Part 1

2K 49 0
                                    

"Acctually tidak payah la ba mau explain banyak banyak lagi. Kalau setakat cakap benda yan sama memang tidak akan ada apa apa changing juga tu.. bagus lagi saya diam dari layan perangai kau.. sial punya lelaki.!!" Itu lah kata kata makian yang saya dengar. Malam tu saya ada gaduh sama Tunang saya sebab saya punya salah juga. Saya jalan sama kawan kawan lepas tu tidak saya ingat mau hantar dia balik kampung sebab ada saudara mara dia passed away dia bilang. Saya tertidur pula di rumah sewa kawan saya tu malam sebab sambil tengok bola kami minum.

Panas juga lah telinga lepas kana cakap begitu banyak lagi bah tuduhan dia sama saya tapi saya malas la cakap. Saya sabar saja sebab memang salah saya juga kan. Sampai dia bilang dia balik sendiri saja.

"Ada tunang pun macam tiada. Bagus betul betul tiada lebih bagus." Dia bilang lagi. Habis berkeras hati mau tahan hati mau membalas tapi sabar ja.

Saya memang sayang ni perempuan. Gf saya dari sekolah menengah lagi kan. Lama sudah kami berkenalan dan berkawan. Family pun bersebelahan kampung saja. Hanya masa kami kerja sudah dia jauh sikit dan saya sini di kk. Dia kerja Sana Di KKIA. Saya panggil dia Si Hosiani ja la. Bukan nama betul.

Memang saya sayang dia sebab tu lepas saya ada kerja ada duit sikit terus saya hantar family saya pigi hantar tunang sama dia. Dia memang perempuan yang saya suka lah. Saya kerja Bahagian Offshore. So memang jarang saya ada di darat. Kalau saya ada di darat memang saya mau habis masa sama dia saja. Kami dua
Ada menyewa rumah di sana Beverly Hills. Tapi kalau saya tiada, dia satuorang saja tu. Dalam sebulan ada seminggu dua minggu saja saya dapat balik and jumpa dia.

Masa kami bergaduh tu, saya tengah cuti bah. Tapi saya lama suda tidak jumpa and pi minum sama kawan kawan jadi hari tu saya rasa terpanggil
Pula mau pigi. Sebab dorang bawa kan. Ni keJadian berlaku masa Musim bola piala Dunia lagi. Jadi saya pi tengok bola ba tu sama kawan kawan saya untuk semifinal punya. Sampai minum punya minum terlupa saya Tunang saya sms jangan lupa hantar dia besok Balik.

"Bah. Okay Dear." Begitu saja saya jawab dia. Sekali pagi tu saya bangun. Pening sikit pagi. Saya tengok jam mau jam 12 tenga hari suda saya tengok hp sikit lagi mau habis batery. Banyak miss call dari Si Hosiani. Mesej jangan cakap
Lah.memamg dia memaki hamun sudah. Dia paling tidak suka kalau saya kasi utama orang lain selain dia tu. Memang lah. Saya pun.

Saya balik rumah saya caj Hp saya di kereta ja. Sampai di rumah sewa tu, saya buka pintu memang dia tiada sudah. Sudah dia jalan kali balik kampung. Saya pun dalam keadaan masih sober, pigi mandi and saya pi sambung tidur. Sebelum tidur, saya call Si Hosiani.
"Hello." Dia bilang. Ada keras sikit lagi suara dia. Mungkin dia masih marah la tu sama saya.
"Kau sampai suda di kampung?" Saya bilang.
Ya.kenapa?kau di mana?minum lagi kah?"dia bilang.
"Tidak lah Dear. Saya di rumah sudah ni. Bila kau balik.."saya bilang. Saya rindu pula sama dia. Selalu dia di sebelah saya tidur kan.
"Baguslah. Tidak tau ni. Tengok lah bila. Mungkin lepas kana kubur saya balik lah."
"Ko tida kerja meh?"
"Sudah sama ambi emergency.. lusa saya balik." Dia bilang.
"Bah. Okay Dear. Sorry ahh. Saya betul betul tidak sengaja bah."
"Ba yala. Tidurla. Jangan lupa tutup pintu bagus bagus nanti ada pencuri." Dia bilang.
"Okay Dear." Saya bilang.
"Nanti malam jangan lupa makan."
"Okay. Nanti saya masak lah apa yang patut.. atau turun ja pi makan di kedai."
"Bah. Nanti singgah lagi tempat lain."
"Tidak lah. Mana ada." Saya bilang. Bercakap lah kami dalam masa 3 jam begitu. Memang kalau saya call dia lama lama selalu. Sampai lah saya tertidur. Macam siok saya tidur saya rasa bah. Sebab kalu kerja suda mana dapat tidur begitu tanpa gangguan.

Malam tu saya masak telur ja. Makan sama nasi. Ada sardin saya buka saya makan ja lah. Sudah habis makan saya cuci piring saya buka tv saya limpang di sofa. Saya cari lah apa apa movie yang boleh kana tengok. Satu orang di dalam tu rumah saya tau juga begini lah keadaan  si hosiani tu kalau saya tiada sama sama dia. Saya senyum ja tengok tv. Sambil minum coffee tree in one. Hisap rokok sikit .kalau ada si hosiani memang saya di tandas atau di luar ni hisap rokok. Dia tiada kan jadi isap di dalam rumah saja la sambil feel lagi tengok wayang di HBO astro. Movie action action lupa saya apa tajuk tu.

