CHAPTER ONE.

30 0 0
                                    


BELLA.

' I just want you . That its. All your flaws , mistake , smiles , giggles , jokes , sarcasm . Everything .. i just want you no matter what you are. Even you are gonna be a monster, hulk and anything like that, i will always want you.'

SENT! Ahaha. Pantas saja Bella menutup mulut nya. Lupa pula di mana kedudukan nya itu. Perpustakaan university nya. Beberapa orang sudah mula memandang nya. Maaf! Bella merapatkan tangan tanda memohon maaf. Bella mula merengus apabila belum ada balasan dari SI DIA. Bersusah payah dia mencuri wifi library untuk buka google semata mata nak cari quotes yang sesuai . Nak buat apa? Apa lagi kalau bukan nak hantar kepada idola no satu dalam hidup. Puii. Bella mengeluh. Dia mula mengemas buku buku nya. Belum pun sempat dia bangun, telinga nya ditarik.

"Adoiii!! Mama! Mama! Sakit la'' Nyaring sekali Bella menjerit di dalam library. Mana tak menjerit kalau telinga tetiba ditarik bercampur terkejut. Bella ditarik keluar dari library. Keluar saja dari library, Bella merentap tangan yang masih menarik telinganya . Mata si dia tajam merenung wajah Bella. Bella yang mula menyedari gerangan yang menarik telinganya, terus teruja.

"Eah! Abang Eid ! Ingatkan sape la tadi. Asal la abang tarik telinga Bell ni. Sakit taw! Kang putus pulak. Sape susah? Abang jugak kan? '' Eid atau nama penuhnya Syed Akid Alfian mengeluh lemah sebelum membuka mulut. Kalau dibiarkan bell bercakap, mahunya runtuh pertahanan dia. Mulut bella bukan boleh dikira. Yela, walaupun hanya ada satu mulut, tapi suaranya. Ya ampun. Simpang malaikat 44.

"Asal lak aku yang susah. Kau yang tercabut telinga bukan aku.'' Bella mencebik bibir. Kaku la Eid ni! Aku pangg kan. Terjelepok karang. Sia-sia je malu.

" Mestilah abang Eid yang susah. Yela, Bell kan bakal isteri abang. Kan kan?"

" Ya Allah. Tolong jangan masuk lif tekan sendiri boleh tak? Yang kau buang tebiat panggil aku abang kenape? Kau takde abang ke? Ni aku nak cakap tujuan utama aku menghadap tuan puteri dari zimbaweii ni ialah ..." belum pun Eid menghabiskan ayatnya itu, Bella terus menjampuk. Jangan bagi Eid cakap panjang-panjang. Nanti sakit hati. Baik potong cepat-cepat.

"Oh abang nak masuk meminang Bell ea? Bila bila?? Esok ? Lusa ? Tulat ? Tuli? Anak rusa telinga tuli ea? " Astagfirullah. Eid mengucap. Geram betul dia dengan budak tak cukup matang ni. Aku tak habis cakap lagi dia dah pintas, ni mesti jenis yang selalu guna jalan altenatif. (apa kaitan ngan jalan altenatif pulak ni author oitt)

"Bukan la minah ! Asal tadi kau mesej aku dengan ayat jiwang kau tu? Menyampah kau reti? Nak study pun tak senang dengan gangguan alam kau tu. " seraya itu Eid mengeluarkan handset nya dan menunjukkan kan mesej yang telah Bella hantar kepada nya tadi.

"Alaa, abang ni. Tu pun nak marah. Bell nak sweet-sweet pun tak boleh. Kedekut kasih sayang la abang ni. Kut ya pun sedekahkan sedikit kasih sayang abang tu kat bell ni. Nak beli,abang tak jual." Kali ini Eid menjentik dahi Bella kuat. Bila difikir balik, menyesal dia menjadi pengerusi kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti. Yela , bila dia sudah menjadi pengerusi, sudah semestinya nombor telifon nya bukan la hak peribadi nya. Contoh terdekat yang menunjukkan nombor telifon nya bukan hak peribadi ialah si bell ni. Sejak ada nombor Eid, hari hari dia text Eid.

"Eah penat taw nak layan kau. Sana! Semak je. Dan satu lagi, jangan text aku lagi. Habis semua budak course ingat aku kekasih 'gelap' kau. Padahal antara kau dan kau , aku yang paling putih. " Usai menghabiskan ayatnya yang berakhir dengan kutukan itu, Eid berlalu . Bella menayangkan muka tak puas hati. 'apa la eid ni. Dah la tak senyum, kutuk aku pulak. Tahulah dia lagi putih kot. Macam mayat terlepas time nak kafan tu. Heisyh.' Bella menghentak kaki dan berlalu ke kereta nya. Nasib nya baik kerana dia tidak perlu mandi percuma. Langit kelihatan mendung menandakan hari ingin hujan. Ceihh,.

****

PETANG itu, bella bersiap siap untuk keluar. 'cantiknya kau bell. Macam princess dah. Mesti abang eid falling in love banyak banyak' okey. Perasan je lebih. Bella menyarungkan sneakers ke kakinya. Eah mestilah ke kaki. Ada ke orang pakai sneakers kat tangan? Kelibat Mak Mah yang sedang menyapu dihalaman rumah sebelah menyapa pandangan bell.

