cerita aku

11 0 0
                                    

                Hellen Jassica adalah nama aku daripada lahir. Nama islam pula Airis Safiyya. Parents aku masuk islam time aku berumur 1 tahun. Ibu aku cina dan ayah aku belanda. So, adalah darah campuran but aku takdelah kekok nak cakap bahasa melayu ke makan makanan melayu ke apa sebab dari kecil kan. Aku hidup lengkap dengan keperluan dan kehendak semuanya dipenuhi. Namun kebahagian dalam keluarga yang selalu aku idamkan tak pernah tercapai.

                Aku hidup dengan rasa benci yang mendalam terhadap lelaki semuanya bermula dari ayah aku, Dato Harry Wisson. Minum arak, berjudi, kaki perempuan dah menjadi rutin dalam hidup dia. Yes, memang dia dah masuk islam tapi tu pun kena paksa dengan ibu, Datin Elin. Aku tau semua ni sebab aku pasang spy. Semua aku dah cerita kat mama tapi dia tak pernah percaya. Bukan itu sahaja, semua sikap Dato Harry' terhadap aku, aku tak suka. Dia suka paksa aku dalam semua perkara dan percakapan dia tak pernah menggembirakan aku.

               The second reason kenapa aku benci sangat dekat lelaki sebab aku dah break up 5 kali. Yang pertama, kedua, ketiga tu penyangak, gatal, tak cukup sorang, pasang je kerja. Yang keempat dan kelima tu bekas tunang aku. Tapi yang ke-5 tu lagi bagi impak besar kat aku sebab time tu kami dah nak akad nikah.

[ FLASHBACK]

Tok imam : Aku nikahkan dikau dengan Airis Safiyya binti Muhammad Harry Wisson dengan mas kahwin sebanyak RM 100 ringgit tunai.

Zafran : Aku ter..... Aku terma....Aaaaaakuuuuuu

Tok imam : Kamu ok ke tak? Saya ulang balik ye. AKU NIKAHKAN DIKAU DENGAN AIRIS SAFIYYA BINTI MUHAMMAD HARRY WISSON DENGAN MAS KAHWIN SEBANYAK 100 RINGGIT TUNAI.

Zafran : AKU TERIMA..............

" TUNGGU !!!"

Scandal Zafran : Zafran tak boleh teruskan perkahwinan ni. Awak tolong hentikan semua niiii. Kesian kat anak kita.

Zafran : EH KAU SAPE  HAH PEREMPUAN. MASUK SINI TETIBA CAKAP AKU BAPAK ANAK YANG KAU BUNTING TU. PEREMPUAN GILA ! JANGAN ROSAKKAN MAJLIS KAMI !

              Air mata aku dah mengalir mencurah-curah dah time tu. Aku lari keluar dari masjid. Aku taktahu nak percaya ke tak tapi apa motif perempuan tu nak tipu lagi-lagi aku pernah nampak Zafran pergi kelab malam sebelum majlis akad tu.

              Hampir 3 bulan aku diamkan diri macam mayat hidup dah rupa aku. Namun banyak kata-kata semangat yang orang kat sekeliling aku bagi, ibu, adik-adik dan nenek. So sekarang aku betul-betul dah move on lagipun kejadian tu pun dah 2 tahun berlalu tapi perasaan benci kat lelaki tu still membara. Kepercayaan aku kat mereka memang dah takde langsung dan aku dah tawar hati nak ada apa-apa hubungan dengan LELAKI.

Terima kasih 143Where stories live. Discover now