno melambai kearah mereka ber-empat. sedang mereka berbual dan bergurau, jaemin perhati mulut chenle yang sedang mengunyah.

"chenle, kau makan apa"

"oh ni? chewing gum"

chenle menunjukan belon chewing gum itu.

"eiii nak nak nakk"

"mintak renjun, die yang bagi aku tadi"

renjun memberikan chewing gum tu kepada mereka semua.

"ahh sedapnya"

"dah lama betul aku tak makan chewing gum ni sejak taeil hyung--"

jeno menutup mulut donghyuck.

"shh, nanti jaemin dengar.."

donghyuck mengangguk paham.

"renjun tak makan chewing gum"

"tak, nanti-nanti jer aku makan"

mereka semua sambung berbual, ada sesuatu yang menarik minat chenle yang berada di tepi tingkap, iaitu susuk tubuh yang chenle amat kenali.

"chenle? kau okay tak?"

"hah? erm aku okay"

chenle tersenyum. dia kembali melihat keluar tingkap. susuk tubuh yang chenle perhati kan tadi hilang.

"ayah.."

bosan, ikr
- dumberss

Memories || NCT DREAM ✓Where stories live. Discover now