“Dia orang semua memang tak guna! I akan pastikan mereka semua menerima balasannya!" Kata Permaisueri Bibir keseorangan.
“Permaisueri, lebih 159 meriam Pink Fantasy sedia untuk berkhidmat!" Kata dayang kepada Permaisueri Arwanana.
“Kalau begitu, I nak melancarkan serangan ke atas Bone Nation apabila meriam Pink Fantasy yang ke-160 siap! Bersedialah engkau tulang reput! Inilah akibatnya apabila menghina I!" Kata-kata Permaisueri Bibir penuh dengan kegeraman.
“Baiklah permaisueri." Balas dayang.“Aku nak engkau pergi ke Pulau Gordon Eye Doil. Di situ terdapat sebuah rumah agam yang banyak muslihat serta tanda tanya. Berhati-hatilah apabila tiba di sana, banyak mata-mata yang sedang melihatmu." General Kamirul tersenyum sinis.
“Baiklah General, tapi apa yang patut saya buat apabila tiba di sana?" Tanya lelaki misteri itu.
“Di sana...." Percakapannya terhenti.
“Di sanalah terdapatnya penceritaan tentang mereka berlima! Engkau mesti dapatkan buku tu! ENGKAU MESTI DAPATKAN BUKU ORLIUM VE DAVAVU ITU! Mereka semua akan hancur di tanganku apabila buku itu jatuh ke tanganku. MUAHAHAHAHAHA." General Kamirul tersenyum sinis.
“Baiklah General! Serahkan sahaja kerja ini kepada saya, tapi..."
“Tapi apa?!" Dengan pantas General Kamirul membalas.
“Bayarannya mestilah lumayan." Lelaki itu tersenyum sinis.
“Ok, engkau boleh pergi." Perintah General Kamirul kepada lelaki itu.
Lelaki itu pergi tanpa meninggalkan sebarang kata-kata.
“TAPI INGAT! RAHSIA INI HANYA ENGKAU DAN AKU SAHAJA YANG TAHU. JIKA AKU MENDAPATI RAHSIA INI MENJADI BUALAN ORANG RAMAI....."
“YA, YA, aku tahu." Lelaki misteri itu memintas percakapan General dan terus menghilang daripada pandangannya.Di Pulau Gordon Eye Doil.
Terdapat lebih daripada 50 ribu pengawal keselamatan daripada lima negara dihantar untuk menjaga pulau itu. Setiap laluan dipenuhi pengawal keselamatan. Setiap sudut diperhatikan. Bukan itu sahaja, terdapat 32 menara pemantau bagi memantau kawasan persekitaran di pulau itu. Kedudukan jerangkap-jerangkap di situ hanya pengawal keselamatan sahaja yang tahu. Tiada siapa yang mampu mendekati jarak 2500 meter daripada pulau itu. Teknologi penembak berkelajuan tinggi yang diletakkan di menara pemantau akan menembak sesiapa sahaja yang mendekati Pulau Gordon Eye Doil. Dengan hanya 1.5 saat, kesemuanya akan musnah. Hanya ada satu kapal sahaja yang dibenarkan mendekati pelabuhan Matha Mera, kapal yang membawa bekalan makanan kepada 50 ribu pengawal. Namun kapal itu juga dilengkapi pelbagai sistem antipencerobohan terkini. Di Pulau Gordon Eye Doil terdapat sebuah rumah agam yang mempunyai nilai-nilai sejarah Phantasion berkurun lamanya. Rumah ini amat diperlukan oleh mereka-mereka yang durjana. Oleh itu, rumah agam ini dijaga sebaik mungkin.
Dua minggu selepas itu.
“98%...."
“99%............."
“100%!"
“Setelah sekian lama I menanti, akhirnya meriam Pink Fantasy sudah siap!!!" Kata Permaisueri Bibir dengan penuh keterujaan.
“Kini kehancuran kau adalah pasti! WAHAHAHAHAHA."
“Arahkan General Darina untuk menyiapkan 10 ribu babe-babe I!" Katanya kepada dayang.
“Baik permaisueri."