"Hai aunty mah saya !" tangan bella sudah melambai kearah Mak Mah. Mak Mah mengangkat kepalanya. Senyuman diukir kepada bell. 'Budak ni. Di 'hai' kan aku pula.'gumam hati Mak mah.

"Apa hai-hai? Ingat Mak Mah ni kafir ke?" halamak Mak Mah ni. Deep tu. Bell tersengih. Kepala yang dilitupi cap, digaru. 'haa, kang dah kena sebijik'rungut bella.

"Alaa Mak Mah. Bell lupa la. Okey assalamualaikum mak mah. Bell keluar dulu." Bella melangkah kearah keretanya. Belum sempat dia melangkah masuk keperut kereta, dia menjerit.

"AHHH" tudia mak aih.

"Hah kenapa pula tu? Menjerit macam histeria" gegas Mak Mah menghampiri pagar yang memisahkan halaman rumah mereka.

"Alaa, mak mah help me! Ada green frog lah! Eii babi la katak ni. Aku dah lewat kot. Tepi la. Tepiiii! Mak mah kenapa katak ni tanak lari?" nah kan dah jadi babi si katak hijau tu. Nasib kau la katak. Mak mah pula terbahak-bahak ketawa melihat Bella yang takutkan katak tu.

"Tak dapat nak tolong la bell. Mak mah pun takut katak la." Sengaja mak mah berkata begitu kerana ingin mengusik bella. Bella sudah terloncat loncat. Aunty Melina yang kebetulan melalui hadapan rumah Bell turut menyinggah. Bella yang terloncat-loncat dipandang pelik. Bilalah budak bella ni nak jadi normal. Hari-hari ada je isu pasal bella yang tak berapa nak normal tu.

"Ada apa ni sampai Bell terloncat macam haiwan dalam hutan?" bella yang meloncat terhenti sekejap. Apa? Haiwan dalam hutan aunty melina cakap? Nak cakap bell macam beruk dan kaum kerabat beruk la tu.

"Apa pula haiwan dalam hutan tu? Aunty ni kan. Mak mah pun sama. Bukan nya nak tolong orang dalam kesusahan. Ni katak ni macam mana?" jari telunjuk nya dihala ke arah katak. Eah! Mana katak tu ye?

"Where's that green frog? Stupid!" bella mula menjerit. Apani katak? Mana kau lari pula. Menyusahkan la. Tadi masa aku halau kau tak nak lari. Mak mah dan Aunty melina tiba-tiba berdiam diri. 'eh. Senyap pulak mak mah dengan aunty melina ni' belum sempat bell ingin bertanya kenapa mereka berdua senyap, matanya menangkap kelibat si hijau di sneakers nya. Apa lagi?

"Ahhhhhhh!" dumm! Pengsan. The end.

****

JARINYA ditenyeh kemata. Kat mana ni? Eh! Dalam bilik rupanya.

"Gila la mimpi pun, katak tu pun mengada nak masuk mimpi aku" bebel bella. Tiba tiba dia menangkap kelibat Mak mah yang sedang tidur di sofa dalam biliknya. Mana datang mak mah ni? Kaki nya diatur kearah mak mah.

"Mak mah! Ooo mak mah." Bella mengejutkan mak mah.

"Macam mana mak mah ada dalam bilik bella ni? Mak mah skodeng bella tido ea?" pap! Aduh! Mak mah ni apala pukul dahi aku pulak. Mak mah menjengil mata.

"Banyak cantek mak mah nak skodeng kamu. Kamu yang pengsan sampai deman. Hish! Dah bangun. Mandi , lepastu makan ubat." Tudia mak mah mula membebel.

"Tang masa bila pula bell pengsan?" bella pelik.

"Lepas kamu tengok ada si hijau kat sneakers kamu. Mak mah balik dulu la. Pak syed kamu dah balik tu. Hah ! jangan lupa solat asar" jadi.... tadi katak betul ? bukan mimpi? What the F!

"Eiiii. Lepasni aku kena samak sneakers tu" kata bella sebelum melangkah kearah bilik mandi.

BELLA

Abang eid ! bell demam lah. Belikan bell bubur McD , please... kalau abang rajin, masakkan bell bubur. Letak ayam banyak banyak. No sayur okeyh? Lobiu abang.

EID

Jangan nak mengada ! tak de orang lain ke kau nak suruh? Kalau tahu demam, duk diam ! jangan nak menggedik dengan aku. Banyak hodoh muka kau nak suruh aku masakkan kau.

'Ish! Apa la mamat tak sempat nak kafan ni. Mintak belikan bubur McD je kot. Hish. Nasib bell sayang abang taw. Kalau tak... bell upah pembunuh bersiri. Suruh dia cincang abang. Baru padan muka.' Bella mencampak iphonenya ke bawah katil. Tanak sudah. Nama kau bedah.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TENTANG RASA Where stories live. Discover now