Part 1

1.5K 39 6
                                    

Di sebuah bilik yang telah dihias sebagai bilik pengantin. Seorang lelaki yang segak berpakaian baju Melayu putih sedang merenung diri ke dalam cermin.  Aydan Mikail menilik dirinya buat kali terakhir sebelum dia berangkat ke masjid untuk menikahi gadis pujaannya.

"Aydan!!!" Tengku Aydan Mikail tersentak apabila terdengar suara riuh mamanya memanggilnya. Cepat² Aydan menyahut "yes,mama"..."Cepatlah sikit, kita dah nak pergi dah nie"...Terdengar suara Datin Fatimah riuh memanggil anak terunanya...

"Ye mama,Aydan turun la nie"... Aydan tergesa-gesa turun dan keluar dari rumahnya dan berjalan pergi ke keretanya. Aydan lantas menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanan untuk ke masjid.

Aydan memandu keretanya sendiri untuk memudahkan dia untuk tiba lebih awal ke masjid sebelum ibubapanya.Sedang Aydan leka memandu dia terdengar bunyi telefonnya berdering.Aydan lantas meraba2 seat kereta disebelah..

Sedang dia sibuk mencari telefonnya,dia tidak tersedar sebuah lori treler sedang membelok di sebuah persimpangan lalu dia merempuh bahagian belakang lori tersebut...

"Ssssssssttttrreecccchh, gedegang!!! Bunyi yang kuat itu menarik perhatian orang ramai...
"Ehhh abang, ada accident la". Kata Datin Fatimah kepada Datuk Tengku Hamdam. "Tapikan bang, kenapa kereta tu macam kereta Aydan?? "Datin Fatimah menyoal kepada Datuk Hamdan..

"Haahla Mah" jawab Datuk Hamdan. Apabila kereta yang dipandu pemandu Datuk Hamdan tiba hampir dekat kawasan kemalangan tersebut,mereka mendapati bahawa kereta yang berada di bawah lori itu merupakan kereta anak mereka... "Ya Allah,anak kita bang!! "Datin fatimah mula menjerit dan menangis.

Kedengaran bunyi siren ambulans dan siren bomba bersilih ganti. Selapas anggota² bomba berjaya mengeluarkan Aydan, dia terus dibawa ke hospital berdekatan.

Datin Fatimah melihat anak kesayangannya berlumuran darah terus jatuh terduduk di samping Datuk Hamdan .

Melihat keadaan isterinya yang tidak bermaya itu, Datuk Hamdan terus menenangkan perasaan isterinya.

"Sudahlah Mah, jangan terlampau ikut sangat perasaan tu sangat. Dah jom kita pergi ke hospital. "Ucap Datuk Hamdan sambil memapah isterinya ke kereta mereka

~Di hospital ~

Datuk Hamdan dan juga isterinya tiba di hospital. Selepas menanyakan tentang keberadaan anak mereka yang sedang dibedah, mereka terus menunggu di kerusi yang telah disediakan.

~Setelah 3 jam menunggu~

"Ehem,maafkan saya". Kata seorang doktor yang berada dalam lingkungan 40- an.

Datuk Hamdan dan isterinya bingkas bangun daripada tempat duduk mereka apabila mendengar teguran dari doktor tersebut.

"Ini, penjaga Encik Aydan Mikail ke? " Soal doktor tersebut kepada Datuk Hamdan.

"Ya saya bapanya, kenapa doktor? "Soal Datuk Hamdan pula kepada doktor itu.

"Ohh. Begini saya ingin memberitahu bahawa anak tuan dan puan telah selamat dibedah." Kata doktor itu lagi.

"Bagaimana dengan keadaan anak kami doktor?" Sahut Datin Fatimah pula.

"Keadaan anak tuan dan puan telah stabil tetapi saya mempunyai satu berita yang mungkin akan mengecewakan tuan dan puan."Sambung doktor itu.

"Kenapa dengan anak kami doktor? "Tanya Datin Fatimah dengan rasa gemuruh.

"Anak tuan dan puan akan mengalami lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah"Kata doktor itu lagi.

Berita itu amat mengejutkan pasangan suami-isteri itu. Air mata Datin Fatimah yang telah kering mengalir kembali apabila mendengar keadaan anak tunggalnya.

"Ya Allah bang, kenapa boleh jadi macam nie? "Tanya Datin Fatimah  sambil tersedu-sedu.

"Sabarlah Mah, ini mungkin dugaan untuk kita". Jawab Datuk Hamdan  tenang walaupun dalam hati tuanya amat sedih apabila mengenangkan keadaan anaknya itu.

"Dimanakah anak kami, doktor?" Soal Datuk Hamdan. Dia tidak sabar untuk melihat keadaan anaknya dengan mata kepalanya sendiri.

"Anak tuan dan puan berada di wad 3A."Jawab doktor itu

"Terima kasih doktor"Ucap pasangan suami isteri itu.

"Kalau begitu, saya mintak izin untuk pergi menyambung kerja saya.  Assalamualikum" Kata doktor itu untuk meminta diri.

"Walaikumsalam "Jawab Datuk Hamdan dan Datin Fatimah  serentak .

Mereka pon berlalu untuk ke wad anak mereka.

Sorry kalau tak best... 😊
First time nak mengarang citer..

Love You Till JannahWhere stories live. Discover now