“Aku akan menyerang dari pelbagai arah! YA! Semestinya kekalutan yang nyata akan berlaku. HAHAHAHAHAHAHA." Hati kecil Permaisueri Arwanana berkata.Di bandar Kardio, Bone Nation.
Semua orang kelihatan bergembira menikmati kehidupan mereka. Ada yang sedang membeli-belah, ada yang sedang memandu, ada yang sedang menjamu selera dan ada juga yang sedang berselfie bersama rakan-rakan. Bandar Kardio adalah ibu negara Bone Nation. Bandar ini pesat membangun sekitar tahun 2013 dan dinaungkan sebagai bandar moden pada tahun 2037. Hasil usaha Sultane Tulang Alfian Zakhan, akhirnya rakyat beliau mampu merasai kehidupan yang serba moden, canggih dan mudah.
*DUNG *GEBUNG
Kedengaran satu bunyi tembakan dilepaskan. Bunyi yang sangat kuat yang mampu membuat semua orang terhenti kerana tersentak mendengar bunyi tersebut. Kesemua orang tercengang-cengang apabila tiada apa-apa pun kemusnahan berlaku selepas terdengar bunyi tembakan sebentar tadi. Mereka kembali melakukan aktiviti mereka.
*VVUUUUUMMMMMMM.
Satu sinar yang berwarna pink melenyapkan segalanya. Kesemua orang hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah serpihan tulang yang ditiup angin. Bangunan-bangunan yang tadinya megah berdiri, kian cair akibat kepanasan yang melampau daripada sinaran itu. Jalan raya di situ juga boleh dikatakan seperti coklat cair. Bahangnya apatah lagi, masih boleh dirasai sehingga ke saat ini!
“Dengan diameter 10km, meriam Pink Fantasy mampu melenyapkan segala benda yang boleh dibakarnya....."
“.....Atau yang boleh dicairkannya! HAHAHAHAHAHA. Penembak boleh berada kira-kira 100 meter jauhnya daripada tempat sasaran. Pelurunya tidak dapat dikesan melalui menara kawalan atau apa-apa alatan moden terkini. HAHAHAHAHAHA. Ia bagaikan MAGIK!" Kata Permaisueri Arwanana puas.Sebelum kejadian. Lokasi, di menara kawalan milik Bone Nation.
“Kesemua ahli sihir kelas veteran diminta untuk mengganggu siaran kawalan mereka!" Kata General Darina kepada ratusan ahli sihir yang berpakaian jubah pink neon dan bertopikan black sun hat. Maka, kesemua ahli sihir pergi menjalankan tugas mereka.
“Pasangkan sistem kecemasan!!! Ada penceroboh di kawasan selatan, utara dan barat!!!!" Kata seorang pengawal menara keselamatan.
*Bunyi siren.
“Cis, bedebah! Mereka dah tahu kehadiran kita! Berpecah dan hapuskan siren-siren itu!" Kata ketua ahli sihir, Shavoon. “Sebaiknya kita matikan gerakan dia orang." Kata salah seorang ahli sihir Lip Civilization dengan sinis.
“Baiklah! Gunakan mantera yang ke-210! Mantera Pelemah Tulang." Kata Shavoon.
Kesemua ahli sihir mula mengambil tempat dan membaca mantera mereka.
“Vrekhen Hanf Huik Hoik Marvood Marvadoosh Esperial!"
Berpuluh-puluh coretan cahaya terus menerus pergi ke setiap menara kawalan seterusnya mematikan setiap pergerakan pengawal keselamatan.“Silento approvedo!" Shavoon membaca satu lagi mantera untuk mematikan kesemua siren.
“Tugas kita telah selesai, mari ke titik perkumpulan semula." Kata Shavoon kepada semua ahli sihir.“Wahai, Sultane Tulang. Ada berita daripada menara kawalan!........."
YOU ARE READING
Peperangan Keupayaan
FantasyCERITA INI AKAN DIMODIFIKASI. TERIMA KASIH KERANA MASIH MENGIKUTI CERITA INI DAN TERUSKAN PEMBACAAN ANDA. SEKIAN TERIMA KASIH~