Sampai saya tertidur tu di sofa. Tu tv masih berpasang sampai pagi . Saya bangun bila saya terdengar bunyi telefon saya berbunyi. Saya buka mata terus saya ambi handphone saya.
"Hello.." saya bilang.
"Dear.. belum bangun kah?"si hosiani pula. Saya cepat cepat bangun saya exercised sikit. Urut urur bahu saya. Macam saya salah tidur la ni. Sakit leher saya.
"Baru bangun.."saya bilang.
"Petang saya balik Dear.."
"Bah.. di mana saya mau ambi kau?"
"Tidak payah la.. saya ikut kawan saya ja ni balik.. "
"Siapa kawan ko lagi ni.."
"Si agatha ba. Dia pun pi kk ni petang. Nanti saya minta singgah dia ah."
"Ba okay lah kalau macam tu. Hati hati kau balik. Saya tunggu di rumah ja ni."
"Bah okay. Dear. Tunggu ah. Nanti kita pigi sana **beli barang makanan saya mau masak untuk Dear.. nanti dear kerja tidak dapat sudah saya masak tu."
"Ba. Mana mana saja lah. Saya tunggu ja."saya bilang. Dia ketawa ni. Happy betul dengar dia ketawa.
"Love you Dear." Dia bilang.
"I love you too Dear. Cepat lah balik. Saya rindu suda kau. Malas suda saya mau begaduh ja sama kau ni." Saya bilang.
"Duii. Biasa lah tu bagaduh dear. Kau tau juga mulut saya jahat kan kalau bergaduh ja."
"Ia. Saya biasa suda." Saya bilang. Baru kami ketawa sama sama.
Bercakap lagi lama lama sampai tengah hari tiDak rasa lapar bah. Sekali berhenti sudah bercakap baru saya rasa laparr betul. Saya pigi caj Hp saya and saya pigi dapur cari makanan. Saya masak maggie saya makan ja. Saya duduk di tempat makan sambil minum coffee lagi. Saya tengok tengok tu buku buku majalah Si hosiani di atas meja. Lepas makan saya memang suka tidur. Saya pigi masuk bilik saya tidur lagi balik. Biar lah. Tidur sampai si Hosiani balik. Saya bilang dalam hati. Rindu saya sama dia tidak sabar saya mau jumpa dia.

Sekali tu malam dia saya terbangun. Saya pasang lampu. Hujan bah di luar. Saya tutup semua tingkap langsir rumah. Saya kemas tu dapur. Tu ruang tamu nanti si hosiani marah kalau semak. Tapi saya heran juga belum lagi dia sampai. Tidak juga jauh tu Papar sama Kk tu .saya call dia. Berbunyi juga tapi tidak kena sambut. Arrhghh. Saya pasang Tv ja la. Tunggu dia. Mungkin dia tidur di kereta kali. Tidak lama tu dalam jam 11:30 malam. Saya dengar bunyi pintu kena ketuk . Terus saya senyum. Cepat saya pigi buka pintu. Saya buka pintu ja,
"Wahhhhh.." dia bilang si hosiani. Senyum lebar dia buat muka kasi besar mata dia. Saya senyum ja peluk dia. Sejukk ba badan dia. Kena hujan kah dia ni saya bilang. Tapi tidak juga basah rambut dia. Saya tutup pintu. Saya bawa dia duduk di sofa.
"Mana bag kau?" Saya bilang. Tiada pula bag dia. Dia datang lugai lugai(Bawa diri) ja. Dia menyandar di bahu saya.
"Terlupa saya. Nanti lah si agatha hantar sini." Dia bilang. Malas saya mau tanya banyak. Yang penting dia selamat sampai dan saya dapat jumpa dia and kami tidak bergaduh. Saya peluk ja dia walaupun saya kasi selimut dia pun masih sejuk badan dia. Tapi saya kan warm body. Jadi saya kasi warm la dia. Tapi dia tidak juga cakap dia kesejukan. Tapi pucat juga muka dia. Saya ambi selimut saya bungkus dia. Dia diam diam ja tidak melawan.

Lupa mau bagitahu. Walaupun kami dua ini bertunang and tinggal sama sama kadang kadang, kami belum lagi berani buat hal yang masih terlarang la orang bilang. Masih tunang saja kan mana boleh lagi. Hanya tidur sama sama saja. Peluk peluk macam tu. Kiss kiss saja. Saya sabar bah sebab saya sayang dia and saya tau juga saya sama dia akan kawin juga kan .tidak lama lagi ba dalam hati saya selalu cakap macam tu kalau kadang kadang saya rasa tidak sabar suda.
Mesti sabar. Baru lah semua pun berjalan dengan baik dan lancar kan. Malam sudah mau subuh sudah, baru saya angkat si hosiani pigi bilik. Saya kasi tidur dia saya pun tidur di sebelah dia . Mata dia tengok ja saya. Macam ada ba dia mau kasi tau sya ni. Tapi saya peluk saja dia.
"Tidur la.." saya bilang. Kasi selimut dia.
"Emmm." Dia bilang ja.

14 Days With Her ( Based on true story)Where stories live. Discover now