Fixi : Rahsia

2.2K 20 3
                                    

Penulis: Faizal Sulaiman
Rating: 4.765 / 5
Recommend : 🔥🔥🔥🔥🔥

'Rahsia' ni penceritaan dia aku sure sangat dekat dengan life kebanyakan orang. Walaupun semuanya semakin ke hadapan tapi kisah semalam takkan biarkan kau maju macam orang lain. Walaupun luaran semua orang nampak biasa,takda masalah; tapi setiap orang punya rahsia.

Buku ni sikit seram and ada pengajaran dan tauladan yang boleh korang ambil jadikan pedoman.

Mengisahkan seorang cucu yang terikat dengan kisah silam atuk dia. Jalan cerita dia kemas and jelas. Sikap tidak lupa asal usul menjadi kekuatan watak utama seperti mengutamakan keluarga daripada kesibukan hidup sendiri.

Banyak persoalan yang timbul sepanjang aku bedah buku ni dan tu buat aku terus baca untuk tahu apa yang jadi seterusnya. Aku juga ada belajar benda baru iaitu bahasa jawa, yang turut dipersembahkan oleh penulis. Thumbs up, aku punya knowledge abt smthg in this world bertambah.

Kisah cinta yang agak complicated antara watak utama dan awek dia memang menambah perasa. Korang mesti akan terbakar dengan onar awek si watak utama yang cemburu dia sangat tak bertempat. Sumpah geram. Hahaha.

Aku suka gaya bahasa yang penulis gunakan,sangat santai and dekat dengan life most of us. Dari family sampailah kawan kawan. Seolah olah korang tengah tengok movie waktu korang baca sebab semuanya dekat dan biasa dengan hidup kita. Cerita dia pun mudah faham. Thumbs up duh.

To be summarise 'Rahsia' is damn good. Aku recommend gila dekat korang buku ni. Tak rugi beli and untuk jadikan collection atas rak korang nanti adalah sangat perlu okay! So go and grab one, Rahsia!

Bibia Be Ye Ye.

My ReviewWhere stories live. Discover now